Retro-Analogue-Nikon-FM2-Film-Camera-TopSecara umumnya ada dua jenis bisnes yang biasa kita ceburi,

  1. Bisnes pembuatan
  2. Bisnes perkhidmatan

Untuk bisnes pembuatan, anda perlu ada barang fizikal yang mahu ditawarkan pada pelanggan.

Tak kisah samada barang itu anda sendiri yang buat, atau dapatkan daripada pembekal. Yang pentingnya, ia melibatkan penjualan barang secara fizikal.

Dalam bisnes perkhidmatan pula, anda tak ada barang yang nak ditawarkan. Sebaliknya anda tawarkan kemahiran, atau pengalaman ataupun hanya sekadar tenaga. Tak ada barang secara fizikal yang akan bertukar tangan.

Bisnes pembuatan ‘vs’ Bisnes perkhidmatan

Mana satu yang lebih baik ?

Itu soalan yang menarik untuk difikirkan. Terutamanya bagi mereka yang sedang mencari-cari idea bisnes untuk dilakukan.

Sebenarnya masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Ia bergantung kepada produk atau perkhidmatan yang mahu ditawarkan kepada pelanggan.

Bagi saya, asalkan ianya bisnes, anda suka dengan bisnes tersebut, maka baiklah bisnes yang dijalankan. Maknanya, ia banyak bergantung kepada diri anda sendiri.

Jika anda sendiri tak tahu apa yang anda suka, asyik nak ikut atau berlumba dengan orang lain, tak akan ada satu bisnespun yang paling baik untuk anda.

Kelebihan bisnes perkhidmatan

Dalam banyak-banyak perkara, ada satu kelebihan tentang bisnes perkhidmatan yang membuatkan saya rasa sesuai untuk mereka yang tak ada banyak modal sangat.

Bisnes perkhidmatan ini banyak bergantung pada kemahiran yang anda ada. Itu adalah modal utama anda dan bukannya dalam bentuk wang.

Malah dengan kemahiran itulah anda berusaha untuk ditukarkan kepada wang. Modal perniagaan adalah diri anda sendiri.

Boleh juga kita katakan dalam bab bisnes kemahiran ini, konsep ‘duit buat duit’ tak berapa boleh pakai. Ia lebih kepada proses ‘kemahiran buat duit’ sebenarnya.

Satu lagi kelebihan bisnes perkhidmatan yang saya suka adalah keupayaan anda untuk kenakan harga yang lebih baik berbanding pesaing.

Ini disebabkan apa saja barang yang tiada dalam bentuk fizikal, nilai yang diterima oleh pelanggan adalah subjektif.

Contohnya, ada bomoh yang kenakan harga beribu-ribu ringgit, masih ada ramai yang mahu dapatkan perkhidmatan bomoh tersebut.

Sedangkan ada bomoh yang menawarkan perkhidmatan yang sama, walaupun degan harga yang murah, tidak menjadi pilihan.

Ia banyak bergantung pada teknik bagaimana anda meyakinkan pelanggan terhadap perkhidmatan yang anda tawarkan.

(Saya sekadar berikan contoh sahaja, bukan nak suruh anda buka bisnes perkhidmatan bomoh !)

Jika anda ada apa-apa kemahiran dan nak buka bisnes perkhidmatan, tak perlu risau bahawa dah ada ramai pesaing di pasaran.

Asalkan anda berjaya persembahkan dan sampaikan kelebihan yang berbeza pada pelanggan, anda sentiasa ada harapan untuk memotong pesaing lain yang dah lama dalam pasaran.

Bisnes pembuatan lebih mencabar

Dalam bisnes pembuatan pula, biasanya ia banyak bergantung kepada berapa anyak duit yang anda ada.

Mungkin anda ada produk baru yang hebat, tetapi untuk membuat persediaan menghasilkan pengeluaran barang tersebut, sudah tentu memakan modal yang besar.

Mungkin anda nak jual barang yang dah ada di pasaran sahaja, lalu pergi jadi ajen atau dapatkan barang tersebut daripada pembekal.

Masalah yang sama juga berlaku apabila anda hanya akan dapat harga borong yang rendah seandainya anda beli dalam kuantiti yang banyak.

Ertinya ada perlu keluarkan banyak wang untuk beli dalam kuantiti yang banyak. Anda juga ambil risiko jika tak dapat menjual barang yang banyak itu dalam tempoh masa yang pantas, ada potensi gulung tikar.

Masalah paling besar yang dihadapi oleh para peniaga bisnes pembuatan adalah masalah lawan harga siapa lagi rendah.

Ini boleh berlaku kerana barang yang ditawarkan dalam pasaran adalah sama saja. Ia datang dari kilang yang sama.

Sebagai contoh anda boleh lihat bisnes barangan elektrik.

Jika anda nak jadi penjual barang elektrik, contohnya barangan Panasonic, anda terpaksa beli stok Panasonic dalam kuantiti yang banyak untuk dapatkan kelebihan harga yang rendah.

Jika tidak, anda akan sentiasa kalah dengan taukeh-taukeh besar yang dah lama berniaga dengan modal yang besar. Mereka akan campak harga yang anda tak boleh lawan.

Sebab itu bukan mudah untuk mula buat bisnes pembuatan secara kecil-kecilan ย dan bertahan lama.

Jika anda tidak boleh gabungkan bisnes pembuatan dengan tawaran bisnes perkhidmatan, anda akan sering berhadapan dengan perang harga rendah. Dalam dalam perang itu, anda biasanya akan tewas dengan teruk.

Senarai bisnes perkhidmatan

Untuk anda yang sedang memikirkan nak buat bisnes, dan tak tahu nak buat bisnes apa, mungkin setelah mambaca sedikit gorengan di atas akan cenderung nak buat bisnes perkhidmatan.

Oleh itu, saya cuba kongsikan beberapa idea bisnes perkhidmatan yang boleh anda fikirkan di bawah:

  1. Khidmat pengurusan akaun – Ramai orang berniaga tapi tak jaga akaun dengan baik, malah ramai juga yang tak tahu nak buat macam mana. Bagi mereka yang ada kemahiran menjaga akaun syarikat dan menguruskannya dengan baik boleh tawarkan perkhidmatan ini pada para usahawan yang berniaga.
  2. Agen pemasaran – Anda boleh jadi agen pemasaran kepada apa saja produk yang dirasakan sesuai. Apa yang diperlukan hanyalah kecekapan komunikasi, kreativiti, tahan lasak dan tidak mudah putus asa.
  3. Jurunilai – ada banyak jenis jurunilai dalam berbagai industri. Salah satunya seperti khidmat orang tengah yang membuat penilaian jumlah barangan dalam kapal-kapal besar. Mereka akan menjadi orang tengah kapada pelanggan untuk pastikan nilai yang diterima daripada penjual adalah betul. Banyak syarikat antarabangsa beroperasi di Malaysia sedangkan tenaga kerja semuanya orang Malaysia.
  4. Arkitek – Ini industri yang tak payah diperkenalkan. Jika anda ada kemahiran mereka bentuk bangunan atau apa saja binaan, bila-bila saja masa boleh mulakan perniagaan khidmat kereka bentuk. Saya lihat banyak rekabentuk bangunan atau rumah di negara kita terikut-ikut dengan rekabentuk barat atau timur tengah yang berbeza keadaan cuacanya. Tak ada kah arkitek yang reka binaan berdasarkan cuaca dan amalan budaya orang kita…?
  5. Tukang buat rumah – Masa kecil dulu ada 4 ke 5 orang tukang rumah dalam kawasan kampung saya. Mereka amat cekap dan punyai kepakaran masing-masing. Walaupun mereka bergerak sendirian, tapi siapa saja antara mereka yang dapat kerja besar akan kongsikan kerja dengan semua yang lain. Modal mereka hanyalah peralatan tukang dan kemahiran yang tinggi.
  6. Tukang baiki paip – Ada seorang kawan yang saya tahu sentiasa ada kerja baiki kerosakan paip di perumahan atau mana-mana bangunan sekitar Lembah Kelang ini. Bermula daripada hanya dia sendiri yang buat, kini ada lebih dari 5 team yang bergerak setiap hari memenuhi permintaan kerja. Kerja ini juga hanya perlukan sedikit peralatan dan kemahiran untuk memulakannya.
  7. Tukang pendawaian letrik – Rumah saya masih bergelap di bahagian dapur akibat litar pintas. Setakat saya menulis artikel ini masih belum dibaiki. Saya dah pesan pada kawan yang buat perniagaan pendawaian ini tapi masih tiada ruang kosong untuk dia penuhi permintaan saya. Ertinya ada banyak kerja yang dia perlu buat. Permintaan terhadap kerja-kerja elektrik ini memang sentiasa ada di kawasan perumahan baru mahupun lama.
  8. Pusat kecantikan – Ini minat kaum hawa. Ada banyak pusat kecantikan atau SPA yang muncul terutamanya di kawasan pekan atau bandar. Orang yang berkerjaya dan ada pendapatan pertengahan sanggup berbelanja untuk kelihatan cantik. Permintaan terhadap pusat kecantikan ini sentiasa ada. Anda boleh mulakan dengan servis rumah ke rumah dan tak perlu ada kedai.
  9. Pusat baiki dan servis kenderaan – Menurut data setiap tahun rakyat Malaysia berbelanja dalam lingkungan RM3 billion untuk kos selenggara kenderaan mereka. Kos tersebut akan sentiasa bertambah kerana setiap tahun ada 600 ke 700 ribu kenderaan baru didaftarkan. Jika anda ada kemahiran dalam automotif, perlu ada sedikit saja peralatan untuk mulakan secara kecil-kecilan. Atau anda boleh lihat kedai tayar yang tak ada khidmat repair dan selenggara, cuba mohon kerjasama untuk sewa premis mereka.
  10. Pusat cuci kereta – Ramai orang yang mulakan perniagaan dengan khidmat cuci kereta. Ada yang basuh sendiri dan ada juga yang rekrut pekerja. Ada kedai cuci kereta di Shah Alam buat kerjasama dengan masjid guna tanah masjid sebagai pusat operasi cuci kereta mereka. Untuk bahagi dua. Perniagaan mereka amat maju tak pernah sunyi daripada pelanggan.
  11. Pusat baiki dan servis alatan letrik
  12. Perunding perniagaan
  13. Khidmat pembersihan
  14. Tukang urut
  15. Bomoh patah
  16. Klinik kesihatan
  17. Kaunselor
  18. Khidmat penghantaran
  19. Khidmat simpan barang
  20. Klinik gigi
  21. Penerbitan
  22. Firma kejuruteraan
  23. Firma undang-undang
  24. Perancang kewangan
  25. Pereka grafik
  26. Hiasan dalaman
  27. Kelab senaman
  28. Servis internet
  29. Penasihat pelaburan
  30. Khidmat cuci tandas
  31. Pereka landskap
  32. Kontraktor landskap
  33. Pakar jiwa
  34. Penasihat pemakanan
  35. Penasihat peribadi
  36. Pengawal peribadi
  37. Pengawal keselamatan
  38. Jurugambar
  39. Kedai cetak
  40. Pusat rehabilitasi
  41. Khidmat jualan
  42. Sekolah swasta
  43. Khidmat setiausaha syarikat
  44. Penasihat tax
  45. Klinik haiwan
  46. Pereka web
  47. Perunding perkahwinan
  48. Penulis
  49. Bomoh
  50. Pusat tuisyen
  51. Agen pelancongan
  52. Jurulatih kecergasan
  53. Jurulatih seni pertahanan diri
  54. Kedai jahit
  55. Khidmat memasak
  56. Kursus perniagaan
  57. Khidmat kawalan serangga dan makhluk perosak

Memang ada banyak lagi sebenarnya. Tambahan pula dalam zaman sekarang ini, ada berbagai khidmat yang tak terlintas dalam kepala sudah ditawarkan orang seperti khidmat teman sementara dan lain-lain lagi.

Jika anda ada bisnes perkhidmatan anda sendiri, eloklah kongsikan di ruang komen di bawah untuk sama-sama kita belajar dan mungkin berikan sokongan pada perniagaan anda.

Total
22
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

11 comments

  1. Saya menceburi Perkhimatan pembersihan ya ITU cleaner MCM MNA nk perluaskn Lgi Hnya di k.terenngganu saje

  2. Tuan, saya seorang penjual bundle, dan saya nak nasihat dari tuan, mcm mana saya nak kembangkan perniagaan saya dengan lebih baik, walaupun saya tahu perniagaan saya ni banyak diceburi oleh golongan muda yang lain. Bolehkah tuan menulis artikel tentang perniagaan bundle. Terima kasih.

  3. Saya ada membuat perkhidmatan kursus membuat kulit popia basah/goreng , inti dan sos. Saya ajar sampai mahir.Dah ramai saya ajar anda bila lagi. Lokasi Bangi Selangor. Cuma RM 350.00 je…Hubungi 0107883324 (ghani) atau 0173265603(Aziah}Tq Tuan Hj Shubhi.

  4. Terima kasih tuan atas tips yang amat berguna ini.

    Sedang merangka pelan perniagaan dan mencari kursus bisnes untuk tingkatkan keyakinan diri.

  5. Assalamualaikum En. Shubhi . Jika saya ingin menjadi ejen takaful, adakah ia dikira sebagai bisnes perkhidmatan juga? Saya ingin mengambil kesempatan di sini sekiranya En. Shubhi tidak keberatan, bolehkah En. berkongsi tips-tips serta panduan untuk menjadi seorang ejen takaful yang berjaya. Sekian terima kasih. ๐Ÿ™‚

    1. Waalaikomsalam Iqqi,

      Ya ! itu pun satu bisnes perkhidmatan juga. Takaful menawarkan perlindungan jika berlaku perkara yang tidak diingini. Tak ada barang fizikal yang ditawarkan tambahan pula jika tak berlaku apa-apa…

      Untuk berjaya sebagai ajen sama juga dengan perniagaan lain. Mesti berusaha dengan bijak. Tentukan pelanggan sasaran, kenalpasti demografik mereka, dan sentiasa buat pemasaran dan jualan.. insyaallah jika ada kesempatan saya akan cuba tulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge