kerjaya susahSalah satu perkara penting untuk menjadikan seseorang itu berjaya ke hadapan jauh lebih baik berbanding dengan orang kebanyakan adalah dengan melakukan perkara yang orang lain rasa susah nak buat.

Tak kisah samada anda makan gaji atau jadi usahawan, itulah formula terbaik yang perlu diamalkan kalau nak berjaya.

Kalau anda makan gaji, keupayaan melaksanakan urusan, yang bagi orang lain adalah berat dan sukar, merupakan satu aset yang bernilai untuk kerjaya anda. Boss memang suka pekerja macam itu dan ganjaran yang diberikan pada anda sudah tentu berbaloi.

Berniaga adalah kerjaya yang susah nak buat

Di negara kita hanya ada dalam lingkungan 5% sahaja usahawan sepenuh masa. Mereka pilih kerjaya sebagai usahawan dan menyediakan peluang pekerjaan pada orang lain.

Malah purata usahawan di seluruh dunia juga tidak ramai. Dalam lingkungan 5% juga. Para usahawan ini berusaha untuk buat apa yang orang lain susah nak buat, iaitu jadi usahawan.

Siapa kata jadi usahawan itu mudah ?

Mungkin ada yang kata kerjaya sebagai usahawan itu mudah. Betul, jika apa yang dia maksudkan adalah bagi dirinya sendiri. Sebab itu dia jadi usahawan dan ramai orang lain tak jadi usahawan. Sebabnya adalah kerana memang itu perkara yang orang lain rasa susah nak buat. Sebab itu dia berjaya.

Disebabkan usahawan buat apa yang orang lain rasa susah nak buat, maka peluang kejayaan pada para usahawan tidak ada batasnya.

Apabila usahawan itu zoom lagi dalam dunia keusahawanan, dan memilih pula jenis perniagaan yang usahawan lain rasa susah nak buat, maka perniagaannya akan lebih berdaya saing dan maju ke depan.

Pilih perniagaan yang orang susah nak buat

Ada banyak perkara yang kebanyakan orang akan rasa terlalu sukar untuk dilaksanakan. Samada dari segi masa, kemahiran atau lain-lain perkara, semua orang punya keupayaan yang berbeza-beza.

Setiap manusia itu diberikan kecenderungan dan keupayaan yang berbeza-beza. Biasanya kita namakan perkara tersebut sebagai bakat.

Ada kawan saya yang sejak zaman kanak-kanak lagi dah memang kuat tendang bola. Bila bersekolah, dia dengan mudah terpilih masuk pasukan bolasepak sekolah.

Dengan bakat yang ada, ditambah dengan kegigihan untuk menyempurnakan lagi bakat tersebut, maka ianya menjadi semakin mudah untuk dilakukan.

Dalam bab berniaga, penting untuk mengenal pasti apakah perkara yang mudah bagi anda, tetapi adalah sukar untuk orang lain.

Pilihlah perkara tersebut, garab dengan baik agar ianya dapat dikomersialkan supaya orang lain sanggup membayar terhadap keupayaan yang ada pada anda.

Pilihlah satu perniagaan yang orang lain rasa susah nak buat, insyaallah anda tidak perlu bertarung dengan pesaing meletakkan harga siapa yang lebih rendah.

Jangan rasa orang lain macam anda

Sikap manusia yang paling ketara dan banyak menyusahkan diri adalah sikap membuat andaian bahawa semua orang macam dirinya.

Jika sesuatu itu susah, maka dia akan anggap orang lain tentu rasa susah juga macam apa yang dia rasa.

Jika sesuatu itu senang bagi dirinya, maka dia akan anggap orang lain juga punya rasa yang sama macam dia rasa senang. Ini yang membunuh kreativiti menjadi seorang usahawan berjaya.

Sikap begitu juga membunuh perniagaan apabila harga yang ditawarkan rendah dan tidak berbaloi dengan keupayaan dirinya yang jauh lebih baik dari orang lain.

Oleh itu anda perlu sedar apakah keupayaan yang anda ada. Keupayaan apakah yang mudah bagi anda sedangkan ianya susah bagi orang lain.

Mungkin anda ada keupayaan komunikasi yang baik berbanding orang lain. Boleh sampaikan dengan mudah dan ringkas perkara yang sulit untuk membuatkan orang lain faham.

Mungkin anda ada keupayaan ingat jalan dengan mudah, sekali lalu dah boleh hafal dan boleh pergi semula dengan pantas.

Apapun keupayaan yang anda ada, perlu ambl tahu. Itu adalah satu permulaan.

Bila dah tahu, sempurnakan keupayaan itu agarnya ianya menjadi lebih baik. Bakat saja tak cukup. Perlu ditambah lagi dengan latihan demi latihan. Perlu ditambah lagi dengan belajar dan belajar.

Susah cari pekerja

Saya banyak terlibat dalam memberikan latihan dan bimbingan kepada para usahawan dalam bidang automotif.

Bidang automotif yang paling banyak orang kita ceburkan diri adalah bengkel kenderaan. Mereka buka bengkel kenderaan sebab itu perniagaan yang orang lain susah nak buat.

Bukan senang nak jadi mekanik. Perlu ambil masa yang agak lama untuk mahir. Jika seseorang itu ada minat dan ada bakat dalam dunia automotif seperti kereta atau motosikal, memilih latihan untuk menggilap lagi keupayaan yang ada boleh membuatkan kerja sukar itu jadi semakin senang buat dirinya.

Tapi kemahiran saja belum cukup untuk jadikan seseorang mekanik yang handal itu berjaya dalam perniagaan. Ada banyak lagi perkara lain yang menjadi faktor penentu dalam perniagaan bengkel kenderaan.

Perkara yanng paling ramai orang susah nak buat dalam mengendalikan perniagaan bengkel kenderaan adalah urusan menyediakan tenaga kerja.

Memang susah nak dapatkan pekerja, terutamanya pekerja yang baik dan mahir dalam bidang automotif. Itulah yang hampir semua pengusaha bengkel kenderaan mengeluh.

Mereka sering minta bantuan supaya perkara itu dapat diuruskan dengan baik. Mereka minta kerajaan lihat perkara tersebut, minta badan yang bertanggungjawab selesaikan masalah tersebut.

Tapi mereka sebenarnya tidak sedar bahawa itulah peluang untuk menjadikan mereka lebih berjaya berbanding usahawan bengkel kenderaan yang lain.

Cari pekerja itu perkara yang ramai usahawan bengkel susah nak buat. Jadi jika anda buka bengkel kenderaan dan urusan cari pekerja itu mudah bagi anda, sudah tentu anda jauh lebih ke depan berbanding orang lain.

Jangan resah jika susah nak buat

Oleh itu, janganlah nak mengeluh mengadu sana dan mengadu sini. Minta bantuan dari orang lain untuk selesaikan masalah penyediaan tenaga kerja, kalau anda nak jadi usahawan yang berjaya.

Bayangkan jika mendapatkan tenaga kerja itu urusan mudah yang semua orang boleh petik jari saja menyediakannya.

Maka sudah tentu ia bukanlah lagi satu perniagaan yang susah orang lain nak buat. Siapa-siapa saja boleh buka bengkel kenderaan dan dapatkan tenaga kerja. Banyaklah bengel kenderaan akan muncul, dan barangkali lebih banyak daripada restoran atau kedai makan. Akhirnya tidak ada lagi keistimewaan dalam perniagaan itu.

Sebenarnya kesukaran untuk mencari pekerja berlaku dalam banyak lagi industri atau perniagaan lain. Nak cari orang untuk kerja memang ada, tapi nak cari orang untuk buat kerja yang kita mahu bukan mudah.

Nak cari orang yang baik sebagai tenaga kerja harapan juga merupakan satu perkara yang sukar.

Tapi di situ juga peluang untuk anda melonjak ke depan berbanding orang lain. Selesaikan perkara tersebut, belajar, cari jalan dan selesaikan sampai ianya menjadi sesuatu yang mudah bagi anda.

Total
72
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

8 comments

  1. Assalammualaikum, saya seorang pereka grafik, saya sangat ingin berniaga dalam bidang yang saya sedang ceburi. Malangnya selalu mendapat tentangan daripada ahli keluarga dan menganggap bidang saya ini tidak professional dan tiada siapa yang mahu menggunakan perkhidmatannya. Apa harus saya lakukan? Berniaga secara sembunyi-sembunyi?

      1. Terima kasih atas nasihat encik, sekarang sudah ada orang mula respon di blog saya. Alhamdulillah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge