Jangan takut berniaga tanpa pengalamanSaya berniaga tanpa pengalaman. Boleh dikatakan kesemua perniagaan yang saya jalankan adalah jenis perniagaan yang saya tidak pernah ada pengalaman terhadapnya.

Oleh itu, kalau ada yang bertanyakan pada saya samada boleh atau tidak kalau nak berniaga tapi tak ada pengalaman tentang perniagaan yang nak dijalankan itu, sudah tentu saya akan jawab, “Ya!”.

Sebab saya sendiri sudah buktikan bahawa berniaga tanpa pengalaman dalam industri atau perniagaan yang dijalankan itu masih tetap dapat dijayakan dengan baik.

Bagaimana nak berniaga tanpa pengalaman

Tetapi sudah tentu ada anyak kerja yang perlu dilakukan. Mentang-mentang saya kata boleh walaupun tak ada pengalaman, bukannya bermaksud main redah ikut rasa sedap hati buat apa saja.

Ada disiplinnya yang perlu anda ikuti, kalau nak jalankan seseuatu perniagaan yang anda tak ada pengalaman.

Apa perlunya pengalaman?

Pengalaman diperlukan dalam apa saja urusan sebab dari pengalaman, ada banyak maklumat yang dapat dipergunakan untuk membuat keputusan dalam merancang perkara yang akan datang.

Dalam perniagaan, kita terpaksa membuat banyak keputusan dalam menentukan perancangan perniagaan yang nak dijalankan. Malah nak merancang itu pun perlu ada maklumat.

Maklumat yang paling mudah datangnya daripada pengalaman kita yang pernah melaluinya. Sebab itu orang beri petua, kalau nak buat bisnes logistik, anda mestilah ada pengalaman dalam bidang logistik.

Sebenarnya, maksud yang nak disampaikan adalah, perlu ada banyak maklumat dalam bidang tersebut. Tak kisah samada maklumat datang dari pengalaman sendiri atau mungkin dari pengalaman orang lain.

Dari mana boleh dapatkan maklumat ?

Itu soalan mudah yang semua boleh jawab sekarang. Bila sebut maklumat, manusia dalam dunia teknologi maklumat akan rasa itu kelebihan mereka.

Paling mudah untuk anda dapatkan maklumat berkenaan apa saja perniagaan yang nak dijalankan adalah dari Cikgu Google.

Taip saja apa-apa perkataan berkaitan perniagaan yang nak dijalankan, Google akan buat kerja pantas untuk anda.

Malah akan diberikannya keputusan carian yang berupa maklumat yang dirasakan paling bernilai dan tepat sebagaimana yang anda mahu untuk anda.

Internet adalah lautan sumber maklumat yang tak boleh diabaikan jika anda mahu mendalami sesuatu perkara. Malah boleh dijadikan sebagai langkah mula yang perlu diambil sebelum anda buat langkah selanjutnya.

Nak cari maklumat apa dari google ?

Kebiasaannya orang yang nak jalankan sesuatu perniagaan, dia akan cari maklumat berkenaan bagaimana nak jalankan perniagaan itu dari internet.

Saya rasa itu betul, tapi ada satu lagi perkara penting yang anda perlu cuba cari berkenaan perniagaan yang nak dijalankan.

Mula-mula sekali, anda perlu semak dalam internet samada perniagaan yang nak dijalankan itu ada diwakili oleh mana-mana persatuan atau badan atau pertubuhan atau organisasi atau lain-lain seumpamanya.

Carilah maklumat berkenaan perkara tersebut lebih dahulu kerana ia adalah satu langkah yang paling baik untuk menghampiri kelompok mereka yang berpengalaman dalam perkara tersebut.

Jika ada mana-mana badan atau organisasi yang mewakili perniagaan atau industri yang nak dijalankan, bermakna, perniagaan anda ada potensi yang tinggi untuk pergi jauh.

Pergilah cari orang yang mengetuai organisasi itu dan berkenalan serta berkawan dengan mereka. Itu langkah paling asas dan bakal memudahkan anda jalankan perniagaan nanti.

Anda boleh dapatkan berbagai maklumat lengkap daripada badan tersebut dari A sampai Z. Malah biasanya organisasi yang terlibat dalam sesuatu industri perniagaan sebegitu akan menjalankan latihan dan menjadi pusat pengumpulan segala sumber maklumat tentang industri.

Pengalaman saya berniaga tanpa pengalaman

Secara ringkas, saya akan konsgikan bagaimana saya buat perniagaan pest control, perniagaan mula saya yang dijalankan tanpa ada sedikitpun pengalaman berkenaannya.

Untuk maklumat pembaca, saya buat keputusan untuk jalankan perniagaan pest control setelah membuat tapisan ratusan jenis perniagaan lain yang saya senaraikan dalam beberapa keping kertas kajang.

Ketika makan gaji, itulah kerja rutin yang saya buat. Bila ada melintas satu perniagaan saya akan catitkannya dalam kertas kajang. Lama kelamaan jadi amat panjang dan hampir kesemua jenis perniagaan yang saya catiti itu saya tak tahu menahu dan tak ada pengalaman dengannya.

Selepas dah banyak idea perniagaan dalam catitan, saya perlu buat tapisan untuk membuat pilihan hanya satu saja jenis perniagaan.

Untuk itu, saya mula senaraikan apakah yang saya mahu dan yang saya tak mahu dalam kriteria jenis perniagaan yang saya nak buat. Contohnya salah satu kriteria yang saya tak mahu dalam perniagaan adalah perniagaan yang banyak bergantung pada tender kerajaan. Saya mahu perniagaan yang pasaran terbukanya bebas dan besar berbanding kerajaan.

Akhirnya, tapis punya tapis, tinggal dua jenis perniagaan saja yang perlu saya buat pilihan. Pertamanya adalah perniagaan Cold Storage membekalkan bahan mentah seperti daging, ikan, sayur dan lain-lain untuk para peniaga, dna perniagaan kedua adalah pest control.

Diringkaskan cerita, saya pilih perniagaan pest control.

Perkara mula yang saya buat, (masa tu tak berapa reti dengan internet sangat) saya pergi cari orang yang buat kerja pest control. Tak lama kemudian saya dapat tahu ada Persatuan Pest Control Malaysia.

Bila tahu saja adanya persatuan, saya terus pergi cari pejabatnya dan tak tangguh lagi untuk pergi panjat tangga persatuan. Hari pertama saja saya pergi ke pejabat persatuan, saya bawa balik banyak buku berkenaan industri pest control untuk disalin cetak.

Dari situ juga saya tahu adanya seminar dan promosi memperkenalkan bahan kimia baru untuk industri pest control. Saya juga dapat tahu adanya beberapa orang professor yang aktif dalam dunia kajian berkenaan serangga perosak ini dan mereka amat rapat dengan industri pest control.

Saya catit semua maklumat, seminar dan bila datangnya hari seminar, saya selamba saja pergi menghadirkan diri walaupun tanpa jemputan. Sebab ianya adalah seminat percuma dan terbuka.

Dari seminar itulah saya berkenalan dengan hampir kesemua taiko industri pest control di Malaysia dan juga para professor yang ada di universiti pengajian tinggi, walaupun saya ketika itu masih belum ada syarikat lagi!.

Semua aktiviti itu menjadi satu jalan pintas untuk saya mendapatkan gambaran sejelas mungkin berkenaan industri yang mahu saya ceburi.

Dan terbukti bahawa ianya amat bernilai untuk saya jalankan perniagaan pest control dengan mudah dan berjaya. Malah jauh mengatasi ratusan lagi syarikat pest control lain yang terlebih dahulu menceburi bidang ini lebih awal dari saya.

Itulah rahsia bagaimana anda boleh berniaga tanpa pengalaman. Bukan bermaksud pengalaman itu ak penting, tapi hakikat sebenarnya, maklumat itulah yang paling penting.

Berdasarkan bacaan, saya dapat tahu bahawa kajian mengatakan anda hanya perlu sekitar 45% sahaja daripada keseluruhan maklumat untuk membuat satu keputusan yang betul dan baik.

Oleh itu, tak perlu risau jika anda tak tahu kesemua perkara 100%, ianya tidak perlu…!

Moga perkongsian ini ada manfaatnya untuk anda. Jika anda ada pengalaman buat apa saja perniagaan sedangkan anda sendiri tak ada pengalaman terhadap perniagaan itu, bolehlah kongsikan di sini.

Anda boleh komen kat bawah bagaimana anda mula berniaga tanpa pengalaman. Sudah tentu ada kebaikannya pada mereka yang masih teragak-agak nak menjadi usahawan di luar sana

Total
28
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

9 comments

  1. Salam tuan. Perkongsian menarik. Saya menawarkan tenaga kerja dan kepakaran kepada pihak tuan untuk pengalaman. Jika ada sebarang peluang, harap tuan dapat hubungi saya di 014-3361936. Sekian.

  2. Assalamualaikum. Saya merupakan seorang remaja yang baru habis diploma & sekarang ni melibatkan diri dalam bidang dropship untuk cari income. Jadi saya nak tanya, macam mana nak buat orang beli produk kita? Macam mana kita nak jana income daripada aktiviti dropship tu sendiri? Harap Encik Shubhi dapat jawab soalan saya & memberi sedikit tips mengenai bidang ini. Kalau Encik Shubhi tak keberatan jemputlah singgah di website saya. Sekian terima kasih.

    1. Macam mana nak buat orang beli produk kita?

      Kena jawab apa masalah yang orang tu boleh selesaikan dengan mendapatkan produk kita.

      Tapi terlebih dahulu kena pergi cari kumpulan orang yang mana, produk kita boleh selesaikan masalah mereka… perkenalkan produk kita pada kumpulan tersebut dan yakinkan mereka untuk mencubanya…

      Dropship atau kovensional, sama saja. Kena jawab / buat kedua-dua perkara tersebut di atas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge