Cerita bimbingan perniagaan - HR Biz CoachingOleh kerana saya sibuk sekarang dengan urusan perniagaan, maka tak sempat nak perah otak mencari idea penulisan untuk dikongsikan di blog ini.

Untuk tidak membiarkan blog ini tak dikemaskini dengan artikel-artikel yang baru, maka saya rasa elok juga jika saya kongsikan cerita bimbingan perniagaan oleh salah seorang rakan usahawan yang saya sedang bantu untuk menaikkan semula perniagaannya di sini.

Mungkin dengan perkongsian cerita bimbingan perniagaan ini bersama para pembaca semua, dapat memberikan suntikan idea dan semangat untuk anda semua.

Cerita bimbingan perniagaan oleh En Sulaiman Yusof

Real Time Business Coaching – #AkuMahuBangkit 
Bimbingan perniagaan 17 Jan 2014

Kali pertama Tuan Coach datang melawat kiosk saya di Lendu Alor Gajah Melaka, meninjau kelemahan dan kekuatan bisnes saya. Alahamdulillah..komen beliau sangat ringkas ” Bisnes ni ok ni, cuma akaun kena betulkan balik”. dan “Back to basic” 2 komen yang menaikan semangat saya semula dan akan cuba diperincikan kemudian.

Kali pertama berjumpa saya luahkan semua kekusutan, masalah dan kekangan yang menimpa. Nak jadi usahawan yang berjaya ni banyak mengalirkan air mata rupanya.orang lain nampak masa kita diatas sahaja.

Rupa-rupanya luahan saya tadi merupakan satu TERAPI yang mujarab. selepas saya lepaskan semua, saya rasa lega. Kepada kawan-kawan yang senasib, jangan malu untuk menceritakan masalah anda kongsikan dengan orang yang anda percayai dan anda yakin dia boleh membimbing. tidak semestinya dikalangan usahawan. yang paling mujarab mereka yang pernah gagal dan sudah bangkit semula. dekati orang2 ini. Segerakan! sebelum parah..kalau nak share dengan saya pn boleh pm je..xde hal

Real Time Business Coaching – #AkuMahuBangkit 

17 Jan 2014 
” Bisnes ni ok ni, cuma akaun kena betulkan balik”. Mr Coach

Dulu yang saya belajar dan kenal perinsip akaun ini cuma untuk menyimpan data dan maklumat untung dan rugi syarikat sahaja. Sebagai contoh Aliran tunai atau cash flow nak tahu duit keluar dan masuk. P&L nak tahu untung dan Rugi syarikat. Memang ini yang saya faham dan semua orang faham. (tak salah sebab pensyarah yang bagi faham bukan orang bisnes, mereka orang akaun patuh pada nombor sahaja. Asalkan tally sudah la..)

Tapi bila Tuan Coach saya terangkan saya nampak lebih jelas dan sangat PENTING, beliau memperuntukkan masa 3 jam sehari hanya untuk membelek dan mengkaji Aliran tunai syarikat beliau. Perkara ini berlaku setiap hari. Berapa ramai yang pratikkan macam tuan coach saya buat? Biasanya sebulan sekali cukuplah. Masa nak audit, masa nak bayar cukai, masa nak bagi bonus baru la semak. Ini perkara yang pelik tapi sedap yang patut saya syer pada anda semua.

Nak tak?

Real Time Business Coaching – #AkuMahuBangkit 
17 Jan 2014 – “Back to basic” Mr. Coach

Bila kita ditakdirkan jatuh dalam bisnes, kita akan rasa panik,cemas, risau dan buntu. Kita akan mencari jalan untuk menaikkan semula perniagaan tersebut. berbagai cara atau teknik baru akan dicuba. Produk baru pun mula dicari kononnya untuk mengantikan produk yang lama mungkin sudah lapuk. Tapi tindakan ini mungkin betul dan mungkin silap.

sebagai contoh pada saya sendiri, bila produk Ice Blended saya menurun akibat duplikasi produk yang banyak dipasaran, saya mula mencipta atau mencari produk pengganti bagi cubaan menaikkan semula jualan syarikat. saya cuba keluarkan Mee Kari Langat walapun sambutan menggalakan tapi hanya pada bulan puasa sahaja (pernah collect RM15,000++ pada Ramadhan 2012) tapi masih tidak boleh menjana pada bulan-bulan lain.

kemudian saya keluarkan Feeko Noodle, Feeko Burger, Feeko Roasted Chicken, Feeko Meatballs dan Feeko Lemonade. Semua produk ini pelanggan suka. cuma jumlah jualan masih tidak dapat menyamai pendapatan sebelum ini. apatah lagi untuk mengatasi pendapatan saya pada tahun 2009.

dek kerana sibuk untuk mencari produk pengganti, tugas-tugas asas atau perkara-perkara penting saya terlepas pandang. Akaun syarikat tidak dibuat dengan sepenuhnya, ambil mana yang perlu sahaja. Maklumat pelanggan tidak dikemaskini, kurang promosi atau iklan (mungkin juga faktor RM), mengabaikan pemuitang dan penghuntang, tidak fokus pada produk yang memberi keuntungan yang tinggi dan sebagainya.

Bila Mr Coach datang melawat ke kiosk saya, dia komen “back to basic” atau kembali kepada asas.

Task 1# – kemaskini semula akaun yang tertangguh dan rekod yang terkini. Ini yang paling asas! tanpa sistem akaun yang betul PASTI syarikat kita akan tersasar atau bungkus.

Task 2#- senaraikan produk yang paling laris dan produk yang mendatangkan keuntungan yang paling tinggi. jangan ragu-ragu buang produk yang kurang sambutan dan yang kurang margin keuntungan.

saya mulakan task yang diberi dengan mengemaskini akaun. rekod semua jualan, rekod inventori dan stok setiap hari. ketogerikan produk yang laris dan yang kurang sambutan. ketogerikan produk yang paling untung. bila dah dapat maklumat yang lengkap saya susun semula strategi seperti yang disarankan.

saya hanya kekalkan 24 menu sahaja daridapa 40 menu sebelum ini (masih ada lagi akan dikeluarkan, dalam pemerhatian). yang selebihnya saya simpan dulu mungkin ia sesuai untuk lokasi yang lain.

hasilnya memang mengkagumkan,walaupun jualan masih sama tapi beban tugas kurang 80%. kerja menjadi mudah, pekerja pun senang hati dan pelanggan suka sebab service cepat.

Mr Coach beritahu ” 80% USAHA atau PRODUK yang kita buat, biasanya hanya mendatangkan 20% pulangan saja, tapi yang 20% lagi itulah sebenarnya membawa pulangan 80%. Fokus pada 20% saja!” akan diperincikan kemudian… tunggu..

P/S – kepada sesiapa yang berminat nak contoh borang rekod inventori (Prep Sheet) dan borang jualan mencari produk tertinggi boleh pm saya (sangat sesuai untuk pengusaha restoran atau cafe). tq

Real Time Business Coaching: #AkuMahuBangkit

20 Mac 2014- Sistem Akaun yang baik

Hari ini kali dua kami pergi ke Shah Alam untuk membentangkan lapuran tehadap task-task yang kami perlu laksanakan sebelum ini. Perjumpaan kali ini masih lagi berkisar mengenai sistem perakaunan yang baik. Alhamdulillah kami masih diatas landasan yang sepatutnya, namun Mr Coach masih lagi ingin kami memberi penambahbaikan dalam cara merekod maklumat yang penting dan perlu.

“Simplify your Account” atau ringkas akaun anda, ini bukan bermakna kami perlu kurangkan teras akaun itu sendiri. masih wajib ikut cara yang sepatutnya. cuma beberapa maklumat boleh diringkaskan dengan membuat beberapa perubahan dalam bentuk fomula. Proses ini memang rumit untuk dibuat pada peringkat awal namun pasti akan memudahkan bila ianya sudah lengkap. Beban kerja boleh berkurangan sehingga 60%.

Setiap produk perlu ada formula dalam pengiraan bahan-bahan mentah dan asingkan stok bahan mentah untuk setiap produk ini bagi memudahkan pengawalan inventori. Sebagai contoh bagi produk Nasi goreng- buatkan formula berapa penggunaan bahan mentah bagi setiap pinggan dan cari kos bahan mentah tersebut.

Merujuk kepada task sebelum ini, kami perlu mencatat berapa jualan bagi setiap produk terjual dalam sehari. Ya setiap produk. Kumpulkan maklumat untuk seminggu dan sebulan. Senaraikan produk yang kurang sambutan dan nyahkan dari senarai menu. Fokuskan pada produk yang laku sahaja. Bila sudah dapat maklumat, senang untuk kita anggarkan modal yang perlu ada dalam sehari, seminggu dan sebulan. Kita hanya memasukan jumlah pinggan yang dianggarkan terjual dalam minggu tersebut (mengikut trend data yang dikumpul) formula akan kirakan jumlah kos dan bahan yang perlu disediakan bagi minggu tersebut.

Secara tak langsung anda juga boleh menganggarkan berapa pendapatan dalam seminggu dan seterusnya mengawal ruang penipuan daripada pekerja. Sebagai contoh stok bahan nasi goreng habis untuk 1000 pinggan dalam seminggu tapi anda dapat data jualan hanya 800 pinggan. Ini bermakna ada kehilangan disitu. jadi apa yang harus anda lakukan?. (nanti akan saya kupaskan dilain entri-masalah pekerja)

Contoh diatas merupakan sebahagian contoh yang kecil, namun boleh dilaksana bagi setiap jenis perniagaan dan boleh dipraktiskan keseluruh perjalanan perniagaan anda mengikut kesesuaiannya tersendiri. dengan mengamal PERAKAUNAN YANG BAIK anda boleh mentafsir hala tuju syarikat, boleh menjangka pertumbuhan syarikat, meramal revenue serta mengagak situasi bila jualan akan turun, bila kos modal bertambah,bila perlu menambah pekerja dan sebagainya.

Bagi yang belum mengamalkan sistem akaun yang baik, dah ada tapi akauntan anda saja yang mahir, maka mari kita berubah. Saya sendiri leka. selama 6 tahun berniaga baru sekarang nampak dengan jelas kepentingan sistem akaun ini. dulu sekadar tahu sahaja. Mari sama-sama kita amalkan.

Task untuk pertemuan kali ini, Mr Coach memberi task yang baru, kami perlu memahami apa itu Balance Sheet, Cash Flow, P&L dan Income Statment dengan jelas.

“MASALAH perniagaan banyak berpunca dari KEGAGALAN usahawan menyedia, mengambil tahu, memahami dan mempratikkan SISTEM AKAUN YANG BAIK” Mr Coach.

Real Time Business Coaching – #AkuMahuBangkit
20 Mac 2014- Sebuah kitaran ringkas mendefinasikan makna perniagaan.

Di perjumpaan kali ini juga Mr coach menurunkan sedikit ilmu tapi banyak dan besar maknanya kepada kita sebagai seorang usahawan. Berikut saya kongsikan maklumat tersebut:

BERNILAI-Proses menyediakan sesuatu yang bernilai sama ada produk ataupun perkhidmatan. Kenal pasti sesuatu yang bernilai untuk diutarakan atau dijual kepada pembeli yang PERLU atau TERINGIN dengan nilai tersebut. Dalam proses ini kita perlu juga menilai bagaimana manusia bertindak. bangaimana perilaku pelanggan membuat keputusan.

Kajian menunjukkan bahawa manusia akan bertindak mengikut situasi, cuaca, persekitaran, perilaku, perasaan, kesihatan dan tanggapan. Manusia juga akan akan bertindak dari situasi yang kurang elok, kurang baik kepada yang baik dan elok. Manusia lari dari ketakutan dan beralih kepada situasi yang lebih selesa.

Contoh: bertindak dari keadaan lapar kepada keselesaan menjadi kenyang. maka perkara yang akan mengzahirkan situasi dari lapar kepada menjadi kenyang tersebut perlu ada benda yang benilai iaitu MAKANAN. makanan inilah yang diketegorikan sebagai BERNILAI.

ORANG BELI- Perlu atau teringin berkait rapat dengan perasaan dan tingkah laku. Setiap keputusan perlu melalui perasaan ini. Sekiranya anda dalam keadaan lapar maka perasaan PERLU MAKAN akan ujud dalam fikiran dan mendorong anda akan membuat keputusan untuk membeli makanan.

Teringin juga faktor yang akan medorong anda membuat keputusan. contoh: jika Anda teringin memandu dalam keadaan selesa dan bergaya maka keputusan memiliki kereta mewah akan tersenarai dalam fikiran anda.hanya dua faktor ini saja yang mendorong orang buat keputusan untuk beli.

“Yang PERLU itu kereta dan yang TERINGIN itu BMW”.

SETUJU BAYAR-Selepas PERLU atau TERINGIN dengan Nilai yang ditawarkan dan Harga boleh diterima oleh pelanggan maka urusan pembayaran akan berlaku, akad dimetrai dan produk diterima maka proses jualan sudah dianggap lengkap. Buat pengetahuan semua Hanya Jualan saja baru lengkap kitaran perniagaan masih belum sempurna.

PUAS HATI-Bila produk atau servis memberi kepuasan kepada pelanggan atau tidak memberi kepuasan hati maka ujudlah tahap piawaian dari sumber produk tersebut yang dinamakan KUALITI.

“kualiti = apa yang customer dapat – apa yang anda janjikan” Mr Coach

maknanya setiap produk atau servis yang kita tawarkan atau janjikan mestilah menepati atau mengjangkau kepuasan pelanggan maka produk anda sudah ada kualiti. Kalau janji 10 perkara tapi pelanggan dapat 8 perkara sahaja maka produk anda tidak ada kualiti dimata pelanggan. Kualiti ini sangat subjektif dan sangat sensitif.

ADA UNTUNG-Untung adalah perkara pokok dalam dunia perniagaan, kata orang untung tidak semesti dalam bentuk duit sahaja, boleh jadi dalam bentuk “Good Will”, promosi, branding dan sebagainya. tapi untuk mudah mengira keuntungan maka nilai Wang dijadikan sebagai sandaran. Produk yang ditawarkan MESTI ada untung. kalau tidak ada untung anda masih tidak dianggap berniaga anda hanya buat satu aktiviti jualan sahaja.

Kos Jualan melebihi kos pengeluaran produk = untung.

Proses mengaut untung ini pelengkap bagi satu proses kitaran perniagaan dan akan berpusing sekiranya proses kitaran ini berulang (ada repeat order/sale)

Kesimpulannya, semua perkara dalam kitaran tersebut perlu ada dan WAJIB! jika salah satu proses tiada maka ia tidak dinamakan sebagai PERNIAGAAN.

Demikianlah yang dapat saya kongsikan kepada semua definasi perniagaan yang diturunkan ilmunya kepada kami. Terima kasih Mr Coach.
saya tinggalkan anda dengan kata-kata ringkas dari Mr Coach.

Perniagaan berjaya = Jumlah belanja kurang sedikit dari jumlah pendapatan”

Real Time Business Coaching – #AkuMahuBangkit
23 April 2014- Berfikir Diluar Kotak

Selepas beberapa pertemuan dibuat sebelum ini, Alhamdulillah Mr coach nampak berpuashati dengan task-task yang kami laksanankan. Segala maklumat akaun, maklumat produk, dan prestasi kewangan telah kami utarakan. Cuma pada perjumpaan kali ini pembentangan Unjuran kewangan atau forecast pencapaian perniagaan agak merisaukan.

Memandangkan perniagaan kiosk kami berada hampir dengan pusat pengajian tinggi maka hampir 90% sasaran pelanggan kami adalah pelajar. Masalah akan timbul bila cuti penggal atau cuti-cuti yang mendorong pelajar pulang ke rumah ibu bapa mereka. Sekitar premis akan sunyi sepi. Hampir tiada jualan dibuat pada hari-hari tersebut. Perkara ini berlaku beberapa bulan lamanya. Kalau dikira jumlah hari yang boleh berniaga hanya sekitar 120 hari atau 4 bulan sahaja dalam setahun setelah ditolak dengan cuti semester, cuti umum, cuti study week dan bulan puasa serta cuti raya.

Jika dilihat jangkaan jualan setahun akan datang berpandukan data-data dari tahun lepas, hampir putus asa dibuatnya. “ Jika macam ini situasinya lebih baik tutup saja” bisik hati kecil ini. Akan tetapi kami akur dengan nasihat Mr Coach supaya kami teruskan juga. Mr coach memberi semangat dan tips yang tidak terfikir sebelum ini. Disini cara beliau berfikir luar kotak amat teserlah..hebat

“ Kita ubah segmen pasaran atau tukar target pelanggan. Jangan harapkan pelajar cuba ujudkan pelanggan bukan pelajar. Anggap pelajar sebagai bonus sahaja.” Mr Coach

Berikut saya kongsikan beberapa tips dan panduan yang diberikan:

1. UBAH SASARAN PELANGGAN- Hampir 2 tahun kami berniaga di depan UiTM Lendu, Alor Gajah dan selama itu juga kami hanya bergantung kepada pelajar, seperti rakan-rakan peniaga yang lain lakukan.Hanya mengikut apa orang lain buat. Kami terlupa peduduk sekitar lingkungan 10KM. Mereka perlu ditarik masuk ke premis kami. Lebih 50 ribu penduduk di Parlimen Alor Gajah yang boleh dipujuk menjadi pelanggan.

2. UBAH WAKTU PERNIAGAAN- Dahulu kami beroperasi dari 10am -6pm. Waktu puncak sekitar jam 12.30 tengahhari hingga ke pukul 2 petang. Waktu ini pelajar berpusu-pusu datang, tempahan makanan dan minuman datang serentak. Maka akan timbul kelewatan dalam menyediakan menu tersebut. Masing-masing mengejar masa. Bila lambat peniaga akan dipersalahkan.
Mulai dari 3 Jun 2014 kami akan beroperasi dari 4 pm hingga 11.30pm. Diharap dengan perubahan waktu ini dapat menarik minat penduduk setempat untuk datang selepas waktu kerja tanpa perlu terkejar-kejar.

3. UBAH KONSEP PERNIAGAAN- Dahulu menu yang kami sajikan terdiri dari pelbagai jenis makanan. Bercampur aduk dengan masakan Melayu, Cina dan Barat. Dulu kami beranggapan bahawa lagi pelbagai menu ditawarkan lagi ramai pelanggan yang datang. Ternyata kami silap!. Bila Mr Coach suruh kurangkan menu baru kami paham. Dari 80 menu menjadi 12 menu sahaja. Hasilnya, jualan lebih kurang sama tapi kerja menjadi kurang. Bagi memberi sedikit impak atau jelmaan semangat baru kami akan tonjolkan lebih kepada menu Western Food. InsyaAllah

4. NAIKKAN HARGA- Ini lagi satu keunikkan cara Mr Coach berfikir. Dalam masa kita kekurangan pelanggan harga produk perlu dinaikkan. Apa rasionalnya? Macam ni..Sekiranya dalam sehari anda dapat 100 pelanggan dengan menjual RM5 bagi satu produk jumlah jualan sama dengan RM500. Jika anda naikkan harga RM8 pelanggan akan lari sekitar 20% – 30% (ikut kajian), tapi masih ada lagi 70 orang. Jika 70 orang X RM8 =RM560. Margin anda bertambah, jualan meningkat kerja jadi kurang 30%. Nampak tak permainan dia?

Oleh yang demikian kami akan menstuktur semula harga, kami tidak lagi memberi keistimewaan kepada pelajar sebab anda bukan lagi target pasaran kami. Minta maaf banyak-banyak.

Dengan beberapa perubahan dibuat dan usaha keras yang dilakukan diharap perniagaan kami akan berubah kepada yang lebih baik. Dalam dunia perniagaan tiada salah dan tiada betul. Ia perlu diusaha baru nampak hasilnya. Untung ataupun rugi. Kalau ditakdirkan rugi pun kita masih untung sebab dapat ilmu dan pengalaman baru. Lagi-lagi jika kita masih bersabar. Kalau Untung Alhamdulillah syukur.

Real Time Business Coaching – #AkuMahuBangkit
23 April 2014- Ilmu Pemasaran

Setelah beberapa pertemuan dengan Mr Coach baru kali ini ilmu pemasaran diturunkan sedikit demi sedikit. Saya tahu kenapa ilmu ini lambat diturunkan. Jika diimbau zaman awal-awal terjun menjadi usahawan dulu, ilmu pemasaran antara ilmu yang paling awal dicari dan sangat dititikberatkan. Namun sejak berkenalan dengan Mr Coach persepsi terhadap kaedah pemasaran menjadi perkara nombor 2 atau nombor 3. ini bukan bermakna pemasaran itu tidak penting tapi keutamaannya saja dikurangkan.

“ Betulkan perniagaan anda dulu” Mr Coach

Apa yang saya faham, mengamalkan sistem akaun yang baik adalah perkara pokok. Bila sistem akaun syarikat kita baik dan syarkat berada dilandasan yang betul barulah kaedah pemasaran memainkan peranannya.

“ Marketing ni cuma nak bagi tahu produk kita pada bakal pelanggan saja” kenyataan ringkas dari Mr Coach.

Ramai usahawan yang hebat dalam bidang pemasaran sanggup habis ribuan ringgit bagi mempromosi produk namun syarikatnya tetap gagal bertahan akibat dari mengamalkan sistem akaun yang salah atau kurang baik. Bagi menarik hati pelanggan untuk membeli produk kita buat kali pertama agak mudah berbanding usaha untuk mengekalkan pembelian kali ke 2, kali ke 3 dan seterusnya jika tidak mengamal sistem yang betul.

Ramai usahawan tidak menyimpan data penting yang diberi oleh pelanggan kali pertama apatah lagi untuk menganalisa atau memproses maklumat tersebut bagi tujuan penambahbaikan.

Berikut contoh kecuaian pengusaha dalam industri restoran (pengalaman sendiri):

Tidak merekod jualan harian,( tidak pernah tahu jumlah jualan sehari, main agak-agak sahaja)
Tidak merekod jumlah bagi setiap satu menu yang terjual. (tidak tahu menu mana yang paling laris)
Tidak mengira kos sebenar setiap menu yang dijual, ( tidak tahu mana satu menu yang memberi keutungan yang tinggi atau mungkin pengusaha hanya dapat PENAT sahaja)
Tidak mengoptimakan tenaga kerja ( terlebih pekerja – kos meningkat – untung kurang)
Tidak merekod stok bahan mentah dengan betul (terlebih beli atau tidak menggunakannya secara efektif)
Tidak menganalisa data jualan dan pembelian (tidak tahu bisnes ok atau tidak)

Ilmu pemasaran yang diturunkan dalam pertemuan kali ini.

Bunting- Gantung bunting di sekitar kawasan premis, gantungkan sekurang-kurangnya 3 keping berturut-turut di kawasan simpang atau laluan ke arah premis. Cari kawasan perumahan yang padat penduduk.

Buat promosi Buy 2 FREE 1- promosi ini berjalan selama sebulan dan bagi terus ganjaran kepada pelanggan yang datang tidak perlu menuggu 10 pembelian untuk percuma 1 seperti yang kami buat sebelum ini.

Flyers- Edar di pejabat-pejabat, sekolah-sekolah, masjid-masjid, stesyen-stesyen minyak disekitar kawasan perniagaan.

diharap dengan kaedah pemasaran ini dapat menarik ramai pelanggan ke permis kami.

Total
7
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge