Apakah cara yang paling betul untuk berjaya dalam perniagaan?

Ini satu soalan yang paling menarik untuk saya, anda dan para usahawan semua fikirkan. Kalaulah ada sesiapa yang boleh memberikan satu cara yang paling betul untuk berjaya dalam perniagaan tentu amat mudah kita yang nak berjaya ini laksanakan.

Tetapi malangnya, berjaya dalam perniagaan dipengaruhi oleh seribu satu perkara yang kecil-kecil. Gabungan daripada seribu satu cara atau faktor itulah yang membuatkan sesebuah perniagaan itu berjaya.

Gabungan daripada seribu satu faktor itulah yang membuatkan seseorang usahawan itu berjaya dalam kehidupannya sebagai seorang usahawan yang berjaya.

Ada jutaan buah buku yang ditulis oleh pakar berkenaan berjaya dalam perniagaan. Masing-masing mempunyai teori mereka sendiri dalam menghuraikan bagaimana nak berjaya dalam perniagaan.

Ada banyak juga buku yang ditulis oleh para usahawan yang berjaya dalam perniagaan mereka, berkongsikan tips-tips yang boleh membuatkan kita berjaya dalam perniagaan.

Biasanya para usahawan yang berjaya dalam perniagaan akan kongsikan apa yang mereka lakukan sehingga perniagaan mereka berjaya. Mereka senaraikan faktor-faktor yang membuatkan perniagaan mereka berjaya.

Namun begitu, jika dilihat secara dekat, ada ramai juga usahawan yang melakukan semua yang disenaraikan oleh para usahawan berjaya itu, tapi tidak membuahkan hasil. Semua faktor yang disenaraikan oleh usahawan berjaya, dan dilaksanakan oleh mereka tidak membuatkan perniagaan yang dijalankan berjaya seperti mana yang didambakan.

Berjaya dalam perniagaan tidak dapat diletakkan hanya pada beberapa faktor

Samada dalam perniagaan mahupun dalam kehidupan, kejayaan tidak boleh diletakkan kebergantungannya pada hanya beberapa faktor sahaja. Itu satu pegangan yang tersasar.

Boleh juga kita rumuskan bahawa tidak ada siapapun yang tahu apakah cara yang betul untuk berjaya dalam perniagaan. Jika ada yang mendabik dada dia tahu formula tepat, anda boleh abaikan saja. Itulah pendapat dua sen saya. Terpulang pada anda samada nak ikut atau tidak.

Jadi persolannya, kalau tak ada orang yang tahu cara paling betul untuk berjaya dalam perniagaan, bagaimana cara mudah untuk pastikan sekurang-kurangnya kita lebih cenderung untuk berjaya dalam perniagaan.

Jawapannya memang ada!, cara ini terbukti berjaya dan diamalkan oleh ramai orang yang berjaya. Samada dalam perniagaan maupun dalam apa saja bidang yang diceburinya.

Petua selamat untuk berjaya dalam perniagaan

Saya terfikir berkenaan bab ini apabila selesai membaca buku The Art of Thinking Clearly. Ada teknik yang diamalkan oleh para pemikir sejak dahulu kala dalam menyelesaikan usaha mencari kebenaran.

Dalam bab teologi, manusia sering mencari jawapan yang paling tepat untuk mengenali Tuhan. Tapi hakikatnya tiada sesiapa yang benar-benar tahu bagaimana sebenarnya Tuhan.

Oleh itu cara paling tepat untuk mengenal Tuhan adalah dengan mengetahui sebanyak mungkin maklumat yang membuatkan kita tahu itu bukan Tuhan. Itu teori yang paling lama diamalkan oleh para ahli teologi. Dalam agama kita, semua orang fasih menghafal bahawa Tidak ada sesuatupun yang menyerupai Tuhan, itulah gambaran sebenar untuk kita kenal apa itu Tuhan.

Bukan nak syarah bab ketuhanan kat sini. Tapi sekadar nak berikan idea buat kita berfikir.

Berbalik dalam bab cara paling tepat untuk berjaya dalam perniagaan, kita boleh amalkan perkara yang sama.

Untuk pastikan kita menghampiri cara yang betul untuk berjaya, kita hanya perlu mengelakkan sebanyak mungkin perkara yang boleh membuatkan kita tidak berjaya.

Semakin banyak kita tahu cara yang salah, semakin dekat kita menghampiri cara yang betul. Oleh itu belajarlah, lihatlah, mencubalah, bila anda tahu cara itu tak betul, segera elakkan, lambat laun anda akan menghampiri kejayaan!

Sebagaimana kata Warren Buffet bila ditanya apa rahsia yang membuatkan dia berjaya, jawapannya mudah saja, ” apa yang saya lakukan adalah cuba mengelak sebanyak mungkin daripada melakukan perkara yang tidak betul!”.

Bukankah itu lebih mudah untuk kita lakukan daripada cuba mencari cara paling betul untuk berjaya….?

Total
11
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge