tumblr_ndyvpvMyyT1tubinno1_1280Anda mungkin pening kepala nak cari bisnes. Tak perlu risau sebab ramai orang lain yang turut sama pening kepala nak cari bisnes.

Memang hampir semua orang ingin bebas berhenti kerja dan kemudiannya menjalankan perniagaan sendiri. Hanya dengan berniaga anda boleh buang boss tempat kerja anda sekarang dan bawa haluan lain untuk jadi boss dalam dunia perniagaan anda.

Banyak juga soalan yang saya terima samada dari ruangan komen di blog ini dalam artikel-artiel yang lalu dan juga dari kenalan luar yang masih makan gaji.

Oleh kerana soalan ini amat popular, elok juga saya kongsikan sedikit pandangan peribadi berkenaan cara nak cari bisnes yang boleh anda jalankan.

Cari bisnes yang berdaya tahan

Saya memang sentiasa anjurkan orang kita buat bisnes dan tinggalkan dunia makan gaji. Lebih ramai orang kita buat bisnes, lebih mantap ekonomi orang kita, dan lebih hebat ekonomi negara kita.

Kebanyakan negara maju, jumlah usahawannya amat tinggi. Mereka menjadi antara penyumbang utama kepada ekonomi negara masing-masing.

Mereka juga membantu meriahkan transaksi ekonomi negara dan menjadi orang yang mencipta peluang pekerjaan pada orang-orang yang lemah jiwa keusahawanannya.

Memang itu merupakan kerja mulia. Orang yang lemah jiwa keusahawanan perlu dibantu agar mereka mampu menyara keluarga masing-masing.

Usahawan tidak patut pergunakan kelemahan jiwa insan-insan sebegitu. Sebaliknya para usahawan mestilah membantu mereka supaya mereka ada sumber pendapatan dan tak kacau orang lain yang kuat berusaha serta kuat jiwa keusahawanannya.

(Nota: maaf dengan ayat pedih di atas jika anda terasa, tujuannya hanya untuk sedarkan jiwa lemah anda sahaja, tapi kalau lemah betul, tak salah. Mengaku saja dan jadilah pekerja makan gaji seumur hidup anda, yang pentingnya cari rezki halal, dengan bersikap amanah terhadap tugasan yang diamanahkan)

Dalam usaha menghasut lebih ramai orang jadi usahawan, saya sedar bahawa jalan yang paling selamat perlu dirangka dalam usaha menjadi usahawan.

Jangan campak diri anda dan keluarga dalam kesengsaraan yang sengaja ditempah. Oleh itu mesti buat perancangan. Tanggung beban kesusahan sedikit demi sedikit agar tidak berlaku bencana yang menyusahkan.

Berita baik untuk anda adalah, kecanggihan dunia teknologi sekarang dapat membantu anda bertukar kulit dari makan gaji kepada usahawan dengan cara yang lebih mudah dan selamat.

Asalkan anda kenal pasti cara cari bisnes yang sesuai untuk dijalankan dan berusaha membinanya sedikit demi sedikit, insyaallah, anda akan berjaya menjadi usahawan sepenuh masa.

Anda perlu cari bisnes yang berdaya tahan. Iaitu berdaya tahan sebab ianya boleh diterima oleh pelanggan sasaran anda, dan juga berdaya tahan sebab anda juga seronok melakukannya.

Oleh itu petuanya kat sini adalah berkisar pada mencari apakah satu bisnes yang ada pasaran dalam masa yang sama anda suka buat aktiviti bisnes tersebut.

Mari kita fokuskan pada dua perkara tersebut, iaitu:

  1. Cari bisnes yang anda suka dan
  2. Ada pelanggan yang sanggup membelinya

Cari bisnes yang anda suka

Untuk cari bisnes yang anda suka, perlukan anda kenal pasti apakah aktiviti yang anda suka lakukan. Jadi langkah pertama adalah senaraikan semua aktiviti perkara yang anda suka lakukan bila ada kesempatan.

Dalam senarai yang dah dibuat itu, pilih aktiviti yang sering dilakukan sehingga membuatkan anda jauh lebih mahir berbanding orang lain.

Sebab apa saya kata macam tu, adalah kerana anda tentu ada banyak perkara yang disukai. Tapi bukan semua perkara itu anda lakukan dengan kerap, malah ada juga perkara yang anda suka tapi langsung tak pernah berjaya dilaksanakan.

Cari bisnes yang berdaya tahan

Untuk pastikan bisnes anda berdaya tahan, mestilah pastikan bahawa ada pelanggan yang mencukupi agar hasil jualan mampu menyara segala kos aktiviti tersebut dengan sedikit keuntungan.

Pasaran mesti cukup besar untuk pastikan perniaga itu berdaya tahan. Mungkin untuk permulaan anda tak akan dapat bolot saiz pasaran yang besar, tapi yang pentingnya pasarannya ada dan perlukan masa untuk dikembangkan.

Langkah pertama adalah kenal pasti samada perkara yang anda suka itu dan kemahiran yang ada itu dapat membantu orang lain.

Anda boleh bantu orang lain dengan menyelesaikan masalah mereka. Oleh itu tanyalah pada diri samada kemahiran anda boleh selesaikan masalah orang.

Atau paling tidak kemahiran yang anda ada dapat membuatkan orang jadi lebih bagus daripada keadaan mereka sekarang. Boleh saja samada anda lepaskan bebanan orang atau anda tingkatkan kebagusan orang.

Kalau nak tahu, tawarkan bantuan kepada orang lain, kawan atau siapa saja yang anda jumpa tepi jalan untuk mendapatkan khidmat anda secara percuma.

Jadikan aktiviti membantu orang lain secara percuma itu sebagai aktiviti santai anda. Jangan lupa dapatkan testimoni mereka samada secara rakaman atau tulisan.

Pasarkan tawaran bisnes anda di internet

Bila dah ada cukup ramai orang yang anda bantu, anda dah cukup maklumat untuk kenal pasti apa sebenarnya yang orang mahu anda bantu mereka.

Sempurnakan seboleh mungkin nilai yang ditawarkan, dan buat satu ayat ringkas. Itu boleh dijadikan Tagline perniagaan anda dan pasarkannya di internet.

Gunakan Facebook untuk war-warkan tawaran anda dan buat landing page untuk perniagaan anda itu. Anda boleh juga guna platform lain seperti Blog, Twitter, Instagram dan seumpamanya sebagai mediaum pemasaran.

Saya tak akan terangkan kat sini secara detail bagaimana nak guna semua medium itu kerana ada banyak bahan lain yang boleh anda google. kalau nak belipun cara pemasaran di Facebook, saya boleh syorkan anda pergi cari dan beli panduan yang ada di sini.

Mudahnya cari bisnes

Saya harap anda dapat sedikit idea bagaimana nak cari bisnes untuk dijalankan berdasarkan apa yang anda suka.

Bila dah jumpa buat secara sambilan dan jangan terus terjun berhenti kerja. Kalau anda dah tak tahanpun dengan boss anda sekarang, sabar dulu!. Jangan terus buang boss anda itu secara melulu.

Anda perlu pastikan perniagaan itu dibina secara perlahan-lahan. Mulakan dengan menjadikan idea bisnes itu sebagai sumber menjana pendapatan tambahan.

Satu lagi peringatan yang penting!

Jika anda dah jumpa apa yang anda cari untuk buat bisnes, setelah anda tawarkan secara percuma sebagai indikasi penerimaan tawaran, jangan kenakan harga yang murah untuk pelanggan bila anda dah naikkan bisnes itu.

Ingat! kemahiran yang anda ada adalah hasil dari minat dan amalan kerap yang anda lakukan. Bukan semua orang boleh buat begitu dan jika bolehpun ramai yang tak ada masa untuk belajar sampai mereka jadi secekap anda.

Selamat cari bisnes dan jangan lupa maklumkan pada saya bila anda dah buang boss anda…!

Total
62
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

7 comments

  1. Assalam Tuan,boleh bg idea tak untuk trus brthan niaga,brg naik mgunung la ni,nk cas kat cstemer tk gamak,btul2 pening

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge