Jangan terburu-buru buka cawangan dan buat pinjamanBagi mereka yang dah mula berniaga, persoalan bila masa yang sesuai untuk besarkan perniagaan sudah tentu mula bermain di kepala.

Tambahan lagi kalau perniagaan nampaknya macam rancak, rezki datang mencurah-curah macam hujan lebat di petang hari. Sudah tentu terdetik idea untuk besarkan perniagaan.

Idea untuk besarkan perniagaan tak akan terlintas pada mereka yang perniagaannya muram. Memang tak sesuaipun untuk fikir pasal besarkan perniagaan ketika itu. Apa yang biasanya bermain di kepala jika perniagaan suram adalah samada nak teruskan perniagaan atau nak gulung tikar.

Orang yang buat bisnes part time boleh ke fikir pasal besarkan perniagaan?

Saya sedar ramai juga yang mengikuti Hidupringkas.com merupakan mereka yang masih lagi makan gaji tetapi dalam masa yang sama ada buat bisnes part time.

Samada anda buat bisnes part time atau buat perniagaan sepenuh masa, anda adalah dalam kategori usahawan. Sebaik saja anda ada perniagaan, ada jualan dan ada untung dan rugi, anda sudah masuk dalam kategori usahawan.

Oleh itu, berbanggalah!, jangan rasa rendah diri hanya kerana anda bukan seorang usahawan separuh masa. Malah anda jauh lebih hebat berbanding mereka yang makan gaji.

Orang yang makan gaji dan ada bisnes part time ada kelebihan duit masuk kiri dan kanan. Siapa tak cemburu jika seseorang itu ada kerja, melaksanakan amanah yang diberikan dalam kerja makan gajinya dan masih ada masa untuk jana pendapatan tambahan dengan berniaga?

Oleh itu, samada anda full time atau part time, asalkan perniagaan berjalan baik di mana duit masuk lebih tinggi dari duit keluar, anda patut fikirkan pasal besarkan perniagaan.

Mereka yang part time, mungkin besarkan perniagaan bermaksud mula berhenti kerja dan buat bisnes sepenuh masa. Untuk itu, pelaburan perlu ditambah untuk pastikan tahap jualan mencapai tahap minimum yang perlu untuk menyara kos yang bertambah.

Bagaimana usahawan full time besarkan perniagaan

Bagi anda yang dah buat perniagaan sepenuh masa, bila perniagaan yang baru dijalankan rancak sangat, anda akan mula fikirkan untuk mengubah cara menjalankan perniagaan.

Samada meningkatkan keupayaan dengan tambah pekerja, tambah jumlah atau saiz premis atau tambah apa saja sumber lain agar dapat memenuhi semua permintaan yang datang mencurah-curah.

Ada juga yang menterjemahkan makna besarkan perniagaan itu dengan buat sendiri produk yang sebelum ini ambil dari orang lain. Ini dilakukan dengan impian untuk naikkan keuntungan.

Bila nak buat sendiri, maknanya perlu ada kemudahan premis sendiri. Perlu ada kilang sendiri, perlu ada ramai kakitangan sendiri dan bayak lagi yang mana ia memerlukan suntikan dana yang juga tinggi.

Jalan mudah untuk melakukan kesemua itu adalah dengan membuat pinjaman perniagaan daripada institusi kewangan.

Biasanya mereka yang baru berniaga tak sampai setahun lebih mudah dapatkan pinjaman daripada institusi kerajaan seperti Mara atau PUNB dan lain-lain seumpamanya.

Jika mereka yang belum cukup setahun berniaga buat pinjaman daripada institusi kewangan swasta seperti bank, permohonan mereka biasanya akan ditolak Walaupun anda boleh tunjukkan hasil yang bagus selama beberapa bulan menjalnkan perniagaan itu, bank masih curiga untuk berikan anda wang mereka.

Kenapa bank komersial takut bagi duit untuk besarkan perniagaan pada usahawan baru

Ya! pelik juga kan?, perniagaan aku laris, orang ramai terjun memburu mendapatkan produk yang aku jual, kenapa takut nak berikan pinjaman?

Dari sini anda dapat baca bilakah masa yang sesuai untuk besarkan perniagaan. Perniagaan yang baru, tambah lah lagi kalu produk juga baru dalam pasaran, walaupun bermula dengan hebat macam nak rak, bank kata tak sesuai lagi nak besarkan perniagaan.

Asasnya di sini adalah “masa”. Masa yang pendek tidak mencerminkan kestabilan perniagaan anda. Juga tidak memberikan gambaran sebenar kestabilan terhadap permintaan produk anda.

Benda yang tak stabil sukar untuk diramalkan masa depannya. Carta atau graf ‘supply and demand’ adalah tidak normal dan tidak dapat dijangka.

Contoh untuk faham makna stabil dalam perniagaan

Bayangkan anda melambung wang siling 20 sen sebanyak 5 kali. Anda mungkin akan dapati bahawa wang siling itu menunjukkan kepala sebanyak 4 kali dan bunga sebanyak sekali.

Bila anda terus rumuskan bahawa kemungkian wang siling tersebut akan tunjukkan kepala adalah 4 kali berbanding hanya sekali bunga dalam setiap balingan, anda telah membuat andaian yang salah sama sekali.

Jadi bagaimana nak tahu kebarangkalian sebenar tabiat lambungan wang siling 20 sen?

Cuba anda lambung sebanyak 100 atau 200 kali. Cubalah buat dan lihat berapa kali bunga dan berapa kali kepala. Tambah lagi kepada 300 kali lambungan, lihat berapa kali bungan dan berapa kali kepala.

Dari situ anda akan dapat tahu bahawa kemungkinan wang siling akan tunjukkan kepala atau bunga adalah sama banyak. Ertinya 50/50.

Ha!, itulah yang betul sebenarnya. Lagi banyak anda buat lambungan, lagi mudah untuk nampak kecenderungannya.

Besarkan perniagaan hanya pada ketika perniagaan menunjukkan rupa sebenarnya

Ramai yang kantoi dalam bab terjun besarkan perniagaan ini bila memilih ketika yang terlalu awal untuk perniagaannya menunjukkan tabiat atau rupanya yang sebenar.

Terjunan menjadi lebih parah apabila aktiviti besarkan perniagaan ini menggunakan dana hasil daripada pinjaman. Bila perniagaan menunjukkan rupa sebenarnya, baru sedar pendapatan yang ada tidak cukup untuk menyara kos pinjaman kewangan yang tinggi.

Akhirnya kepala pening gara-gara ghairah nak besarkan perniagaan. Oleh itu pastikan anda tahu masa dan ketika yang sesuai untuk besarkan perniagaan. Jangan terlalu terliur dengan impian wang yang banyak dan angan-angan nak hidup mewah sedangkan anda masih ada masa yang panjang lagi untuk menikmati hidup sebagai seorang usahawan.

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

6 comments

  1. Selalunya tempoh masa berapa lama ye tuan kita nak pastikan bisnes yang kita bina tu stabil?
    3 tahun @ 5 tahun @ bergantung kepada…….?

    1. Soalan yang amat baik!. Asasnya adalah ‘lagi lama lagi terang trend perniagaan kita’. Biasanya boleh dilihat pada graph jualan yang naik dan turun atau asyik naik saja tak henti-henti nampak macam tak turun.

      Perlu ada pantauan yang baik dalam pengurusan akaun perniagaan untuk melihat kesemua data tersebut.

      Biasanya untuk perniagaan stabil bergantung pada produk atau jenis perniagaan kita juga samada pasaran baru atau pasaran yang dah sedia ada.

      kalau nak diikutkan panduan dari sistem Francais, biasanya mereka akan lihat perniagaan yang telah beroperasi selama at least 2 tahun untuk melayakkan perniagaan kita boleh diFrancais-kan…Wallahualam!

      1. T.kasih tuan atas penerangan.
        Jadi pengajaranya kita tak boleh memandai2 tukar kereta kalau bisnes baru setahun jagung ^^.

  2. Perniagaan yang tak konsisten mungkin mengundang padah. Contoh kalau baru buka perniagaan, untung berlipat ganda dan masa tu terus besarkan perniagaan. Bila produk tu dah tak laku, kalot jugak nak cari duit untuk tampung kos besarkan perniagaan tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge