Ini satu berita gembira untuk anda semua!

Tidak ada satu pun perniagaan yang sempurna dalam dunia ini.

Tidak ada satupun produk yang sempurna dalam dunia perniagaan dan tidak ada satupun perkhidmatan yang sempurna dalam dunia perniagaan.

Mungkin anda yang sedang berniaga tak rasa ini satu berita yang mengembirakan.

Biasanya orang yang sedang pening kepala nak jadi usahawan dan nak buat satu perniagaan akan menerima ini sebagai satu berita yang menggembirakan.

Untuk mereka yang sedang meleleh airliur nak jadi usahawan dan sedang mencari satu idea perniagaan untuk dijalankan, fakta bahawa tiada perniagaan yang sempurna adalah satu berita baik.

Anda boleh jadikan fakta tiada perniagaan yang sempurna untuk mencari perniagaan yang sesuai dan berpotensi untuk dijalankan.

Kebaikan tiada perniagaan yang sempurna

Oleh kerana tiada perniagaan yang sempurna, sehebat manapun perniagaan yang anda jalankan, anda tidak akan dapat memuaskan hati semua orang.

Akan ada saja produk atau perkhidmatan yang anda cari tapi tak dapat atau tak ada di pasaran tempat anda. Mungkin produk tu ada, tapi tak cukup untuk memuaskan hati anda.

Tak perlu nak cuba bayangkan satu perkara baru yang masih belum dicipta oleh para genius. Anda hanya perlu lihat kesemua produk atau perkhidmatan yang sudah ada di pasaran dan sudah lama wujub.

Lihat satu persatu-satu perniagaan yang berkenan di hati dan cuba tanya pada diri sendiri apakah yang anda harapkan agar ada para produk yang ditawarkan oleh perniagaan tersebut.

Sudah pasti anda akan temuinya dengan mudah. Sebab kita manusia memang amat bijak mengharapkan apa yang tidak ada berbanding bersyukur apa yang sudah ada. Jadi anda sudah pasti akan berjaya menemui satu kelemahan yang anda harapkan ada pada produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan tersebut.

Perniagaan anda ada pada perniagaan yang tak sempurna tu

Apabila anda dah jumpa apa yang anda mahu tapi tidak ditawarkan oleh perniagaan tersebut, maka itu adalah satu langkah awal untuk mengenal pasti satu perniagaan yang berpotensi untuk anda jalankan.

Langkah kedua yang anda perlu pastikan adalah, semak samada ada juga orang lain yang sama macam anda. Ada juga orang lain yang turut mahukan apa yang tak ada ditawarkan dalam perniagaan tersebut.

Dan pastikan jumlah orang yang mahukan itu cukup besar untuk membolehkan perniagaan dijalankan dan tawaran diberikan pada pasaran. Jika pasarannya cukup besar, kemungkinan untuk perniagaan anda berjaya juga adalah besar.

Cuba lihat sekeliling anda di tempat anda tinggal. Apakah produk yang tak ada. Atau anda tentu pernah cari sesuatu di kawasan anda tapi tak jumpa walaupun merata tempat mencarinya dan banyak orang dah anda tanya.

Kemungkinan besar itu adalah perniagaan yang bakal anda jalankan.

Contoh perniagaan yang tak sempurna

Saya ambil contoh satu perniagaan yang melibatkan industri kesihatan di negara kita. Ada banyak hospital di setiap negeri di Malaysia, malah di segenap ceruk akan ada klinik desa yang disediakan untuk orang ramai terutamanya rakyat Malaysia.

Dalam bab nak bersalin, ada orang yang kecewa dengan sikap layanan hospital awam terhadap kaum ibu yang nak bersalin di hospital swasta. Oleh kerana ramai orang yang tak berapa banyak duit, maka mereka terpaksa telan saja rasa tak puas hati itu.

Tapi bagi mereka yang ada duit berlebihan, layanan sebegitu membuatkan mereka rasa meluat dan tak puas hati. Dari situ maka timbullah konsep hospital swasta.

Mereka ambil kesempatan daripada produk tidak sempurna yang ditawarkan oleh hospital kerajaan untuk menubuhkan hospital swasta. Dan jumlah mereka yang sanggup menjadi pelanggan hospital swasta cukup besar untuk membolehkan industri hospital swasta mengaut keuntungan yang besar.

Perniagaan yang tak sempurna dalam hospital bersalin

Dalam pasaran hospital swastapun masih ada lagi ketidak sempurnaannya. Dalam bab bersalin, kebanyakan hospital swasta kadangkala hanya mempunyai doktor lelaki sahaja untuk menjadi doktor yang bertanggung jawab terhadap ibu yang nak bersalin.

Mungkin ada juga doktor wanita, tapi bukannya semua. Bila semua doktor wanita dah fully booked, ada ibu yang terpaksa menerima doktor lelaki.

Tawaran perniagaan yang tidak sempurna ini membuka satu peluang perniagaan pada salah seorang daripada kawan usahawan saya. Dia menyediakan sebuah hospital bersalin yang mana kesemua pekerja daripada jururawat sehinggalah kepada doktor kesemuanya adalah wanita.

Bersalin di hospital kepunyaan kawan saya itu membuatkan anda yakin bahawa anda tidak akan dirawat oleh doktor atau jururawat lelaki. Ibu mana yang nak bersalin tak akan lega? suami mana yang isterinya nak bersalin tak akan lega ?

Maka tidak hairanlah perniagaan hospital bersalin khas dikendalikan hanya oleh pekerja wanita sahaja mendapat sambutan hebat samada dari kalangan muslim atau non-muslim.

Ambil kesempatan dari tiada perniagaan yang sempurna

Sekarang giliran anda pula. Dengan mengetahui bahawa dalam mana-mana dunia sekalipun atas muka bumi ini, tak akan ada perniagaan yang sempurna, peluang perniagaan anda mungkin ada di situ.

Fikirkan! bertanyalah!, catitkan dan buat senarai. Bila dah jumpa buat sedikit carian dan kajian pasaran. Insyaallah anda akan jumpa satu perniagaan.

Selamat mencuba dan ingat!, tiada perniagaan yang sempurna!, oleh itu jangan cuba puaskan hati semua orang. Puaskan hati mereka yang mahukan tawaran perniagaan anda sahaja.

Total
18
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge