Cara usahawan berfikirArtikel ini khas untuk orang yang makan gaji yang nak tahu bagaimana cara tukar mentaliti makan gaji kepada mentaliti usahawan.

Ramai orang yang makan gaji masih dibelenggu mentaliti makan gaji walaupun dia rasa punyai cara fikir usahawan.

Berminat nak berhenti kerja dan berniaga, tidak bermakna anda sudah ada mentaliti usahawan.

Oleh itu, jangan terperangkap dengan impian nak jadi usahawan lalu beranggapan anda sudah ada mentaliti usahawan, lalu terus tahan nafas dan terjun jadi usahawan…nanti lemas tak tentu pasal hanya menyusahkan diri sendiri.

Berikut saya senaraikan antara mentaliti usahawan yang perlu ada pada semua usahawan yang mahu berjaya:

  1. Jangan cari alasan kenapa tak boleh – Perkara pertama orang makan gaji akan fikirkan bila ada tugasan baru atau berlebihan diberikan padanya adalah kenapa tak bagi pada si A, dia senang-lenang dan relaks saja kerja. Maka difikirkanlah cara bagaimana nak Tai-Chi pada orang lain.
  2. Carilah jalan bagaimana nak buat – Berbeza dengan usahawan, apa saja perkara yang mencabarnya akan dicari jalan bagaimana mahu diselesaikan. Biasanya, orang yang makan gaji yang ada mentaliti begini akan cepat naik pangkat dan rakan sekerja lain akan menggelarkannya sebagai ‘Kaki kipas’.
  3. Takut bermakna teruskan bukan berhenti – Sebagai usahawan, takut bererti otak memberikan mesej agar mencari lebih banyak maklumat dan sediakan diri, lalu dia berusaha mencari jalan sehingga hilang ketakutan. Orang makan gaji pula apabila takut akan tarik handbrake untuk berhenti.
  4. Buat dulu, betulkan kemudian – Bila suruh tebang pokok kata tak ada golok. Bila diberikan golok, tak ada mesin gergaji pulak. Bila diberikan mesin, tak ada pembantu pulak dan begitulah seterusnya langsung tak buat. Itulah mentaliti makan gaji, sentiasa saja ada yang tak sempurna. Usahawan pula tak tunggu semua itu, dia mulakan dengan apa yang ada dan perbaiki kemudiannya dalam perjalanan.
  5. Orang pertama yang salah adalah diri sendiri – Bila perkara tak diingini berlaku, orang makan gaji akan kata…’itulah, aku dah kata kat kamu jangan buat…tapi kamu degil!, tengok apa berlaku?. Orang yang ada mentaliti usahawan pula akan berkata…’sepatutnya aku halang kamu sedaya upaya sehingga kamu tak dapat buat…silap aku…maafkan aku!”.
  6. Tak ada perkara percuma – Kerja dan tanggung jawab mesti sikit, gaji mesti banyak. Itu tak ada dalam mentaliti usahawan.
  7. Gagal bermakna cuba lagi, bukan berhenti – Aku dah cuba 3 kali, memang tak boleh. Aku memang tak sesuai…cari orang lainlah!. Itu bukan mentaliti usahawan.
  8. Beri kepercayaan pada orang lain – Semua nak buat sendiri sebab kalau berikan pada orang lain, mereka tak reti dan hanya akan menyusahkan kita semula. Itu cara tak percaya pada orang lain dan rasakan orang lain tak boleh buat silap langsung dan tak ada masa untuk diajar.
  9. Kumpulan bukan individu – Kalau orang lain buat nanti, nama dia yang naik sedangkan aku yang ajar dia, baik buat sendiri. Bila berjaya semuanya hasil kerja aku, tak ada kena mengena dengan jabatan aku. Itu mentaliti makan gaji. Usahawan akan letakkan kejayaan pada seluruh syarikat dan bukan pada dirinya.
  10. Intan memang susah nak dapatkan – Asyik silap pilih orang bawah. Asyik silap pilih pembantu. Kalau macam ni baik aku buat sendiri, tak payah ada orang bawah. kalau usahawan fikir begitu, dia akan mati keras berdiri.
  11. Buat apa yang orang suka, bukan apa yang kita suka – Kalau aku suka, orang lain perlu suka macam yang aku suka. Jika dia tak suka apa yang aku suka, dia sila aku betul. Kalau mentaliti usahawan begitu, dia sebenarnya hanya syok sendiri.
  12. Orang dengki adalah pilihan akhir – Bila tak naik pangkat, ada orang dengki. Bila tak kena saja ada saja orang yang sabotaj…itu mentaliti makan gaji. Bila berhenti kerja dan berniaga, bila perniagaan tak laku, akan dituduh peniaga sebelah bomohkan kita pula…tak akan ke mana-mana dengan mentaliti begitu.
  13. Bina syarikat bukan bina diri – Orang yang ada mentaliti usahawan akan seronok bila syarikatnya dikenali melebihi orang mengenali dirinya. Kalau orang tak kenal diapun tak apa asalkan orang kenal syarikat. Oleh itu dia akan jadikan syarikat satu sistem dan bukannya biarkan syarikat bergantung pada dirinya sendiri.
  14. Masih belajar bukannya dah pandai – Baru setahun masuk kerja, dah nak tunjuk taring pandai….ooooi! aku dah 15 tahun kerja ler!, jangan nak ajar aku!. Itulah mentaliti makan gaji dan orang yang sama mengulangi perkataan begitu dari mula masuk kerja sampai pencen dengan jawatan yang sama!.
  15. Bina tabiat, bukan kalut nak cepat – Tak ada kejayaan datang dalam masa satu malam. Kejayaan datang sedikit demi sedikit. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Ada banyak lagi mentaliti usahawan yang boleh kita senaraikan yang membezakan mereka dengan mentaliti makan gaji. Cukuplah setakat itu dan anda boleh dapatkan sedikit gambaran bagaimana mentaliti anda sekarang.

Jika ada yang terkena pada hidung sendiri, bermakna anda masih ada mentaliti makan gaji. Bukan senang nak buang satu pemikiran yang dah melekat berakar umbi dalam diri.

Mentaliti ini adalah identiti atau cara kita berfikir. Macam kompas, pusing kot manapun dia akan tunjuk arah utara selatan juga. Begitulah juga cara kita berfikir, kalau nak ubah amat susah.

Mentaliti juga seumpama program komputer. Tukarlah jenis apapun, model apapun, jika programnya sama, hasilnya tetap sama. kalau mahukan hasil berbeza, mesti tukar program. Oleh itu untuk dapatkan mentaliti usahawan perlu tukar cara kita berfikir…tapi macam mana?

Paksa diri tukar kepada mentaliti usahawan

Untuk tukar mentaliti atau cara berfikir, tak ada cara lain selain dari paksa diri. Jika cara berfikir menjuruskan kepada cara kita bertindak, maka menukar balikkan dengan paksaan cara bertindak pula, akan mampu mengubah cara kita berfikir.

Berikut cara-caranya:

  1. Tukar kawan – Ramaikan kawan usahawan dan pastikan kawan-kawan itu usahawan yang berjaya dan bukannya usahawan tewas yang datang nak himpit tolong cari kerja makan gaji. Memang mulanya rimas dengan cara usahawan berfikir, paksa diri terima sampai ianya jadi normal.
  2. Tukar bahan bacaan – Jangan leka bergossip dan layan isu politik pejabat. Lebih baik baca buku motivasi atau biografi orang berjaya. Buang majalah artis dan jangan buka blog geli geleman artis. Tak perlu ambil tahu pasal kucing atau lagu terbaru artis, tak menambahkan maklumat dan tak membantu samada kerjaya atau menambahkan wang.
  3. Peka pada kejayaan usahawan – Samada usahawan kecil atau besar, buka mata dan cari maklumat berkenaan mereka. Jangan pandang rendah pada usahawan kecil kerana tak ada orang terus jadi jutawan tanpa bermula dari bawah.
  4. Jangan tengok harta sahaja – Bila melihat usahawan berjaya, bayangkan bagaimana dia bermula dan berusaha sehingga mendapat semua yang dia ada. Bukannya mengira berapa jumlah wang yang dia ada dan apa yang dia boleh beli berbelanja dengan wang tersebut.
  5. Belajar suka pada kerja yang sedang dilakukan sekarang – Untuk melatih diri punyai mentaliti usahawan, paksa diri untuk cari jalan menyukai kerja yang dilakukan walaupun diri rasa tak suka. Pasti ada jalan untuk suka seandainya kita mendalami apa yang sedang dilakukan sekarang. Pastikan kita gembira jika boss atau pelanggan, dalam kerja makan gaji itu, suka dengan hasil kerja kita. Itu proses mula jadi usahawan dan punyai mentaliti usahawan.
  6. Jangan cari musuh – Pastikan anda dapat sesuaikan diri dengan semua pekerja yang ada. Kalau memang tak tahanpun dengan seseorang, jangan sampai anda membencinya, cuba cari kelebihan yang ada padanya yang boleh anda pelajari.
  7. Perbaiki cara kerja – Jangan anggap cara kerja kita yang paling baik. Lihat sekeliling dan bandingkan dengan cara orang lain. Jika ada contoh perkara bagus dan menarik, adaptasikan pada cara kerja kita dan jangan lokek berkongsi ilmu atau pendapat. Kalau tak diterima, salahkan diri kerana gagal sampaikan dengan berkesan.
  8. Baca blog Hidupringkas – Jika anda baca blog ini dan timbul rasa meluat, jangan terima rasa meluat itu. Paksa diri untuk teruskan membaca dan buka minda. Kalau masih tak suka juga, paksa diri untuk kongsikan dengan orang laian dan katakan blog Hidupringkas.com bagus untuk dibaca. Lama kelamaan anda akan suka. Di waktu itu, anda sebenarnya dah ada mentaliti usahawan.

Demikianlah sedikit panduan untuk anda tukarkan mentaliti makan gaji kepada mentaliti usahawan. Samada anda memang nak jadi usahawan atau nak teruskan makan gaji tak kisah sebenarnya. Kerana dengan mentaliti usahawan anda akan berjaya dalam apa saja yang anda lakukan…Insyaallah!

 

Total
70
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

22 comments

  1. A’kum…1st day join hidupringkas.com….best la artikel2 kat sini…tu pun dpt baca secara rawak je…x sempat nk khatam…esok dh keje…weekend ni la sambung balik…

    Anyway, tq so much bro shubhi… sy dh dpt azam Tahun 2014: “Berhijrah ke arah Mentaliti Usahawan”

  2. Mengubah mentaliti sebegini perlukan semangat waja dan kebolehan mengawal trial and error juga.
    Artikel ini bagus sekali tuan admin.

  3. entri yang bagus tuan.. saya setuju dengan pendapat tuan.

    *kebanyakan orang kita bermindakan subsidi..semua nak free tanpa usaha,. mentaliti itu patut dibuang jauh-jauh*
    Syuhada recently posted…10C of SuccessMy Profile

  4. Semuanya bermula dengan diri sendiri.. dulu makan gaji memang dah cukup makan tetapi sekarang ni dah menceburi bidang perniagaan sememangnya mula-mula memang mencari arah.. Tetapi banyak perlu di fikirkan sebelum berniaga..

    Bermula di rumah, kini telah membuka kedai.. Alhamdulillah..
    Irwan Alessa recently posted…Tahun Melawat Malaysia 2014My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge