Buat apa yang kita suka untuk berjaya?

By | 12/11/2012

Banyak buku motivasi mengesyorkan kita untuk memilih satu kerjaya atau perniagaan yang kita suka. Ini supaya kejayaan lebih terjamin. Alasan yang diberikan adalah:

  • Tidak mudah patah semangat walaupun dilanda masalah. Jika menjalankan perniagaan berdasarkan minat seperti perniagaan photography umpamanya, ketiadaan pelanggan tidak menjadi masalah untuk kita meneruskan kerja. Sebabnya adalah kerana kita memang minat tangkap gambar.
  • Hasil kerja lebih bemutu. Kerana minat yang mendalam membuatkan kita mencari jalan membaiki kemahiran yang ada tanpa perlu dipaksa. ini menjadikan hasil kerja lebih bermutu daripada orang lain.
  • Menjalani kehidupan yang bermakna. Tidak ada yang lebih membahagiakan lebih daripada seseorang yang menyara kehidupannya dengan melakukan apa yang diminatinya. Kehidupannya sentiasa dalam keadaan santai seolah-olah masa yang ada semuanya untuk dia melayan hobi yang amat dia minati.
Oleh kerana hampir semua pakar motivasi mencadangkan begitu, maka ramai yang menyalahkan kerjaya atau perniagaan mereka tidak berjaya disebabkan melakukan apa yang tidak diminati. 
Bila sebut tentang minat kita akan cuba senaraikan perkara-perkara seperti di bawah:
  • Bermain bola
  • Bermain gitar
  • Melukis
  • Menyanyi
  • Menulis
  • Memancing
  • Tangkap gambar
  • Bela burung
  • Bela kucing
  • Tangkap ayam hutan
  • Tembak rusa
  • Main layang-layang
  • Hubungan Seks
  • Mengorat
  • Dll
Satu perkara yang kita terlupa adalah bahawa semua perkara di atas timbul setelah ianya menjadi tabiat yang kita ulang dan ulangi. Lalu semua aktiviti tersebut dilakukan secara spontan dan membuatkan kita merasa gembira dan bahagia terutamanya bila dikaitkan dengan nostalgia lama yang kaya dengan kenangan sepanjang kita mengulangi aktiviti tersebut.
Satu perkara lagi yang kita lupa adalah banyak perkara lain yang kita sering ulang dan ulangi sehingga kita mampu mahir setelah ianya menjadi tabiat spontan diri kita. Antaranya adalah:
  • Bercerita menghiburkan orang
  • Menasihati orang lain
  • Merancang dengan teliti
  • Menyelesaikan masalah
  • Bersyarah
  • Mudah buat kawan baru
  • Komunikasi spontan
  • Tahan tekanan
  • Tahan kena marah
  • Tahan dikritik
  • Tahan dihina
  • Degil
  • Suka bantah
  • Dll
Tabiat atau sikap kita juga boleh dijadikan kekuatan dalam kita mahu melaksanakan sesuatu. Maknannya kita boleh buat apa saja perniagaan dengan menggunakan sikap atau tabiat yang memang telah lama terbentuk dalam diri kita hasil dari praktis yang diulang-ulang.
Ada orang komen bahawa saya melakukan sesuatu yang bukan menjadi minat saya namun saya tetap masih berjaya. Saya rasa saya masih tetap melakukan sesuatu yang saya minat, iaitu:
  1. Berniaga
  2. Merancang
  3. Kenal orang baru
  4. Mengatur strategi
Sebenarnya itulah minat saya dan ianya tidak memerlukan perniagaan yang spesifik untuk saya mengamalkan apa yang saya suka lakukan.
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

3 thoughts on “Buat apa yang kita suka untuk berjaya?

  1. darksideage

    Ada 2 jenis ‘Perkara’:
    1. Yang Kita perlu buat &
    2. Yang Kita suka buat
    ‘Yang Kita perlu buat’, menguatkan kita. ‘Yang Kita suka buat’ menghiburkan kita.
    Di Dunia ni, ‘Yang Kita perlu buat’, meringkaskan hidup kita. Di Akhirat, InsyaAllah, buatlah apa ‘Yang Kita suka buat’.

    Reply
  2. darksideage

    Ada 2 jenis ‘Perkara’:
    1. Yang kita perlu buat &
    2. Yang kita suka buat.
    Yang kita perlu buat, menguatkan kita. Yang kita suka buat, menghiburkan kita.
    Di Dunia ni, ‘Yang kita perlu buat’ meringkaskan hidup kita. Di Akhirat, InsyaAllah, buatlah apa ‘Yang kita suka buat’.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge