Kelab usahawan hidup ringkas di FBIni satu berita baik untuk semua para peserta Bengkel Menilai Potensi Perniagaan yang telah menyertai bengkel yang telah dianjurkan.

Saya telah membuka satu Group di Facebook atas nama Kelab Usahawan Hidup Ringkas khas untuk kesemua para peserta yang telah pernah menghadirinya.

Bagaimana anda boleh ambil faedah dari berita baik ini!

Apa yang anda perlu buat hanyalah masuk ke Group Usahawan Hidup Ringkas, buat permohonan untuk menyertai group tersebut. Insyaallah akan saya semak dan luluskan permohonan anda.

Hanya bekas peserta sahaja yang akan diizinkan menyertai kumpulan ini!.

Jika anda ada rakan kongsi dan mahu rakan kongsi anda juga turut sama menjadi ahli kumpulan ini, sila buat permohonan kepada saya dengan berikan butiran terlebih dahulu di ruang komen bawah. Selepas itu buat permohonan dari group FB tersebut untuk saya luluskan.

Sertai Group dan sebarkan berita baik sesama usahawan

Diharapkan kesemua para peserta bengkel yang menyertai kumpulan tersebut dapat berkongsikan apa saja maklumat, samada masalah, peluang perniagaan, dan lain-lain yang berkaitan dengan perniagaan dan keusahawanan.

Ini satu lagi usaha kecil dari saya untuk melahirkan ramai lagi usahawan yang berjaya dan seterusnya memerihakan lagi budaya usahawan yang hidup sederhana di negara kita. Insyaallah!

Bagaimana anda boleh menerima tempias berita baik ini…

Bagi mereka yang belum lagi menyertai Bengkel Menilai Potensi Perniagaan, dan mahu menikmati faedah dari usaha melahirkan seribu usahawan berjaya ini, boleh segera daftarkan diri di sini.

Insyaallah bengkel ini akan diadakan pada setiap hari sabtu setiap minggu sehingga sasaran melahirkan 1000 usahawan yang mantap, berkeyakinan dan bersemangat tercapai.

Matlamat bengkel di adakan adalah untuk melahirkan usahawan yang memahami asas sebenar perniagaan, berkeyakinan dan bersemangat untuk berjaya dan meneruskan usaha perniagaan sehingga ke tahap yang lebih tinggi.

Maklumat lanjut berkenaan bengkel

Jika anda mahu tahu lebih lanjut berkenaan bengkel, boleh baca maklumat berkenaan bengkel menilai potensi perniagaan di sini.

Jika anda mahu tahu apa kata para peserta bengkel yang telah menyertai berngkel menilai potensi perniagaan sebelum ini, boleh semak apa kata mereka di sini.

Sekali lagi saya seru semua peserta bengkel yang telah mengikuti bengkel sebelum ini agar menyertai Group Usahawan Hidup Ringkas di sini.

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge