Bengkel usahawan berjaya
Peserta bengkel siri 1

Alhamdulillah! selesai menjalankan bengkel menilai potensi perniagaan siri 1 pagi tadi. Semuanya berjalan lancar pantas dan padat sebagaimana yang telah dirancangkan.

Ini merupakan siri pertama bengkel menilai potensi perniagaan yang saya anjurkan khas untuk para usahawan dan juga bakal usahawan yang menjadi pembaca blog hidupringkas.com

Walaupun program bengke ini tidak diwar-warkan atau diiklankan di mana selain daripada blog hidupringkas, ia nampaknya mendapat sambutan yang cukup menggalakkan diluar jangkaan saya.

Rasa risau dengan pencapaian bengkel menilai potensi perniagaan siri 1

Sebagai manusia biasa, saya cukup risau sejak sebelum bengkel ini berlangsung lagi. Mana tak risaunya, jika selama ini saya hanya berkongsi ilmu keusahawanan hidup ringkas hanya melalui menulisan sahaja.

Kali ini, mereka yang selama ini mengikuti penulisan saya akan bertemu sendiri orang yang dok menulis segala tips, panduan, perkongsian pengalaman dan lain-lain secara bersemuka.

Berdasarkan pengalaman, komunikasi satu hala melalui internet, blog, FB, Twitter dan sebagainya adalah jauh berbeza dengan komunikasi secara bersemuka. Kita akan menghadapi dua keadaan, samada:

  1. Dalam dunia maya, menulis macam bagus, harapan tinggi ketika datang ke bengkel…tetapi bila di bengkel, hancur dan membosankan.
  2. Atau sebaliknya jika gambaran yang dibawa sebelum ke bengkel ok saja, bila tiba bersemuka…lebih bagus dan mantap malah lebih memahami dan dapat menyelami jiwa penulis.

Kes yang pertama itulah yang saya risaukan. Dan itulah juga yang membuatkan rasa berdebar semakin kuat semakin hampirnya waktu bengkel.

Apa kata peserta bengkel menilai potensi perniagaan siri 1

Macam biasa yang semua orang amalkan, untuk pastikan saya tahu kedudukan persembahan dan tawaran, saya perlu dapatkan maklum balas daripada para peserta.

Data seperti itu amat penting untuk kita ketahui kedudukan dan seterusnya membuat pembaikan berdasarkan apa yang telah dimaklumkan. Samada untuk kekal, ubah atau tingkatkan. Semua perniagaan kena buat macam tu kalau nak maju.

Berikut saya kongsikan komen para peserta secara anonymous terhadap soalan “apakah yang anda rasa paling bagus dalam bengkel ini?”:

Peserta 1

“Komunikasi dua hala yang sangat berkesan!”

Peserta 2

“Info dan guru…simple tapi power!”

Peserta 3

“penilaian satu persatu!”

Peserta 4

“Membantu mengatasi masalah untuk menjalankan perniagaan dan menjayakan perniagaan!”

Peserta 5

“Ulasan dan tips idea untuk meningkatkan jualan!”

Peserta 6

“Soal jawab yang real dan jelas!”

Peserta 7

“Perkongsian pendapat dan pengalaman”

Peserta 8

“Pengalaman dari peserta lain dan pengetahuan serta pengalaman penceramah”

Peserta 9

“Dapat tahu potensi bisne samada boleh maju dari awal”

Peserta 10

“Pengalaman realiti usahawan dan jatuh bangun. Pengalaman cukgu terbaik!”

Peserta 11

“Penilaian peserta seorang demi seorang!”

Peserta 12

“Dapat menambahkan lagi ilmu bisnes”

Begitulah antara ulasan-ulasan terhadap perkara paling bagus yang ada dalam bengkel menilai potensi perniagaan siri 1.

Bengkel usahawan berjaya
Antara peserta yang sedang kusyuk menilai perniagaan masing-masing!

Komen perkara buruk dalam bengkel menilai potensi perniagaan!

Apa yang menarik adalah hanya satu komen terhadap apakah perkara paling buruk dalam bengkel ini. Kesemua peserta memberikan ulasan tiada perkara buruk kecuali seorang peserta yang memberikan ulasan berikut;

“Masa terlalu singkat…!”

Memang masa diambil untuk selesaikan bengkel ini adalah separuh hari sahaja. Mungkin masa itu dirasakan terlalu cepat dan tidak puas mendengar perkongsian yang diutarakan sepanjang bengkel berlangsung.

Daripada maklum balas itu juga saya dapati ada peserta yang merasakan bengkel dijalankan agak laju!.

Maklum balas bengkel menilai potensi perniagaan secara umum

Secara umumnya, bengkel menilai potensi perniagaan siri 1 ini telah berjalan dengan lancar dan dapat memuaskan hati para peserta yang hadir.

Insyaallah kita akan perbaiki lagi mana-mana yang rasa kekurangan agar ianya lebih mantap lagi di bengkel yang akan datang.

Antara komen spontan yang paling seronok saya dengar adalah tentang betapa murahnya yuran penyertaan bengkel yang dianjurkan.

Hanya RM50 seorang dan jika datang berdua hanya RM70 sahaja.

Memang murah!.

Saya akan mengenakan yuran semurah itu untuk 100 peserta pertama yang mendaftarkan diri pada bengkel ini.

Selepas ini harganya akan disemak semula dan dinaikkan. Sudah tentu dengan sedikit pembaharuan yang lebih menarik berbaloi dengan kenaikan harganya.

Oleh itu, untuk menikmati harga sekarang, sementara masih ada lagi kekosongan sebelum mencapai 100 peserta, eloklah mendaftar sekarang juga.

Jika anda belum mendaftar untuk menyertai bengkel menilai potensi perniagaan ini pada sesi yang akan datang, anda boleh segera lakukannya di sini

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

16 comments

  1. Serius saya cakap yang nak berniaga wajib datang. Ilmu yang dapat tak setanding dengan kos yang ciput. Saya pernah pergi seminar bisnes model canvas (BMC) tapi yang nie lagi hebat.

  2. Salam. Saya salah seorang peserta yang hadir bengkel Tuan Shubhi. Memang terbaik dari segi teknik menilai potensi sesebuah bisnes dan pengalaman2 real yang dilalui Tuan Shubhi sepanjang bisnes pest control dan lain2 beliau. Harap dapat minum kopi sekali =)
    Akmal Aizat recently posted…Penawar Leukemia ALL: Biji AprikotMy Profile

  3. 4 jam masa terlalu pantas tetapi pengisian mencapai matlamat.Medan pertama yg wajib diha diri oleh sesiapa sahaja yang ingin atau cuba-cuba nak berniaga dan juga bagi mereka yang telah berniaga.kegagalan anda melalui fasa ini penanda aras untuk anda langgar dinding dalam perniagaan yang anda akan jalankan.bayaran yang dikenakan terlalu murah tetapi hasil berbaloi-baloi.Dahlah murah siap ada makan lagi.Semoga TuanSubhi dipermudah segala urusan dan diberkati olehNya sepanjang umur kehidupan dunia dan akhirat.
    Terima kasih tuan.

  4. memang terbaik.. Alhamdulillah sy dapat besama-sama dalam siri pertama ni. tak rugi datang jauh dr Melaka,.

    Baik utk yg baru niat nak berniaga mahupun yang dah lama bisnes,, baru sedar banyak perkara yg telepas pandang…masa bisnes mungkin kita syok sendiri.. dalam bengkel ni dpt diterjemahkan dlm bentuk kadar atau meter petunjuk sejauh mana potensi idea perniagaan kita.

    sy sarankan sgt2 kepada rakan2 yang nak sertai.. jgn tangguh2 lg..sy dah hadiri berpuluh2 seminar, bengkel dan kursus..dah beribu duit habis,,, masih tak bleh lawan yang RM50 ni….huhu..seyes beb! tq tuan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge