Berniaga ala samseng

By | 09/07/2013

Berapa kali anda terperangkap membeli sesuatu produk disebabkan perkara berikut?

  • Kalau tak beli, penjual akan kekal di situ tak mau beredar.
  • Kalau tak beli, penjual akan berlaku kasar.
  • Kalau tak beli, penjual akan mengganggu hidup anda.
  • Kalau tak beli, rasa kesian pulak pada penjual.
  • Kalau tak beli, perhubungan anda dengan penjual akan tercalar
Ringkasnya, transaksi yang berlaku dalam semua kes di atas tidak berlaku secara rela dan memuaskan hati. Ada unsur-unsur paksaan secara halus maupun kasar dalam transaksi perniagaan itu.
Banyak sekali ke transaksi seperti tersebut di atas berlaku pada perniagaan insuran, MLM dan lain-lain yang seumpama dengannya.
Bagi saya, perniagaan sebegitu, insyallah tidak berkat dan insyallah akan bungkus gulung tikar tidak dapat bertahan untuk diperturunkan pada anak cucu.
Peniaga samseng kampung Kubang Semang
Sebagai contoh, saya kongsikan di sini bagai mana strategi ala samseng ini berlaku dalam sebuah perkampungan di Pulau Pinang.
Seorang makcik tua mengadu pada saya bagaimana satu hari Pak Usop (bukan nama sebenar) datang ke rumahnya untuk memotong rumput.
Rumput di halaman rumah makcik itu masih lagi pendek kerana telah dipotong 3 minggu yang lalu. Biasanya, makcik itu mengupah Pak Usop memotong rumput di halaman rumahnya sebulan sekali.
Kebetulan bulan sebelum ini Pak Usop tidak sihat. Oleh kerana rumput dah meninggi, maka di upahnya Mat Sahak (bukan nama sebenar) untuk menjalankan urusan potong rumput itu.
Apabila Pak Usop dah datang lengkap dengan mesinnya sekali maka makcik itu mengalah dan membenarkan juga Pak Usop potong rumput.
Setelah pak Usop selesai, makcik itu memberikan hanya RM30 sahaja. Kurang RM10 daripada biasa. Makcik itu fikir, oleh kerana rumput pendek, maka tak adil baginya untuk membayar dengan harga penuh.
Sudah tentu Pak Usop tidak bersetuju dan meminta baki RM10 yang kurang itu daripada makcik tua yang tak faham itu.
Oleh kerana tak mau buat hal, makcik itu dengan terpaksa membayar penuh iaitu RM40 kepada Pak Usop atas kerja yang telah dilaksanakannya.
Itulah cerita yang Makcik itu adukan pada saya dan bertanya samada saya bersetuju bahawa sepatutnya Pak Usop tak patut minta harga seperti biasa sedangkan rumput masih pendek.
Saya berkata pada makcik itu sepatutnya, dia hanya perlu menolak tawaran untuk memotong rumput di halaman rumahnya kerana masih belum cukup panjang.
Makcik itu menerangkan bahawa agak sukar untuk menolak tawaran Pak Usop setiap kali dia datang bertanya menawarkan khidmat potong rumputnya.
Jika ditolak, Pak Usop akan bermasam muka dan tidak akan menegur Makcik itu walaupun berselisih ketika mahu ke masjid.
Oleh kerana tak suka dan tak selesa seandainya Pak Usop bermasam muka dan tidak bertegur sapa, maka terpaksalah Makcik itu mengambil khidmat Pak Usop walaupun ada lagi orang lain yang sama atau lebih bagus.
Dengan spontan saya berkata,

“Itu perniagaan samseng…!”

Sepatutnya perniagaan berlangsung dengan sukarela dan memuaskan hati kedua belah pihak. Tidak sepatutnya ada unsur-unsur ugutan yang menyusahkan orang. Apatah lagi jika kita beragama Islam.
Makcik itu berkata, memang Pak Usop begitu. Sebab itu dah ramai yang tidak lagi menggunakan khidmat Potong Rumput Pak Usop kerana tak tahan dengan kerenah paksaannya sebegitu.
Jangan paksa pelanggan
Cerita di atas nampak macam mudah dan remeh. Tetapi hakikatnya ia berlaku di mana-mana terutamanya dalam dunia telemarketing sekarang ini.
Walaupun tiada ugutan atau aksi masam muka tak mau bertegur sapa macam pak usop, kadangkala cara jurujual melakukan jualan nampak seperti cuba menghimpit pelanggannya.
Akhirnya pelanggan terpaksa membeli dan kemudiannya timbul sedikit penyesalan kerana membeli sesusatu yang tidak diperlukan sangat.
Jurujual yang cukup ramai sekarang ini terutamanya di bandaraya banyak mengamalkan teknik yang memaksa. 
Kadangkala mereka dengan biadap menyelit mohon perhatian ketika orang sedang bercakap tanpa sedikitpun ada rasa bersalah.
Apabila orang kata ‘terima kasih, tak mahu!’, dia tetap meneruskan persembahannya dengan selamba. Puas ditolak dan diulang tolak, dia tak akan berganjak selagi orang tak tengok produk yang dibawanya.
Jika anda mahu membina reputasi syarikat yang digemari pelanggan, jangan jadikan strategi bernaiag ala samseng sebagai amalan di syarikat anda.

    Author: Shubhi

    Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

    9 thoughts on “Berniaga ala samseng

    1. Anonymous

      Angap saja itu bukan rezeki kita…Berbaik sangkalah dengan Allah kerana Allah akan memberi peluang yang lain dan Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki.

      Reply
    2. Kujie

      paling geram kalau kita dah cakap tak mahu, promoter tu mengikut membontot kita ..tak selesa sebab orang ramai tengok.

      Reply
    3. azwan

      aku pernah mengalami situasi macam ni. penjual tu rampas barang dari poket baju aku and tanya nak beli ke tak barang dia. memang rasa macam tumbuk gak..tapi time tu geng aku tak ramai..so beli je lah jugak

      Reply
    4. suri

      kalau kl selalu terserempak kt tesco kekadang ada apa lagi kt aeon tempat awam yang lain. bial terpaksa saya naik geram juga.ada sampai berkali-kali cakap pun nak hantu saya cakap terus terima kasih..paling koman pun kalau nampak dari jauhs aya akan jalan laju2..erk..

      inilah kata orang tiada etika langsung dalam berkerja sambil mencari rezeki.

      Reply
    5. fyna

      macam-macam pengalaman kan. fyna pun dulu pernah kena juga. kesian tengok penjual tapi memakan diri sendiri. so, sekarang memang hati kering. ^_^ dari memakan diri sendiri kan.

      Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge