bimbingan perniagaanApa dia business coaching ?

Business coaching tu macam mana ?

Itu dua soalan yang tentu anda pernah bertanya sebelum ini. Kalau perkataan Coach tu biasa sangat kita dengar, perkataan business coaching itu mungkin sesuatu yang baru bagi kebanyakan orang.

Ada dua makna terhadap perkataan coach. Merujuk pada Kamus Inggeris-Melayu Dewan, perkataan coach merujuk pada;

  1. Memberi bimbingan khusus atau melatih secara khusus – Contohnya memberikan bimbingan khusus kepada pelajar untuk mempelajari Bahasa Perancis. Boleh juga digunakan dalam erti memberi bimbingan atau latihan kepada pasukan bolasepak.
  2. Gerabak keretapi atau kereta kuda atau bas persiaran

Kebiasaannya kita faham, perkataan coach itu merujuk pada jurulatih ahli sukan atau pasukan sukan.

Perkataan coach yang merujuk kepada aktiviti perniagaan atau Business Coach ini merupakan satu perkara baru bagi kita.

Tapi barupun tak lah baru juga, sebab semenjak dua menjak ini, kita dapat lihat kemunculan ramai orang yang menggelarkan diri mereka sebagai Coach dalam jurusan yang melibatkan  perniagaan atau keusahawanan.

Malah ada ramai yang muncul menawarkan program personal coaching dalam penggunaan Facebook untuk urusan pemasaran dan perniagaan, personal coaching dalam aktiviti blogging, dalam aktiviti pelaburan hartanah dan sebagainya.

Merujuk semula pada istilah yang diterangkan oleh Kamus Dewan di atas, maka bolehlah kita faham bahawa mereka yang menawarkan khidmat coaching dalam berbagai jurusan itu memberi maksud membimbing secara khusus terhadap sesuatu ilmu atau aktiviti.

Apa dia Business Coaching

Sekarang kita lihat pula ertinya Business Coaching.

Rujuk sekali lagi makna dari kamus dewan, ia membawa maksud memberikan bimbingan khusus terhadap ilmu keusahawanan atau aktiviti perniagaan.

Ada ramai juga individu yang menjalankan khidmat Bsiness Coaching ini. Mereka yang pernah menggunakan khidmat ini tentu tahu dan kenal para business coach yang ada di negara kita.

Saya tak pasti macam mana mereka buat, tapi saya lebih berminat nak kongsikan apa yang saya faham dan saya lakukan dalam menjalankan aktiviti Business Coaching ini.

4 perkara utama dalam Business Coaching

Ada 4 peringkat utama dalam menjalankan aktiviti business coaching:

  1. Menentukan matlamat – Ini adalah perkara utama dalam menjalankan aktiviti coaching. Mesti ada sasaran atau matlamat yang mahu dicapai. Dalam ertika lain yang lebih mudah, menentukan ke mana orang yang dibimbing nak pergi.
  2. Menganalisa kedudukan semasa – Kalau perkara nombor satu di atas tadi adalah nak tahu mana nak pergi, maka sebelum merangka jalan ke arah itu, tidak boleh tidak perlu kita tahu terlebih dahulu di mana kedudukan kita sekarang. Tak ada orang yang boleh berikan panduan macam mana nak pergi ke KLCC jika anda tak beritahu terlebih dahulu kat mana kedudukan anda sekarang.
  3. Merangka pilihan yang ada – Bila dah tahu kat mana kedudukan, dan tahu ke mana nak pergi, maka selanjutnya bolehlah kita merangka apakah pilihan atau cara yang ada yang boleh digunakan untuk mencapai matlamat yang diingini.
  4. Tindakan selanjutnya – Untuk mencapai matlamat sudah tentu ada berbagai langkah susulan yang perlu diambil dan dilaksanakan. Bukan mudah nak terus saja sampai ke matlamat secara tergesa-gesa. Ia memerlukan perancangan dan tindakan susulan sedikit demi sedikit. Dalam peringkat ini, satu rumusan perlu dicapai terhadap apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu.

Begitulah 4 peringkat yang perlu ada dalam setiap aktiviti Business Coaching. Semua peringkat tersebut mesti ada untuk menjayakan aktiviti Business Coaching.

Tak ada salah satu dari apa yang saya sebutkan di atas, bukanlah Business Coaching namanya.

Panduan menjalankan Business Coaching

Berikut saya berikan beberapa panduan dalam menjalankan aktiviti business coaching. Panduan ini berguna samada anda nak jadi seorang Business Coach atau nak menggunakan khidmat Business Coach nanti.

Sila faham betul-betul panduan yang saya berikan di bawah:

  1. Tanggung jawab menentukan matlamat terletak pada orang yang nak dibimbing. Perkara penting ini ada kalanya ramai yang tak faham. Kalau anda mahu dibimbing tapi tak tahu apa matlamat atau sasaran yang mahu dicapai, anda hanya akan menyusahkan Coach dan menyusahkan diri anda sendiri.
  2. Coach perlu berkerja dalam keadaan tidak mengarah atau memberikan perintah. Kerja coach adalah memberikan galakan dan sokongan serta mencabar pendapat yang diberikan oleh orang yang sedang dibimbingnya (coachee). Mencabar bukan bermakna ajak lawan, sebaliknya mahu membuka minda coachee dalam menjelaskan dan menyusun pemikirannya.
  3. Coach perlu bantu coachee dalam menjelaskan matlamat. Ini merupakan agenda utama dalam aktiviti business coaching dalam memulakan pertukaran buah fikiran. Coach perlu mencabar pertanyaan demi pertanyaan  sehingga coachee jelas akan matlamat yang mahu dicapai dan jelas juga dengan apa yang ‘paling penting’ dalam semua perkara yang penting.
  4. Coach mesti bersikap terbuka dan bersedia untuk meneroka segala kemungkinan yang ada. Untuk mencapai perkara tersebut, coach perlu banyak bertanya, banyak mempersoalkan pendapat dan dalam masa yang sama cuba memahami dan menyelami kedudukan coachee.
  5. Selesaikan matlamat sebelum pergi ke perbincangan lain. Coach perlu bantu sampai coachee tahu apa dia nak. Bantu coachee berikan gambaran kedudukan bila matlamat tercapai. Perlu bantu juga bagaimana perkembangan boleh diukur, lama mana masa yang perlu diambil untuk mencapai sasaran dan lain-lain lagi yang berkaitan dalam menentukan matlamat.
  6. Analisa kedudukan semasa. Bila matlamat dah jelas, coach perlu bantu coachee sedar kedudukan semasa coachee. Keupayaan coach untuk memberikan maklumat yang berguna dan seterusnya membuat rumusan yang jelas dan ringkas tentang kedudukan semasa coachee amat penting.
  7. Coachee perlu semak pengalaman coachee. Biasanya coachee dah pernah buat sesuatu usaha untuk mencapai matlamatnya. Sebab itu adalah penting untuk menyemak apakah usaha yang telah dilakukan dan apakah hasilnya dan apakah masalah yang telah ditempuhi.
  8. Coach mesti bantu coachee menyenaraikan pilihan yang ada. Jangan terus buat hanya satu pilihan. Buat senarai terlebih dahulu apa plihan yang ada sebab ini akan membantu memperjelaskan lagi kedudukan semasa coachee.
  9. Biarkan coachee tentukan pilihan mana yang dia selesa. Kadangkala coach tak sabar dan nak arah terus apa yang coachee perlu lakukan. Ini terjadi apabila coachee masih blur dengan kedudukannya dan apa yang dia mahu. Bila ini berlaku, patah balik ke peringkat menentukan matlamat sampai jelas.
  10. Buat satu pilihan yang dipersetujui oleh coachee. Perlu diingatkan bahawa apa yang perlu dilakukan adalah mengikut apa yang coachee sendiri mahu, bukannya apa yang coach mahu. Bila dah ada pilihan, kembangkan proses melaksanakan pilihan tersebut langkah demi langkah dan berikan tempoh siapnya.
  11. Sepanjang perbincangan, coach perlu bertindak sebagai penasihat dan perungkai masalah dengan memberikan berbagai perspektif. Coach perlu bantu coachee menganalisa kekuatan dan kelemahan perancangan dan seterusnya tentukan pertemuan selanjutnya untuk memantau perkembangan.
  12. Pantau perkembangan dan sentiasa berikan galakan dan motivasi. Aktiviti coaching adalah aktiviti yang berpanjangan dan bukannya boleh dibuat hanya dalam satu masa atau satu pertemuan sahaja. Pertemuan secara berkala perlu ada untuk memantau segala proses dan perkembangan pelan tindakan dan seterusnya memberikan galakan serta menyuntik semangat coachee.
  13. Coach tak boleh bertindak macam Boss. Coach bukan boss kepada coachee, oleh itu jangan mengarah dan jangan marah-marah. Jalinkan persefahaman dan kerjasama, berikan nasihat yang bernas dan buka minda coachee. Aktiviti coaching tak akan berjaya bila tidak wujud persefahaman dan kepercayaan. Untuk itu tahap kesabaran coach perlu tinggi dan tidak boleh bersikap menghukum.

Begitulah sedikit sebanyak panduan yang perlu ada dalam menjalankan aktiviti business coaching. Jelas daripada perkara di atas bahawa seorang coach itu perlu bijak dan banyak pengetahuan.

Dalam menjalankan aktiviti business coaching, coach mestilah paham selok belok dunia perniagaan samada dalam bentuk teori, praktikal atau kedua-duanya sekali.

Modul Business Coaching

Untuk menjalankan aktiviti business coaching, saya telah buat 5 modul utama untuk merangka kejayaan apa saja jenis perniagaan.

Kelima-lima modul tersebut adalah universal dan perlu ada dalam menentukan kejayaan perniagaan yang dijalankan.

Berikut adalah 5 modul yang saya telah sediakan untuk pastikan agar aktiviti busines coaching tidak meleret dan hilang punca dan arah tujuan.

  • Tabiat
  • Kewangan
  • Pekerja
  • Pemasaran
  • Jualan

Kelima-lima modul di atas adalah perkara asas yang wajib diuruskan dengan baik selagi kita mahu terus menjalankan aktiviti perniagaan.

Saya tak akan huraikan secara detail kelima-lima  modul di atas dalam artikel ini, nanti akan jadi satu artkel yang panjang berjela pula.

Demikianlah sedikit huraian dalam bab apakah yang saya faham dan amalkan dalam urusan menjalankan Business Coaching.

Total
12
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge