Berniaga bukan untuk wang?

By | 21/02/2013

Baca mana-mana saja teori keusahawanan ideal, mereka akan katakan bahawa yang berjaya dalam perniagaan lebih utamakan impian sebenar daripada mengutamakan wang.

Sebagai contoh bagaimana Walt Disney terbina atas impian menghiburkan orang.

Apa yang cuba semua orang sampaikan adalah, dalam perniagaan wang bukanlah matlamat. Antara falsafah yang terkenal adalah,

“Jika anda berniaga untuk kejar wang, perniagaan tersebut tidak akan membawa anda ke mana-mana.”

Bila falsafah ini diketengahkan pada mereka yang baru berniaga atau yang sedang terkial-kial mencari sesuap nasi dengan berniaga, mereka akan terpinga-pinga.

“Visi apa kejadahnya jika nak bayar bil elektrik pun tak lepas?”

Kadangkala saya juga terikut-ikut dengan falsafah perniagaan yang ideal tersebut dan sering mengulanginya pada usahawan baru atau mereka yang berminat menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

Tetapi apabila difikirkan semula dan mengimbas kembali waktu mula berniaga dulu, saya sedar itu bukanlah perkara pokok yang menjadi dorongan utama kita bangun saban hari keluar untuk melakukan kerja.

Perkara pokok yang berlegar dalam kepala adalah untuk menyediakan susu pada anak kecil di rumah dan sesuap nasi pada segenap ahli keluarga. Bayangan kesemua ahli keluarga sentiasa terlekat dalam kepala setiap kali keluar rumah.

Kalau asyik bayangkan impian besar seperti memberikan ‘keselesaan orang’, ‘memberikan ketenangan’, ‘menghiburkan’ dan sebagainya sehingga terpaksa tahan perut dan anak menangis kelaparan, lebih cepatlah perniagaan bungkus atau dibungkuskan oleh saudara mara.

Sasaran awal perniagaan
Jesteru itu tidak salah jika pada awal berniaga kita meletakkan wang sebagai perkara pokok. Dengan adanya wang yang mencukupi untuk diri sendiri dan keluarga barulah kita dapat membebaskan diri daripada belenggu kerisauan yang menghantui fikiran.

Kita perlu menetapkan berapakah pendapatan yang perlu kita ada paling minimum agar semua urusan makan minum, pendidikan, perlindungan dan lain-lain seumpamanya tidak lagi mengganggu pemikiran. Jumlah itulah yang perlu dicari melalui perniagaan yang kita jalankan.

Untuk merealisasikan pendapatan itu tidaak boleh tidak kita perlu ada ilmu. Kita perlu faham berapa jualan minimum perlu dilakukan untuk membolehkan perniagaan mencatatkan keuntungan. Kita perlu tahu mengira kesemua kos yang terlibat dan terjemahkan ia dalam unjuran kewangan.

Dari maklumat yang telah dicongak kita perlu mencari idea bagi menyelesaikan masalah tak cukup modal dan sebagainya dan paling penting sekali kita perlu anggarkan dalam tempoh berapa lama perniagaan kita akan mula pencatatkan keuntungan.

Jika duit tak cukup nak buat macam mana?
Tak ada perniagaan yang berjalan dalam masa sehari terus mencatatkan meuntungan. Kadangkala ada perniagaan yang memerlukan masa selama 6 bulan  atau setahun barulah jumlah duit masuk lebih tinggi dari jumlah duit keluar.

Dalam keadaan seperti itu, ramai yang menghadapi dilema. Bila diminta pendapat usahawan lain yang berjaya, mereka akan kata rahsianya adalah bersabar sedangkan kita dah pening kepala kerana stok beras dah tinggal seinci, susu anak dah tinggla 5 sudu.

Biasanya ada dua cara untuk selesaikan masalah tersebut:

  • Pinjam duit untuk teruskan kehidupan dan teruskan perniagaan.
  • Cari peluang lain yang boleh buat duit bagi menampung perniagaan yang kita jalankan.

 Ramai yang melakukan kedua-dua perkara di atas. Ada yang akhirnya berjaya juga dengan perniagaan mereka dan ada yang akhirnya kecundang.

Bagi yang kecundang mereka meletakkan diri dalam keadaan berhutang yang banyak dan membuatkan diri mereka dilabel sebagai seorang usahawan yang buat berbagai perniagaan dan cabut lari. Kawan-kawan tentu akan jangka setiap tahun anda akan ditemui dengan satu perniagaan yang baru dan begitulah seterusnya.

Perkara pokok di sini adalah tidak salam meletakkan sasaran wang dalam perniagaan, Lagipun ianya adalah langkah awal untuk berjaya. Dan untuk mencapai sasaran kewangan dalam perniagaan anda itu kita perlu sentiasa mengira segala-galanya.

Dalam dunia yang semua orang ada komputer kini, penggunaan microsoft excel untuk unjuran kewangan selama setahun ‘wajib’ ada jika anda mahu berjaya. Dengan adanya perkiraan tersebut anda akan mampu menjawab dengan mudah soalan-soalan seperti:

  • Berapa jumlah jualan diperlukan untuk mula untung?
  • Berapa peratusan kos bahan mentah berbanding jualan?
  • Berapa peratusan perbelanjaan tetap berbanding jualan?
  • Berapa kos sumber manusia berbanding jualan?
  • Berapa  jualan yang perlu dibuat jika anda mahukan gaji sebanyak RM10 ribu sebulan?
  • Bagaiman anda boleh tingkatkan lagi jualan?
  • Berapa tambahan modal diperlukan dan bila anda boleh bayar semula segala pinjaman dari kawan-kawan?
  • Dll
Nota: Jika anda dapatkan khidmat HR Biz Coaching, ia merupakan perkara asas yang akan saya tunjuk dan latih serta gunakan bagi memastikan perniagaan anda belayar dengan lancar dan betul.
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

3 thoughts on “Berniaga bukan untuk wang?

  1. Nurul Fieza

    Sy xde pngalaman meniaga lgsung tpi sy minat sgt nk meniaga & nak tahu selok belok meniaga…. mcam mne sy nk mulakan dlu ye En.?

    Reply
  2. Mohd Farihan

    Setuju sangat-sangat.Permulaan UNTUK BERNIAGA bagi sesetngah org adalah untuk mencari rezeki untuk keluarga.Pendapatan yang tidak cukup sebelum berniaga membuatkan semangat untuk mencari rezeki lebih mendorong mereka memulakan perniagaan.Perniagaan dah kukuh dan stabil barulah datang impian untuk menjadi kaya.Memang perit masa memulakan perniagaan.SABAR,USAHA, DOA DAN TAWAKAL kunci kepada kestabilan perniagaan.Sekadar berkongsi.TQ

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge