00019695Ingin saya war-warkan kepada semua para pengusaha bengkel kenderaan di negeri Selangor yang berhasrat untuk belajar menguruskan perniagaan bengkel kenderaan mereka dengan lebih baik.

Pihak Malaysia Automotif Institute ( MAI ) yang beralamat di:

Block 2280, Jalan Usahawan 2, Cyber 6, 63000 Cyberjaya

akan menganjurkan satu sesi penerangan terhadap satu program khas untuk Bumiputera yang menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan industri Automotif di negeri Selangor.

Program tersebut dinamakan sebagai,

Bumiputera Workshop Transformation Program (BWTP)

Dalam sesi penerangan tersebut anda akan diterangkan tentang matlamat program, bagaimana ianya akan dilaksanakan dan bagaimana ia dapat membantu anda memantapkan dan menguruskan perniagaan anda dengan betul.

Pihak MAI tidak menyediakan DANA dalam bentuk duit seketul kepada para usahawan. Sebaliknya pihak MAI akan memberikan ilmu perniagaan yang amat diperlukan oleh para usahawan untuk menjana duit dengan menggunakan perniagaan yang sedang dijalankan.

Berikut diberikan maklumat di mana dan bila program akan dijalankan:

Tarikh: 4hb Mei 2016

Waktu: Dari 8:30 pagi hingga 5:30 petang

Lokasi: Pejabat MAI seperti alamat yang tertera di atas

Berikut adalah aturcara sesi penerangan tersebut:

4784ed3bac49e74c422498f62b85a5b8

Pegawai untuk dihubungi jika berminat:

  1. Iqbal 017-2737047
  2. Zulhafizi 012-2500626
  3. Ainuddin 019-4717673
  4. Aliff 013-4632290

Bagi anda yang terlibat dalam apa saja jenis perniagaan yang berkaitan dengan industri automotif anda semua dijemput. Antaranya termasuklah:

  1. Bengkel servis dan baiki kereta
  2. Bengkel servis dan baiki jentera atau kenderaan berat
  3. Bengkel servis dan baiki motosikal
  4. Bengkel servis dan baiki Aircond kenderaan
  5. Bengkel mengetuk dan mengecat
  6. Kedai aksesori kenderaan
  7. Kedai sparepart
  8. Kilang buat sparepart
  9. Pemasaran barangan sparepart dan minyak kenderaan
  10. Penjual kenderaan terpakai
  11. Dan lain-lain yang berkaitan

Jika anda tidak ada kena mengena dengan perniagaan tersebut di atas, tapi punya kenalan yang terlibat dalam perniagaan tersebut, sila perpanjangkan maklumat ini kepada mereka untuk menghadirkan diri jika berminat.

Jika anda ada hasrat untuk memajukan dan membesarkan perniagaan anda, anda perlu mulakan dengan membuka minda dan meluangkan masa menambah perspektif pemahaman terhadap dunia perniagaan.

Bila dah ada pemahaman dan tahu apa yang perlu dilakukan, anda wajib memastikan ianya dilaksanakan walau dengan apa cara sekalipun.

Ilmu saya tidak dapat membantu anda menguruskan perniagaan jika tidak disusuli dengan perlaksanaan.

Total
57
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge