Bengkel perniagaan hidup ringkasJika tidak ada aral melintang, bengkel menilai potensi perniagaan pada 8hb Feb 2014 nanti bakal menjadi bengkel yang ke-3 saya anjurkan.

Sudah dua kali bengkel menilai potensi perniagaan ini dianjurkan dengan jayanya dan banyak yang telah saya pelajari daripada pengalaman menganjurkan bengkel tersebut.

Biasanya selama ini saya sering menghadiri seminar ataupun bengkel anjuran orang lain sahaja. Seperti biasa, ada banyak perkara yang diperhatikan dalam bengkel atau seminar anjuran orang lain yang akan kita komen dalam hati.

Jika anda belum mendaftar, boleh buat pendaftaran di sini

Apabila diri sendiri menganjurkan bengkel perniagaan, barulah nampak betapa menganjurkan bengkel sebegitu bukanlah semudah yang disangka.

Walaupun kita sentiasa mahukan yang terbaik dipersembahkan pada para peserta bengkel, namun, setakat teori sahaja belum pasti kita akan mampu merealisasikan hasrat kita itu.

Teori perlu dimantapkan juga dengan pengalaman atau amalan untuk menjadikan kita benar-benar faham dan mengerti apa yang harus dilakukan. Samada dalam bidang perniagaan, maupun dalam urusan menganjurkan seminar atau bengkel.

Perubahan untuk bengkel menilai potensi perniagaan 8hb Feb 2014 nanti

Salah satu perkara penting yang perlu diubah untuk memudahkan pengurusan bengkel ke-3 nanti adalah dari segi pendaftaran dan pembayaran.

Sebelum ini para peserta yang telah mendaftarkan diri tidak perlu membuat apa-apa pembayaran sehinggalah pada hari bengkel diadakan. Ertinya peserta perlu datang pada hari tersebut dan barulah membuat pembayaran.

Antara sebab saya tidak berkira dalam hal pembayaran ini adalah untuk memberikan ruang dan kemudahan pada usahanwan dan bakal usahawan agar tak buat banyak kerja.

Tetapi rupa-rupanya ruang atau kemudahan itu membuatkan para peserta yang mendaftar tidak memberikan prioriti utama untuk menghadiri bengkel. Ada yang membatalkan penyertaan pada saat akhir untuk selesaikan urusan lain.

Mungkin sebab itulah saya lihat hampir kesemua penganjur bengkel atau seminar menggendaki para pesertanya membuat pembayaran terlebih dahulu jika mahu menyertai bengkel atau seminar. Ini untuk menjadikan para peserta serius dan meletakkan tarikh itu sebagai keutamaan bila tiba masanya dan tidak diselitkan lagi dengan perkara lain.

Khas untuk mereka yang mahu hadiri bengkel menilai potensi perniagaan pada 8hb Feb 2014

Jika anda salah seorang yang telah mendaftarkan diri bagi menyertai bengkel menilai potensi perniagaan pada 8hb Feb 2014 nanti, anda boleh menempa tempat terlebih dahulu dengan membuat pembayaran di akaun berikut:

  • Bank: Maybank Berhad
  • Nombor akaun: 162106283727
  • Nama: Mohd Shubhi bin Abdul
  • Yuran penyertaan bengkel adalah:
    • RM50 sahaja seorang
    • Jika anda datang dua orang, yurannya hanya RM70 sahaja untuk dua orang.
  • Setelah membuat pembayaran, sila sms ke 019-2260807 dengan menaip:
    • <Nama anda>
    • <Bengkel 8hb>

Bagi yang telah membuat pembayaran, sila simpan resit atau bukti pembayaran dan tunjukkan pada waktu mendaftarkan diri di pagi hari bengkel diadakan.

Tarikh tutup pembayaran adalah pada 6hb Feb 2014. Pastikan anda buat pembayaran selewatnya pada tarikh tersebut

Tidak dilimitkan jumlah peserta kali ini seperti yang telah lalu. Samada dua orang atau 20 orang yang mendaftarkan diri, Insyaallah akan saya kongsikan juga semua maklumat untuk menentukan:

  1. Samada perniagaan anda boleh menyara kehidupan atau tidak
  2. Bagaimana mahu merangka strategi agar perniagaan yang mahu dijalankan berpotensi
  3. Bagaimana mahu ringkaskan perniagaan agar tumpuan yang maksimum boleh diberikan untuk memastikan perniagaan berjaya.
  4. Penerangan lengkap bagaimana merancang perniagaan anda dengan pantas dan berkesan.

Oleh itu, jika anda seorang:

  • Usahawan yang mahu meletakkan semula perniagaan pada landasan yang betul,
  • Seorang yang makan gaji tetapi sedang merangka untuk menjadi usahawan dan dah ada idea perniagaan,
  • Seorang usahawan yang mahu memulakan satu perniagaan baru,
  • Seorang usahawan yang mahu membuka cawangan baru
  • Seseorang yang mahu memahami apa itu perniagaan…

Anda semua perlu dan sesuai sangat untuk turut menyertai Bengkel Menilai Potensi Perniagaan yang akan dianjurkan pada 8hb Feb 2014 nanti. Daftarkan diri dengan klik di sini dan buat pembayaran pada maklumat yang telah diberikan di atas tadi.

Total
2
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

15 comments

    1. Ini alamatnya: No 2-7-3, Presint Alami, Pusat Perniagaan Worldwide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor DE. Boleh terus datang…Insyaallah!

  1. Mungkin belum masanya untuk saya sertai, tapi ikhlas saya katakan bahawa peluang sebegini jarang datang …perlu direbut jika mahu suukses sebagai usahawan. Bab kelemahan anjuran, mana2 pihak pun mengalaminya. Yg penting kita bersedia belajar dari kesilapan Mr Shubhi kan .. 🙂

  2. pendaftaran atau pembayaran perlu ada tarikh tutup seelok-eloknya 2 hari sebelum hari bengkel berlangsung,, rakyat Malaysia suka buat tindakan saat-saat akhir..(mengikut pengalaman sy masa buat seminar dulu).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge