Cabaran usahawan: Projek RM1 Billion!

By | 16/07/2013
Cabaran usahawan

Berapa ramai orang Melayu yang jadi usahawan?

Itu persoalan yang sering bermain di dalam kepala sejak mula terjun ke dunia keusahawanan. Untuk mendapatkan jawapan saya mencari-cari buku yang membahaskan tentang usahawan Melayu.

Dalam kajian yang dibuat oleh Shukor Omar, seorang ahli akademik Melayu negara kita yang menulis buku Malay Business, beliau mendedahkan (data tahun 2000) bahawa kurang 5% daripada orang Melayu negara kita yang berniaga.

Dalam 5% itu pula, lebih dari 80% merupakan peniaga kecil-kecilan seperti peniaga pasar malam, peruncit, pengusaha restoran, peniaga gerai, peniaga buah dan lain-lain seumpama dengannya.

Terlalu sedikit orang Melayu yang menjadi pemborong besar atau sole agent dari mana-mana produk besar antarabangsa.

Dalam keseluruhan pengusaha IKS pula orang Melayu hanya merangkumi lebih kurang 15% daripada pengusaha IKS. Selainya adalah daripada bangsa lain terutamanya orang Cina.

Itu satu angka yang cukup menyedihkan bagi kita yang sering melaungkan perkataan Melayu Boleh!. Tidak hairanlah kenapa orang kita tidak dapat sama-sama merebut peluang yang cukup banyak di negara kita ini seiring dengan bangsa lain.

Pernah satu ketika saya bersama dengan seorang jurutera dari Korea menaiki kereta untuk keluar makan. Waktu itu saya sedang bekerja makan gaji di syarikat INOKOM yang terletak di Padang Meha, Kulim Kedah.

Sepanjang perjalanan di dalam kereta dia asyik mengulang ayat, “saya lihat emas di merata tempat di negara ini!”.

Dia menasihati saya agar jangan lepaskan peluang merebut peluang keemasan untuk berjaya menjadi usahawan di negara kita.

Pada ketika itu saya puas cuba membayangkan apa yang dikatakannya sebagai emas di serata tempat di negara kita. Mungkin itu salah satu pengaruh awal yang membuatkan saya jadi usahawan.

Shukor Omar juga merumuskan ciri-ciri sebagai seorang muslim yang sepatutnya merupakan ciri-ciri kejayaan tidak ada pada orang Melayu yang berniaga.

Agak pelik apabila memikirkan kita sebagai seorang yang beragama Islam dan sering bangkit mempertahankan agama yang kita anuti itu tetapi apabila masuk bab berniaga, kita tercorot ke belakang!, kenapa agaknya?

Jika nak dikatakan Islam tak suruh umatnya berjaya dalam perniagaan, sudah tentu itu satu andaian yang tersasar kerana berniaga merupakan fardu kifayah dan seandainya tugas itu gagal dilaksanakan oleh semua orang Melayu, maka ia bertukar menjadi Fardu Ain.

Data ringkas serta ulasan ringkas yang saya berikan di atas adalah untuk membawa para pembaca merenungkannya dan berfikir bahawa kita perlu melakukan sesuatu agar lebih ramai lagi orang Islam yang naik ke atas dan menguasai ekonomi yang pesat membangun di negara kita.

Oleh itu saya ingin mengajak para usahawan yang telah berjaya mengharungi dunia keusahawanan dan berjaya melonjakkan perniagaan mereka ke peringkat yang tinggi agar berusaha menyumbang kepakaran mereka untuk membantu para usahawan Melayu lain yang masih di peringkat kecil-kecilan atau baru nak bermula.

Salah satu cara yang boleh membantu mereka adalah dengan menawarkan diri menjadi mentor.

Mungkin semua yang dah berjaya ada melakukan usaha membantu menasihati para peniaga kecil yang lain, tetapi di sini saya mengajak agar kita besar dan luaskan lagi usaha tersebut ke arah yang lebih besar.

Impian saya adalah semua para usahawan yang berjaya berusaha mewujudkan 1,000 lagi usahawan Melayu lain yang berjaya sampai ke tahap tinggi.

Jika kita letakkan sasaran bahawa semua peniaga kecil yang ada mesti mencapai pendapatan setahun dalam perniagaan mereka dengan jumlah RM 1 juta, dengan seribu usahawan kita mampi mengumpulkan sebanyak RM1 billion jumlah pendapatan setahun!.

Saya menyeru mereka yang menepati ciri-ciri berikut di bawah agar berusaha berkumpul sesama sendiri dan mula memikirkan satu projek melahirkan usahawan jaya di seluruh negara:

  1. Seorang usahawan
  2. Mempunyai satu atau lebih perniagaan yang berjaya
  3. Jumlah pendapatan satu atau pebih perniagaan yang ada mencecah sekurangnya RM 1 juta setahun
  4. Perniagan berada dalam peringkat autopilot. Iaitu boleh bergerak sendiri tanpa memerlukan kehadiran usahawan sepanjang masa menguruskan perniagaannya.
  5. Bercita-cita tinggi untuk mendapat kejayaan dunia akhirat dengan membantu seramai mungkin usahawan lain.
Jika anda yang membaca artikel ini dan terpanggil untuk turut sama menjayakan projek mulia ini bersama saya, sila email maklumat anda serta perniagaan ke mohdshubhi@hidupringkas.com
Jika mendapat sambutan, insyallah kita akan berjumpa dan mula berbincang untuk merangka gerak kerja bagi mencapai sasaran projek melahirkan seribu usahawan dengan masing-masing mencecah pendapatan melebihi RM1 juta setahun!
Bagi yang mengenali atau mempunyai kawan-kawan yang menepati 5 ciri-ciri yang disebutkan di atas, boleh membantu saya dengan memanjangkan tulisan ini pada mereka.
Moga usaha ini mendapat keberkatan dan menjadi langkah pertama pada kejayaan yang lebih besar, Insyallah!
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

18 thoughts on “Cabaran usahawan: Projek RM1 Billion!

  1. Naziman Azlye

    Pada tahun 2000, bersamaan 5%. Saya rasa dalam 13 tahun ini, partisipasi orang melayu dalam bidang keusahawanan semakin meningkat. Saya tiada data statistik dan kajian tapi dari pemerhatian, sememangnya meningkat. Lihat saja usahawan internet.

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul

      Ya, saya rasa macam tu jugak. Jumlah usahawan memenag meningkat di seluruh dunia dala tempoh 10 tahun ni dalam lingkungan 300% berikutan ledakan business online.

      Cuma tak tahu setakat mana rantaian produk orang kita dah cover. Maksudnya dari pengeluaran, pengedaran, peruncitan dan lain-lain masih samar.

      Orang kita juga ramai bisnes kat pasar malam, tapi data terbaru menunjukkan sumbernya 70% daripada non-malay

      Reply
  2. Zuan

    kita born sebagai non risk taker.. sebenarnya bagus play safe, tapi sampai bila kan? 1st, get the secure, then comfort, then get rich

    p.s sy ingin ada perniagaan sendiri yang auto pilot suatu hari nanti

    Reply
  3. Anonymous

    Amin..semoga jd kenyataan hendaknya-razman razali

    Reply
  4. suri

    projek apakah itu sis f? saya terfikir2 kita melayu berniaga ke belakang terus…cina maju ke depan.mmg depa kaya sungguh tgok je atas jln raya kete apa dema pakai..kt ipoh byk org cina heeee

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge