berapa lama perniagaan akan stabilJangan lupa fikirkan tempoh masa perniagaan stabil sebelum memulakan perniagaan

Sebelum memulakan perniagaan, soalan berapa lama untuk menjadikan perniagaan stabil cukup penting untuk diketahui. Ramai juga yang tidak memikirkan soalan ini betul-betul disebabkan sudah dihasut semangat yang tinggi untuk menjadi usahawan.

Adalah satu perkara biasa untuk seorang usahawan yang mempunyai kekuatan untuk berhenti kerja diselubungi keyakinan yang cukup tinggi untuk berjaya dalam perniagaannya. Kalau tidak, takkan dia sanggup ambil risiko letak jawatan dan terjun berniaga.

Namun begitu, jika keyakinan tidak berlandaskan kajian dan kiraan yang betul, ia bakal membawa malapetaka yang buruk setelah tidak berapa lama memulakan perniagaan.

Kesilapan dalam menjangkakan tempoh perniagaan akan stabil boleh membuatkan perancangan tidak betul terutamanya dari segi kewangan dan juga mental.

Silap kira tempoh stabil juga kadangkala membuatkan usahawan terlalu agresif mempelbagaikan perniagaannya sehingga akhirnya perniagaan awal yang dimulakan goyang sedangkan perniagaan itulah yang menjadi tonggak utama penjanaan wangnya selama ini. Akhirnya semua runtuh menghempap kepala usahawan yang terlalu agresif itu.

Berapakah tempoh masa yang diambil untuk perniagaan stabil berdasarkan kajian

Ada banyak juga buku-buku perniagaan yang saya baca yang ditulis oleh penulis barat. Rata-rata memberikan tempoh selamat untuk menjadikan perniagaan stabil setelah memulakan perniagaan selama 5 ke 7 tahun.

Ini bermakna setelah memulakan perniagaan, seseorang usahawan paling cepat berjaya membina perniagaannya ke tahap stabil mengambil masa selama 5 tahun dan paling lambat pun adalah selama 7 tahun.

Apakah tempoh itu terlalu lama untuk anda?

Jika anda rasakan tempoh 5 ke 7 tahun untuk perniagaan stabil terlalu lama, maka fikirkan dulu sebelum nak jadi usahawan. Itu tandanya minda ada memberikan mesej bahawa dia tak cukup kental untuk bertahan dalam tempoh selama itu.

Tetapi jika anda rasa tempoh itu biasa saja atau cepat, maka anda secara dasarnya bersedia untuk menjadi usahawan dan tahu nilai masa dan juga tahu bagaimana menggunakan masa dan anda juga sedar apa yang perlu dilakukan untuk berjaya.

Pergilah tanya pada semua usahawan yang berjaya atau yang sedang membina kejayaan samada 5 tahun itu merupakan satu tempoh yang lama untuk menempa kejayaan.

Sudah pasti anda akan mendapat jawapan bahawa 5 tahun sebenarnya terlalu pantas. Ramai usahawan yang berjaya tidak sedar masa berlalu setahun demi setahun sehinggalah dia berehat sebentar undur ke belakang dan melihat semua yang telah dilaksanakannya. Rupa-rupanya dan 5 tahun berlalu tanpa disedarinya.

Kenapa usahawan berjaya tidak dapat merasakan masa berjalan pantas?

Punca sebenarnya adalah kerana usahawan yang berjaya lebih banyak memberikan tumpuan pada apa yang sedang dilakukannya daripada menghabiskan masa berangan-angan dan fokus pada apa yang nak dicapainya.

Bukannya bermaksud usahawan tidak perlu tahu apa yang nak dicapai atau ke mana dia nak pergi. Usahawan perlu tahu semua itu untuk merangka strategi kerjanya. Tetapi sebaik saja jelas dan yakin akan destinasinya, dia akan mula memberikan tumpuan pada semua urusan yang sedang dilakukannya sekarang.

Orang yang asyik fokus pada masa hadapan biasanya akan buat kerja tergesa-gesa dan hasil kerjanya menjadi tidak berkualiti. Orang yang tidak berada dalam suasana kerjanya sekarang akan sentiasa tertekan dan hidup tak terurus dengan baik dan asyik nak salahkan orang.

Perumpamaan mudah adalah seperti kita sedang memandu untuk ke satu destinasi yang penting. Katakan anda ada pertemuan dengan seseorang yang penting di KLCC dan anda sedang memandu dari Shah Alam.

Kebetulan pula jalan jem dan anda tersekat dalam perjalanan tersebut. Fikiran anda mula tertumpu pada KLCC dan asyik lihat jam setiap 5 minit sedangkan tidak ada perubahan jika anda lihat jam setiap 1 saat pun. Ini hanyalah tindakan dari rasa resah dalam diri dan hilanmg fokus pada apa yang sedang anda lakukan, iaitu memandu.

Sikap fokus pada KLCC itu juga membuatkan anda buat keputusan bodoh seperti potong Q, ambil lalaun kecemasan, pecut dan brek dan akhirnya langgar bontot kereta orang dan anda terpaksa menelefon orang yang nak ditemui bahawa anda tak dapat hadir….!

Jika anda faham perumpamaan di atas, anda tentu faham apa yang cuba saya sampaikan.

Berapa tahun saya ambil untuk buat perniagaan stabil setelah memulakan perniagaan?

Cara saya adalah sedikit berbeza kerana saya tidak mengambil risiko yang terlalu besar. Saya berhenti kerja dan mula berniaga dengan cara mengambil alih syarikat kawan yang sudah bergerak dan ada masalah seperti mahu jatuh dari landasan.

Apa yang saya buta hanyalah naikkan semula perjalanan syarikat tersebut atas landasannya dan tambah kekuatan dan kelajuan sedikit demi sedikit pada syarikat itu untuk memecut ke hadapan.

Itupun masa yang diperlukan adalah selama 3 tahun untuk mampu melihat hala tuju dan 5 tahun untuk menstabilkannya. Setelah itu saya jual kesemua pegangan saham pada syarikat itu dan memulakan perniagaan sendiri pula.

Masa yang diambil untuk syarikat sendiri menjadi stabil juga memakan masa lebih kurang 5 tahun untuk stabil dan kemudiannya mula pelbagaikan perniagaan lain.

Apakah saya rasa lama?

Sudah tentu tidak sama sekali, malah sedar-sedar kepala dah penuh uban dan anak-anak semuanya dah besar dan dan Alhamdulillah syarikat sehingga kini masih mampu menyara gaya hidup ringkas saya.

Walaupun orang kata saya tak kaya sebab tak pakai Alphard atau BMW atau Merz, saya tak kisah. Asalkan saya boleh relaks jalan kaki setiap pagi dan menggunakan otak untuk perjalanan seterusnya sudah merupakan satu nikmat yang cukup besar.

Samada anda tergesa-gera atau anda relaks dan tenang menikmati perjalanan yang sedang dilalui, masa tetap berjalan sama macam itu juga dan biasanya tergesa-gesa tidak akan membawa anda ke mana-mana walaupun kereta yang dipandu adalah BMW 5 siri model terkini.

Oleh itu betulkan persepsi anda dalam mengetahui dan merancang tempoh perniagaan stabil dalam memulakan perniagaan, Insyallah anda akan tenang menujun kejayaan. Kayuh pelan-pelan…..!

 

Total
39
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

19 comments

  1. Saja nak share sikit pengalaman saya dalam business. Consider baru lagi saya dalam dunia business ni. Nak kata making good money tu belum lah, apatah lagi nak declare stable.

    But Alhamdulillah, my business growing so well. My daily schedule full of marketing activities. The only time for me to rest is during my sleeping time. Banyak betul pengorbanan yang perlu dibuat. Memang lifestyle sangat hectic. BUT I LOVE IT.

    Pada pendapat saya, antara yang menggerakkan satu-satu business tu ialah permintaan dari client. Walau sepenat mana, bila client request kita terpaksa hadap- maka terpaksa lah buat duit saban hari. Ini kita panggil pushing factor.

    Untuk create pushing factor tu, saya buat strategic plan. Sekurang-kurangnya saya mesti keluarkan lebih dari 200 sales letter pada client untuk satu-satu program. Lepas keluarkan offer maka kita akan jadi stress dengan permintaan client.

    Apapun usaha takkan boleh kemana tanpa bantuan dari Dia. Maka selepas ikhtiar jangan lupa muhasabah diri. Cara paling berkesan melalui Sholat Dhuha.
    Jangan sia-siakan usaha keras kalau tidak ada pergantungan sepenuhnya dari Allah, nanti penat je dapat.

    # How much money you can create is not important. The most important is YOU ARE IN A PROGRESS TO MAKES BIG MONEY.

  2. Kebanyakan usahawan yang cepat bungkus, kebanyakannya diakibatkan oleh overexpansion jenis perniagaan yang diceburi. Kebetulan pula, kebanyakannya itu pula terdiri daripada golongan Melayu Islam. Seolah-olahnya, tidak ramai umat Islam memahami konsep istiqamah di dalam melakukan bidang pekerjaan.

    Meniaga ni memang perlu banyak bersabar. Terutamanya dalam hal mengumpulkan modal dan menjana kembali untung. Tak semestinya asal meniaga saja, terus dapat untungnya besok hari.
    Anak Askar Pencen recently posted…Futsal Sekali SetahunMy Profile

  3. Ada segelintir yang ingin menjadi usahawan, tapi berhenti di pertengahan jalan sebab masa mereka bermula dulu banyak aspek yang tidak diambil kira. Salah satu sebabnya kita sentiasa dihidangkan dengan kejayaan usahawan-usahawan lain membuatkan kita pun mengimpikan menjadi seperti mereka tetapi kita tak nampak pahit getir yang telah mereka lalui untuk berada di tahap sebegitu.
    puteri kasih recently posted…Komisen Kesepuluh Dari JomNiagaMy Profile

  4. Banyak yang aku dapat tengok orang kita sekarang bila dah maju mula la riak dan selepas itu mula la ada cuti panjang dan kualiti yang di persembahkan semakin merosot.. Ini yang perlu kita ubah persepsi masyarakat kita.. Am nya bangsa kita ni.. Yang di mana sekarang perniagaan masih di monopoli oleh bangsa luar..
    Irwan Alessa recently posted…Wajah Baru GoogleMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge