tingkat hasil perniagaan dari dalamSebelum mula menyalahkan semua orang lain, elok betulkan perniagaan anda terlebih dahulu.

Ramai yang dah menjalankan perniagaan, atau lebih tepat lagi ramai yang dah menjadikan usahawan sebagai kerjaya sara hidup mereka.

Kerjaya makan gaji tetap menjadi pilihan utama rakyat Malaysia berdasarkan jumlah mereka yang makan gaji jauh melebihi yang menjadi usahawan. Walaupun begitu, jumlah yang berhenti kerja dan berniaga semakin hari semakin bertambah.

Berhenti kerja untuk menjalankan perniagaan secara sepenuh masa adalah perkara biasa sekarang. Malah berhenti kerja untuk menjadi blogger secara sepenuh masa juga sudah ada di negara kita.

Ertinya ramai dah sedar duit datang bukan hanya dari kerja makan gaji. Pendapatan boleh dijana dari berbagai sumber yang halal. Ada yang menjana pendapatan dari perniagaan online dan ada juga yang buat duit dari perniagaan offline.

Antara faktor paling menggalakkan yang membuatkan orang ramai terjun berniaga adalah wujudnya galakan daripada kerajaan. Ada banyak dana pembiayaan yang kerajaan tawarkan. Ada dana yang perlu dibayar dan ada juga yang tak perlu dibayar.

Berusaha betulkan perniagaan anda dulu

Tak kisah samada anda mula menjalankan perniagaan hasil daripada pinjaman atau gran kerajaan atau hasil daripada wang sendiri, pada satu peringkat perniagaan akan terasa seperti tidak dapat menjanjikan sumber pendapatan yang memberansangkan.

Setelah lama berniaga, setelah perniagaan berjaya mengumpulkan jumlah pelanggan yang agak mencukupi, usahawan mula rasa sesak seperti tak boleh bernafas.

Ketika itu kebanyakan usahawan akan mengandaikan bahawa mereka memerlukan suntikan dana untuk merancakkan lagi perniagaan mereka.

Secara logiknya usahawan rasa untuk tingkatkan pendapatan perlu tingkatkan jualan —> untuk tingkatkan jualan perlu tambah modal —> untuk tambah modal perlu buat pnjaman —> untuk buat pinjaman perlu bantuan kerajaan !

Tambah modal pusingan untuk besarkan perniagaan

Hampir semua orang yang dah berniaga akan menjawab mereka perlu tambahan modal pusingan untuk besarkan perniagaan mereka.

Samada perniagaan mereka baru menapak dengan hasil jualan yang kecil, baik yang telah lama bertapak dengan hasil jualan yang besar, akan berkata mereka perlukan modal pusingan tambahan untuk membesar.

Sebelum anda meneruskan usaha mendapatkan tambahan modal pusingan untuk perniagaan, elok fikirkan terlebih dahulu apakah anda benar-benar perlukan modal tambahan.

Memag seronok mendapatkan dana tambahan daripada mana-mana institusi. Tetapi perlu diingat bahawa tambahan modal bukannya wang percuma yang tak perlu dibayar.

Seali berhutang, kita perlu menjelaskan hutang tersebut. Jika pendapatan tidak mencukupi, jika tambahan jualan tidak berlaku, hutang tidak dapat disara dengan baik. Di waktu itu, takut-takut anda akan berkata sekali lagi bahwa anda memerlukan tambahan modal pusingan!.

Sertai bengkel perniagaan 26hb April 2014

Salah satu sebab saya sediakan bengkel menilai potensi perniagaan untuk para usahawan dan juga bakal usahawan, adalah bertujuan untuk pastikan kita mempunyai fikiran yang betul terhadap dunia perniagaan.

Jika usahawan berfikir dengan betul, dia akan dapat menilai dengan betul tahap potensi perniagaannya. Jika potensi perniagaan amat baik, dia hanya perlu berusaha menguruskan perniagaannya dengan baik dan betul untuk menjadikan perniagaan itu menjana keuntungan.

Tapi bagaimanakah dapat kita nilaikan samada perniagaan kita berpotensi tinggi untuk membolehkan kita menjadi usahawan berjaya?

Anda akan diajar bagaimana melakukan semua itu dalam bengkel menilai potensi perniagaan  pada 24hb April 2014 nanti. Jika anda daftar sekarang, harga istimewa akan diberikan.

Jangan risau jika perniagaan anda berpotensi tinggi setelah dikira nanti. Kerana anda akan di ajar pula bagaimana mahu jadikannya berpotensi tinggi dengan membuat perubahan berdasarkan kiraan yang telah dilakukan.

Sebab itulah saya katakan anda mampu betulkan perniagaan anda dengan menyertai bengkel menilai potensi perniagaan anjuran Hidupringkas.com

Jom sertai bengkel! betulkan perniagaan anda dulu sebelum nak pinjam atau tambah hutang lagi. Kadang-kadang anda hanya perlu buat sedikit perubahan sahaja untuk membolehkan keuntungan ditambah. Dan anda tak perlu tambah hutang akhirnya!

[button font_size=”20″ color=”#c8232b” text_color=”#ffffff” icon=”arrow-circle-down” url=”http://eepurl.com/RtxQT” target=”_blank”]Daftar sekarang[/button]
Total
1
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

5 comments

    1. Buat sementara ini saya tak dapat adakan lagi kursus perniagaan sebab terpaksa buat bengkel perniagaan di luar kawasan dan juga sibuk buat bimbingan perniagaan, juga di luar kawasan.

      Insyaallah bila dah lapang nanti akan diadakan semula. Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge