asas bisnesSemalam telah berlansung bengkel dan perkongsian untuk belajar asas perniagaan daripada hidupringkas.com.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan tenang.

Bermakna sudah kali ke empat bengkel asas perniagaan seperti itu yang telah berjaya dianjurkan.

Memang banyak yang telah saya pelajari daripada para peserta sepanjang menjalankan bengkel.

Semua pelajaran yang saya kutip daripada respond, komen dan kritikan para peserta saya cuba serapkan balik masuk ke dalam agenda bengkel untuk memberikan pengalaman yang lebih bermakna dan bermanfaat pada semua usahawan dan juga bakal usahawan yang menyertai perkongsian ilmu yang saya anjurkan.

Kita semua tidak sempurna, kita semua perlu belajar dari pengalaman masing-masing. Ada yang Allah berikan pada orang yang tak ada pada kita dan ada pula yang diberikan pada kita tak ada pada orang. Oleh itu berkongsilah dan jangan sombong, belajarlah.

Mengubah fokus pada bengkel asas perniagaan

Untuk bengkel kali ke empat, saya dah buat perubahan nama daripada bengkel menilai potensi perniagaan anda kepada bengkel asas perniagaan.

Tujuannya untuk memberikan penyampaian tawaran yang lebih jelas dan terang dan mengelakkan salah faham yang mungkin timbul daripada nama bengkel.

Bila disebut bengkel asas perniagaan, nampak terang dan jelas bahawa saya hanya mahu kongsikan ilmu asas untuk peminat dunia keusahawanan. Saya tidak sehebat ‘Dr Perniagaan’ dan bukan pula termasuk dalam kalangan pakar-pakar perniagaan yang ada Phd, master, pengiktirafan dunia atau lain-lain anugerah hebat.

Saya hanya insan biasa yang ada sedikit keberanian buat terjunan ala-ala kamekaze dari dunia makan gaji untuk menjadi usahawan. Ilmu yang ada pada saya hanya ilmu jalanan yang dikutip sepanjang bertarung untuk meneruskan kehidupan dan menyara keluaga dan juga ibu di kampung.

Jika saya boleh hidup bernafas sampai sekarang, jika ibu di kampung masih mampu disara sampai sekarang, jika anak-anak belum pernah lagi menangis kehabisan susu, maka saya percaya anda semua yang lebih pandai dan berkelayakan dari saya tentu lebih mampu untuk berjaya berbanding saya.

Sebab itu saya rasa terpanggil untuk menulis blog ini, sebab itu saya tertarik untuk buat bengkel. Hanya untuk yakinkan anda semua bahwa menjadi usahawan kita tak perlu takut. Kita hanya perlu sanggup bersabar, belajar dan terus mencuba.

Bila disebut belajar, tak ada perkara lebih penting selain daripada memahami apa tu perniagaan dan apakah perkara yang wajib diketahui dalam menjalankan sesebuah perniagaan.

Belajar perkara asas dalam bengkel asas perniagaan

Oleh itu, saya tawarkan bengkel asas perniagaan ini untuk tiga golongan utama yang menjadi sasaran.

  • Mereka yang belum tapi nak berniaga.
  • Golongan yang baru saja berniaga.
  • Golongan yang agak lama berniaga tapi sedang menjunam dan pening kepala.

Saya yakin ketiga-tiga golongan yang disebutkan di atas perlu tahu asas perniagaan sebelum terlanjur lebih jauh. Bagi yang sedang menjunam pula perlu kembali kepada asas sebelum menghentam kepala pada muka tanah.

Apa isi dalam bengkel asas perniagaan hidupringkas.com

Setakat ini saya dah sesuaikan dan adaptasikan hasil dari maklumat peserta sebelumnya untuk menawarkan 3 elemen utama dalam bengkel asas perniagaan:

  1. Memahami apa itu erti perniagaan – Faham asas dan maknanya, yang lebih terperinci, kita biasanya akan mampu cari sendiri.
  2. Memahami 10 asas utama – Asas utama ini perlu untuk menilai dan merangka model perniagaan yang dijalankan.
  3. Perkongsian pengalaman usahawan dari rangkaian kenalan saya samada yang berjaya maupun yang gagal. Samada berjaya atau gagal mereka semuanya adalah sumber penting dalam perjalanan pembelajaran seseorang usahawan. Yang penting jika kaya jangan sombong dan jika gagal jangan berhenti mencuba.

Waktu atau durasi bengkel akan bertambah sedikit berbanding sebelum ini kerana perkongsian pengalaman dari usahawan biasanya akan disusuli oleh banyak pertanyaan daripada para peserta.

Bukan senang nak dapatkan real story daripada para usahawan, samada yang sedang terjun ke bawah maupun yang sedang naik ke atas. Jadi jangan lepaskan  peluang keemasan untuk sertai bengkel asas perniagaan seterusnya.

Jika berminat, baca maklumat dan daftarkan diri di sini.

Bengkel asas perniagaan selanjutnya akan diadakan pada 22hb March 2014. Bagi anda yang belum mendaftar, sila buat pendaftaran. Bagi yang dah mendaftar bila lagi nak joint….?.

Nota:

Harga penyertaan bengkel asas perniagaan ini sudah dinaikkan sedikit kepada RM88 seorang. Jika datang dua orang anda hanya perlu membayar RM100 sahaja untuk dua orang.

[squarebox id=3]

Imej: by Winnond, freedigitalphotos.net

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

12 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge