mee goreng dan mee rebusKetika balik kampung minggu lepas, saya singgah di kedai makan tepi masjid di kampung untuk rehatkan minda sambil minum nescafe.

Oleh kerana sms kawan semua tidak berbalas, saya hanya duduk minum seorang diri sambil duduk mengadap pada gerai kecil jual mee rebus.

Seronok memerhatikan cara kerja taukeh yang jual mee rebus kat situ. Sentiasa saja ada orang datang membeli mee rebusnya samada untuk dibungkus ataupun untuk dimakan di situ juga.

Taukeh mee rebus kerja seorang diri tanpa sebarang pembantu. Dari pagi dia datang, sediakan semua bahan dalam bekas lalu dimasukkan ke dalam kotak cermin yang berdiri atas meja persediaan mee rebusnya. Kuah mee dipanaskan atas dapur yang diletakkan dibelakangnya.

Kawasan gerainya sempit, cuma muat berdiri untuk dirinya seorang. Disitulah dia sediakan mee rebus dan juga pasembor. Bila nak basuh pinggan, dia bertinggung menghadap kebelakang gerai kecilnya itu. Kalau tak ada belian dari pelanggan, dia duduk atas kerusi melepak tunggu rezki datang lagi.

Simpan RM26 ribu dengan jual mee rebus

Bila selesai semua kerjanya, taukeh mee rebus duduk atas kerusi dan mula melayan saya berbual. Saya lebih banyak mendengar kisah yang dikongsikan oleh taukeh mee rebus itu.

Sebenarnya saya dah kenal taukeh mee rebus sejak dari kecil lagi. Bukan saja saya malah kesemua keluarga saya mengenalinya dan banyak kisah suka duka berniaga dikongsikan oleh keluarga saya dan dia. Dan dia menyimpan banyak cerita kisah cari makan arwah ayah saya yang saya sendiri tak tahu.

Sebelum mee rebus, orang lain menjalankan perniagaan laksa di tempat yang sama. Sekarang laksa dah tak ada lagi atau dah lama tak ada sebab saya dah jarang singgah kat situ di waktu pagi. Mee rebus baru saja dijual kat situ.

Saja saya bertanya dah berapa lama dia jual mee rebus kat situ. Pertanyaan pendek itu dijawab dengan panjang lebar dan baru saya tahu dia dah lebih 3 tahun jual mee rebus dan pasembor kat situ.

Diceritanya bagaimana mula dia berniaga kat situ hasil dari tawaran kawan-kawan yang dapat tahu ada kekosongan pada gerai tersebut. Tawaran itu disambutnya dan dalam setahun, hasil dari jual mee rebus itu, dia mampu menyimpan bersih dalam lingkungan RM25 ribu ke RM30 ribu.

Itu setelah ditolak semua kos niaga, makan dan minumnya serta lain-lain perbelanjaan hidupnya, dia masih mampu simpan bersih dengan jumlah sebegitu. Agaknya anda yang makan gaji dengan kerja yang glamour pakaian indah dan office lengkap boleh tak simpan jumlah sebegitu setahun… ?

Aktiviti ringkas jual mee rebus

Saya lihat aktiviti taukeh jual mee rebus itu amat ringkas. Umurnya dah menjangkau 67 tahun. Dia lahir awal 14 hari daripada Anwar Ibrahim, itu yang diceritakannya pada saya. Dia sebenarnya kenal rapat dengan Anwar sebab asal dari kampung yang sama mereka kawan kampung yang salain mengenali.

Bila azam berkumandang menandakan masuk waktu solat, dia akan pergi solat berjemaah. Al kamlum gerai sebelah masjid, jadi buat mereka yang memang nak kerjakan solat sudah tentu itu satu kemudahan yang amat dihargai. Bagi yang bukan kaki solat, duduk tepi tangga masjidpun tak akan bangun pergi solat berjemaah bila dah masuk waktu. Semua itu rezki hasil dari tabiat yang baik sebenarnya.

Bila ada order banyak dia akan buat kerja dengan pantas seorang diri. Dia boleh sediakan serentak berpinggan-pinggan bagi menunaikan permintaan pelanggan dengan pantas.

Sebelum masuk waktu magrib, dia akan mula mengemas untuk tutup kedai jual mee rebusnya itu. Dia akan masukkan barangan penting ke dalam kereta kancilnya dan berangkat balik ke rumah di Bukit Mertajam.

Dia memiliki rumah itu hasil dari aktiviti perniagaan sejak muda sampai sekarang. Malah dia memiliki beberapa keping tanah juga hasil daripada mengumpul duit dengan berniaga. Dia juga ada sebuah BMW kat rumah dan kalau orang tak tahu, orang yang lihat dia jual mee akan anggap dia orang susah.

Apa rahsia taukeh jual mee rebus

Apa orang nak tak penting baginya. Itulah ceritanya pada saya. Dia dah melalui berbagai pengalaman pahit dan manis sepanjang mencari makan dengan berniaga. Kedai terbakar, kena tipu, orang tak tunai janji, orang dengki, perniaagn lingkup dan macam-macam.

Tapi daripada cara dia cerita, saya perasan ada satu keistimewaan yang ada pada dirinya. Dia tak pernah menyesal apa yang berlaku dan tak pernah mengeluh apa yang telah dilaluinya.

Bagi dirinya hilang atau rugi atau musibah adalah lumrah kehidupan. Yang paling penting berikan tumpuan untuk bergerak ke depan dengan melihat apa yang ada sekarang.

Itulah falsafah hidupnya yang membuatkan dia tenang dan tabah menghadapi kehidupan. Dia sentiasa berfikir untuk cari jalan dan bukannya buang masa cari alasan.

Jika anda nak tahu, itu rahsia taukeh jual mee berjaya walaupun dia bukannya pelajar pintar macam anda dan tak pernah makan gaji.

Satu lagi rahsia taukeh jual mee ialah dia tak pernah salahkan orang. Diaambil semua tanggung jawab untuk maju ke depan pada dirinya sendiri dan tak mengharapkan bantuan orang, kalau ada bantuan Alhamdulillah, kalau tak ada terus berusaha.

Itu sebenarnya resepi kejayaan yang penting. Saya lihat sikap yang ada pada taukeh jual mee rebus itu ada pada kesemua kawan atau siapa saja yang berjaya dalam kehidupan mereka.

Moga perkongsian ini ada manfaatnya. Kisah jual mee rebus juga tersimpan banyak rahsia kejayaan dalam kehidupan, cumanya mereka taklah glamour sebagaimana yang ramai orang inginkan. Tak ada manfaatnya galamour kalau hidup tak keruan..

Total
34
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

8 comments

  1. Sangat menarik apa yang dikongsikan ni..yang penting, solat nak kena jaga..macam pak cik ni..bertuahnya dia ada gerai kat tepi masjid.. Haha..orang kerja makan gaji pun belum tentu dapat beli BMW bro..apatah lagi menyimpan 25k tu..haha
    Hafizul recently posted…Ranking Alexa Pondok KecilMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge