_DSC4294Khidmat bimbingan perniagaan melalui HR Biz Coaching ini saya buat pada mulanya hanya untuk kawan-kawan usahawan yang menghadapi masalah perniagaan mereka.

Hampir kesemua rakan-rakan saya itu lebih awal terjun jadi usahawan berbanding saya. Malah merekalah tok guru dari awal sebelum saya mula berniaga sampailah sekarang masih lagi saya anggap sebagai tok guru.

Daftar diri untuk Program HR Biz Coaching – Fasa 1. Baca maklumat dan sahkan kehadiran anda dengan klik di sini.

Tanpa mereka, saya tak tahu samada saya mampu mengayuh sampan kecil perniagaan saya ini sehingga sekarang. Banyak yang mereka tunjukkan. Jalan berduri atau jalan selamat yang pernah mereka tempuhi banyak mengajar saya memahami cabaran menjadi seorang usahawan.

Tetapi, disebabkan saya rasa amat ketinggalan berbanding mereka, maka saya tak pernah jemu beli dan baca buku-buku. Mungkin itu saja caranya untuk saya dapat mengejar jumlah tahun yang telah hilang akibat makan gaji dan berani buat keputusan untuk berniaga.

Saya berikan tumpuan pada banyak buku berkenaan dunia keusahawanan, pengurusan, pemikiran, tabiat, dan lan-lain seumpama dengannya. Apa saja masalah yang timbul sepanjang berniaga, saya akan rujuk pada kawan-kawan dan tambah lagi dengan mencari buku yang ada kaitan.

Dan nak jadi cerita, akhirnya saya pulak banyak menyumbang pada kawan-kawan tersebut setiap kali mereka pulak yang ada masalah dalam perniagaan.

HR Biz Coaching merebak ke penulisan

Oleh kerana ada banyak yang terkumpul dalam kepala ini, saya perlu lepaskannya pada satu tempat yang lebih terbuka.

Dari situ keluar pula blog hidupringkas.com ini. Saya curahkan pula segala pengalaman yang ada dan maklumat yang telah dibaca bersama dengan pengalaman dari rakan-rakan lain dalam bentuk penulisan.

Dari blog ini dikembangkan pula pada bengkel atau seminar kecil untuk mereka yang bermiat nak belajar tenang dunia perniagaan.

Oleh kerana nak buat bengkel, saya kumpulkan pula maklumat ringkas dan padat untuk dijadikan sebagai modul pengajaran.

Saya cuba ringkaskan segalanya agar mereka yang nak belajar mendapat jalan pintas mudah tak perlu beli dan baca banyak buku sangat untuk faham perkara asas dalam perniagaan.

Ianya berkembang lagi sehingga saya berjaya buat modul bimbingan peribadi untuk usahawan yang nak melonjakkan perniagaan mereka.

Dan sedar tak sedar, saya dah ada Team HR Biz Coaching yang terdiri dari kalangan para usahawan juga yang ada perniagaan masing-masing.

Mereka kini sibuk membimbing ramai usahawan di seluruh negara memantapkan perniagaan masing-masing dan alhamdulillah, peningkatan jualan para usahawan yang dibimbing setakat ini adalah antara 100% ke 300%.

Bukan saja jualan meningkat, malah peratusan keuntungan juga turut meningkat. Dan yang paling saya puas adalah mereka dapat jalankan perniagaan dengan lebih mudah dan punya lebih banyak masa.

Ertinya sebelum mendapat bimbingan mereka kerja teruk untuk hasil yang sedikit. Selepas mendapat bimbingan, kerja sedkit tapi hasil banyak!

Bimbingan HR Biz Coaching – Fasa 1

Nota: Untuk makluman semua, pendaftaran untuk program in sudah tamat !!!

Saya dah buka program bimbingan perniagaan HR Biz Coaching ini untuk usahawan lain di luar sana.

Untuk permulaan, saya akan adakan Bengkel pengenalan HR Biz Coaching – Fasa 1 pada 13hb Jun 2015, bersamaan hari Sabtu.

Bengkel tersebut dijangka bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang.

Bagi mereka yang dah pernah hadir pada bengkel menilai potensi perniagaan saya sebelum ini dan sekarang dah mula berniaga, anda boleh turut serta dalam bengkel kali ini secara percuma.

Tapi sila daftarkan diri anda dengan klik di sini dan sahkan kehadiran untuk saya buat persediaan.

Untuk yang baru, pastikan anda ikuti syarat yang saya senaraikan.

Anda boleh baca di Facebook dalam event yang saya dah buka. Klik di sini untuk membacanya dan sila daftarkan diri dengan segera.

Total
22
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

10 comments

  1. Salam tuan Subhi,
    semoga tuan Subhi dan para pembaca semua di rahmati Allah SWT . boleh minta email tuan Subhi untuk sebarang pertanyaan. insyaAllah bila ada rezeki dan peluang..boleh attend course dengan tuan n berhunung dengan tuan terus.
    pernah terjumpa email tuan di comments post sebelum ni.tapi nak track balik tak jumpa.maklumla. post tuan banyak sangat. Semoga semangat dan kata2 peransang dari blog tuan menjadi pemangkin untuk menjadi usahawan.insyaAllah . Ameen Ya RABB.

  2. Assalammualaikum & salam sejahtera.

    Tumpang lalu & iklan admin. Untuk membantu anak bangsa kita yang sedang mencara tempat untuk sambung belajar. Mohon tuan hebahkan berkenaan perkara di bawah. Terima kasih.

    Mempelawa pelajar lepasan SPM & STPM untuk melanjutkan pengajian peringkat Diploma dari INSTEDT & usahasama UiTM.

    Syarat kemasukan minimum 3 kredit.
    Kemudahan pembiayaan/pinjaman dari MARA, PTPTN, KWSP & Tabung Kewangan.

    Program yang ditawarkan :

    1. Diploma Kejururawatan
    2. Diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat-UiTM
    3. Diploma Pengajian Sukan-UiTM
    4. Diploma Grafik Media Digital
    5. Diploma Kesetiausahaan Undang-Undang
    6. Diploma Kesetiausahan Kesihatan
    7. Diploma Pengajian Islam
    8. Diploma Pengurusan Pelancongan
    9. Diploma Pengurusan Perhotelan
    10. Diploma Teknologi Maklumat
    11. Diploma Pengurusan Perniagaan
    12. Diploma Perakunan
    13. Diploma Perbankan & Kewangan Islam

    Bagaimana untuk mendaftar?

    1. Sila ke link dibawah ini untuk lihat syarat kelayakan, maklumat program & pendaftaran

    http://www.instedt.edu.my/wassup/index.html

    2. # PENTING : Pada borang pendaftaran, penuhkan ruangan yang disediakan & tulis ‘FADZLAH’ pada kolum ‘staff id’ bagi memudahkan urusan pihak berwajib.

    Sebarang pertanyaan, sila hubungi 019-7646299 (FADZLAH)
    Mohon dihebahkan.

    Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge