perniagaan terbaik Kalau anda sedang berniaga sekarang, tentu soalan samada bolehkah perniagaan pergi jauh menarik untuk difikirkan.

Apatah lagi andainya perniagaan itu macam tak cukup makan saja dan nampak macam susah nak buat untung.

Dalam keadaan tertekan dengan jumlah jualan yang tak mencukupi, dalam keadaan keuntungan yang tak seberapa, dengan berbagai masalah dalaman yang tak pernah habis, macam-macam fikiran negatif akan mencengkam pemikiran.

Kesan pertanyaan bolehkah perniagaan pergi jauh

Antara kesan yang bakal tercetus sebaik saja soalan bolehkah perniagaan pergi jauh mula menghantui fikiran adalah:

  1. Timbulnya idea nak tukar ke perniagaan lain pula – Ini ditambah dengan rasa cembutu melihat kawan-kawan usahawan lain yang nampak macam selesa dan berjaya dengan perniagaan mereka masing-masing. Mula timbul rasa nak buat perniagaan yang sama seperti mereka dengan andaian kalau mereka ok, tentu kita ok juga.
  2. Masih degil dengan perniagaan tapi mula salahkan orang – Ada yang tetap pendirian dengan perniagaan yang dijalankannya. Dia yakin perniagaan itu boeh maju asalkan dia diberi modal tambahan yang lebih banyak lagi untuk memantapkan semua perkara yang difikirkannya kurang. Fikiran mula jadi seperti kena rasukan untuk mendapatkan pinjaman atau bantuan kewangan sebanyak dan secepat mungkin.
  3. Percaya ada orang dengki padanya – Ini juga salah satu perangai manusia yang suka mencari salah pada orang lain selain diri sendiri. Mereka mula menyalahkan sihir daripada orang tertentu yang dengki dan tidak suka melihat dirinya berjaya. Dituduhnya sesiapa saja terutamanya musuh atau pesaingnya. Dipercayainya sungguh-sungguh walaupun tak ada bukti yang nyata.
  4. Bertindak bijak dengan menndapatkan nasihat mereka yang ariff – Ini langkah paling bijak seseorang usahawan boleh lakukan. Jika usahawan ada seorang mentor yang berpengalaman dan mampu menguraikan kekusutannya dengan mudah, dia akan bertemu jalan keluar dengan nasihat yang baik dari mentornya. Jika usahawan tak ada mentor, jangan risau, lihat di bawah…

Kalau anda tak mentor yang mampu menguraikan kekusutan perniagaan, masuk saja kursus Menilai Potensi Perniagaan yang saya anjurkan.

Kursus sekali seumur hdup itu berbaloi untuk pastikan anda berada di landasan yang betul dan memahami apa yang perlu dilakukan bagi menjadikan perniagaan anda boleh pergi jauh.

Jadikan perniagaan boleh pergi jauh pada 26hb April 2014

Kursus menilai potensi perniagaan sesi April 2014 akan diadakan pada 24hb April 2014 nanti bersamaan hari Sabtu. Yuran pentertaa langsung tak mahal dan ilmu yang dikongsikan berguna sampai mati selagi anda mahu menjalankan perniagaan.

Segera daftarkan diri, lagi cepat lagi murah [button font_size=”20″ color=”#c8232b” text_color=”#ffffff” icon=”arrow-circle-right” url=”http://eepurl.com/RtxQT” target=”_blank”]Daftar segera[/button]

Jangan biarkan diri terkapai-kapai tak pasti dengan apa yang sedang diniagakan dan dilakukan. Sertai Kursus menilai potensi perniagaan anda dan pastikan perniagaan pergi jauh!

Total
4
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

5 comments

  1. Salam…

    Saya berminat ingin menyertai bengkel yg tuan anjurkan. Buat masa ini saya makan gaji dan tidak pernah menjalan apa2 business secara sambilan.

    Boleh kah tuan email saya jadual bengkel ( masa & tempat) bersama yuran yg perlu dibayar.

    Thanks

  2. Salam…
    En. Shubhi, sekiranya saya dan suami ingin mendapatkan khidmat nasihat secara personal bagaimana dan berapa caj yer?

    Kami ingin menyertai bengkel yang En. Shubhi anjurkan tapi masalah yg paling utama kami tidak kena dengan bengkel tersebut….

    Sebelum menyertai bengkel tersebut kami mahu masalah utama kami dapat diselesaikan terlebih dahulu…

    terima kasih…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge