Semalam, hari Isnin. Sebaik saja selesai kerja berikan kursus perancangan operasi perniagaan kepada usahawan di Kelantan, saya terus ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu untuk balik ke KLIA, Sepang.

Suasana agak lengang ketika sampai di Lapangan Terbang Kota Bharu tu.

Ketika berjalan menuju ke arah pintu masuk kawasan perlepasan, saya melalui sekumpulan gadis muda sedang buat promosi sumbangan kerja amal. Mereka tegur minta saya turunkan tanda tangan untuk tarik perhatian saya terhadap usaha amal mereka itu.

Saya gelengkan kepala. “Tak nak! takut koronavirus!” kata saya sambil tersenyum dan berlalu pergi terus masuk ke pemeriksaan keselamatan.

Memang ada perasaan risau dari awal perjalanan ke Kota Bharu sehingga balik semula ke KLIA. Untuk ambil langkah berjaga-jaga, saya sentiasa cuba jauhkan jarak dari orang dan cuba seminimum mungkin dari menyentuh apa saja benda yang ada di sekeliling.

Semua laporan perkembangan wabak koronavirus di dalam negara dan luar negara sentiasa saya cuba ambil tahu supaya tidak ketinggalan dengan arahan terbaru dari pihak berwajib.

Sampai di rumah, buka puasa, solat magrib dan terus buka radio.

Untuk segarkan semula badan, saya mandi. Kemudian duduk atas kerusi malas layan baca buku baru yang saya beli, “The Rise and Fall of The Third Chimpanzee: How Our Animal Heritage Affects the Way We Live”. Buku tu ditulis oleh Jared Diamond.

Penulis yang sama untuk buku bertajuk Guns, Germs and Steel: A Short History of Everybody for the last 13,000 Years.

Dari buku tulisannya saya dapat tahu bahawa kebanyakan penyakit seperti influenza yang lompat kepada manusia adalah berasal dari binatang peliharaan manusia itu sendiri. Manusia tak pernah ada penyakit macam tu ketika mereka masih amalkan kerja memburu untuk makan daging. Semua tu datang apabila manusia mula bela haiwan ternakan seperti ayam, babi dan lain-lain.

Saya tunggu pengumuman penting kerajaan, sebagai mana yang saya tahu dari tweet kawan-kawan tadi yang satu pengumuman penting akan dibuat oleh PM.

Tak lama kemudian, radio siarkan ucapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Satu perutusan khas mengumumkan perlaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac di seluruh negara bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Dugaan wabak koronavirus buat usahawan kecil

Pengumuman itu berikan kesan besar pada usahawan kecil macam saya. Ia merumitkan lagi usaha memulihkan prestasi perniagaan dalam keadaan ekonomi yang memang dah lembab sejak tahun lepas lagi.

Masuk saja tahun baru, saya tambah staff baru untuk sales seorang lagi. Tahun lepaspun dah agresif tambah staff sales. Dalam ekonomi lembab, saya lawan arus. Bukan kecilkan aktiviti perniagaan. Bukan perlahankan aktiviti jualan.

Sebaliknya kuatkan lagi kumpulan sales. Kalau saya dapat bertahan dan tingkatkan prestasi sales dalam keadaan ekonomi yang mencabar, bila ekonomi pulih dan baik nanti, saya akan dapat melonjak dengan lebih tinggi ke atas.

Itu keputusan yang saya ambil. Memang ada risiko, tapi tak cuba, tak usaha, tentu tak akan belajar apa-apa. Paling terukpun habis semua duit dan dapat belajar benda besar. Satu pengalaman yang baik tu! Untuk ditempuh.

Selepas selesai dengar pengumuman, saya terus capai telefon. Berikan arahan pada semua staff pengurusan untuk bersedia buat kerja dari rumah.

Perlu berhubung dengan semua pelanggan untuk dapatkan status jadual yang telah disusun untuk sepanjang bulan March 2020 ini. Samada diteruskan atau dibatalkan.

Berkemungkinan besar banyak kerja akan terpaksa ditangguhkan sehingga selesai arahan kawalan pergerakan. Kerja-kerja di industri yang terkecuali dari arahan tutup sahaja yang nampaknya akan diteruskan.

Jelas sekali sales bulan march akan merudum teruk!!!

Semua staff perlu disara kehidupan mereka samada syarikat ada sales atau tak ada sales. Itu cabaran getir yang terpaksa usahawan kecil semua hadapi. Tak ada pilihan. Terpaksa hadap saja dan mengharapkan yang terbaik bakal menunggu.

Partner saya untuk satu syarikat lagi juga hantar mesej bertanyakan samada saya dah dengar pengumuman PM tadi. Dia juga risau dengan apa yang berlaku. Kerja nampaknya habis terpaksa ditangguhkan. Sales akan jatuh teruk juga!

Nasib baik syarikat ada simpanan tunai yang mencukupi untuk lebih dari 6 bulan gaji. Nampaknya simpanan itu akan mula susut jika keadaan tidak pulih segera.

Bagi yang ada simpanan, bolehlah rasa sedikit lega walaupun pahit. Bagi yang jenis kais pagi makan pagi, macam mana?

Peluang untuk rapatkan saf kumpulan

Dalam keadaan begini, kehadiran kumpulan kerja yang mantap saling bekerjasama sangat diperlukan.

Baru saya sedar yang saya dah ada kumpulan sedemikian. Semuanya tak panik dan berikan kerjasama yang pantas dan cekap. Kami berbincang peluang dan ancaman melalui group wasap. Gariskan segala langkah yang perlu diambil bagi menghadapi suasana getir sebegini.

Bagi anda yang masih tidak berusaha untuk bina kumpulan kerja yang mantap, keadaan getir macam ini bleh dijadikan satu peluang untuk memulakannya.

Segera buat group wasap atau guna media lain. Mantapkan komunikasi dan latih untuk berbincang selesaikan masalah secara berjamaah. Samada anda Taukeh atau anda pekerja biasa, semuanya ada kelemahan dan kekuatan masing-masing.

Gabungan kesemua ahli kumpulan yang tidak takut memberikan pandangan amat penting untuk pembinaan satu kumpulan yang kuat. Asalkan semua sedar yang masing-masing duduk atas satu kapal yang sedang belayar menuju ke destinasi yang sama, insyaallah segala cabaran akan mampu dihadapi dengan baik.

Perniagaan bukan sekadar untuk buat duit

Dengan apa yang berlaku ini juga saya dapat rasakan betapa duit bukanlah satu-satunya matlamat untuk dikejar dalam perniagaan.

Ada perkara lain yang lebih besar dalam perniagaan. Ianya sebahagian dari kehidupan. Saling cukup mencukupi antara satu sama lain. Saling bantu membantu antara satu organisai dengan yang lain. Semuanya bertujuan untuk teruskan kehidupan.

Jika saya usahakan satu solusi untuk selesaikan masalah yang timbul dengan kehadiran wabak koronavirus ini, bukanlah bertujuan untuk tamak ambil duit orang. tapi lebih kepada tawaran perkhidmatan untuk sama-sama menyumbang penyelesaian masalah yang dihadapi oleh orang atau organisai yang lain.

Saya perlu lihat kelebihan yang saya ada, segala tenaga kerja dan peralatan yang ada yang memberikan kami kelebihan untuk selesaikan masalah yang timbul dengan lebih cekap berbanding mereka yang tiada keupayaan yang sama.

Selesaikan masalah orang dan dalam masa yang sama menghidupkan semula keupayaan menjana pendapatan untuk semua staff yang ada. Itulah yang lebih utama. Staff hidup, syarikat hidup dan paling penting Taukeh juga dapat terus hdup berbakti.

Cabaran sebenarnya baru bermula. Apa yang bakal dihadapi walaupun dah dibuat segala persediaan, mungkin saja akan berubah secara diluar jangkaan. Itu lumrah seorang usahawan.

Anda boleh buat persediaan yang sangat terperinci. Ambil masa bertahun-tahun membina segala keupayaan ke tahap yang terbaik yang termampu. Tapi tak ada sesiapa yang tahu apa yang sedang menunggu dihadapan. Di situlah gunanya tawakkal.

Que sera sera .. what ever wil be will be ..

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge