White-Vespa-With-Punk-Stickers1Ini adalah sambungan daripada artikel cerita business coaching usahawan kental #1 yang telah dicatitkan oleh En Sulaiman, salah seorang daripada Coach dalam Team Hr Biz Coaching. Jika anda belum baca lagi artkel tersebut boleh klik di sini.

Pasca kebakaran usahawan kental

Setelah berita kebakaran kedai dan rumah tersebar luas, ramai yang simpati dan menghulurkan bantuan. Kebetulan peristiwa itu berlaku di dalam bulan Ramadhan, ramai yang datang menghantar bantuan seperti bantuan pakaian terpakai, wang tunai dan pelbagai barang keperluan harian serta sedikit persiapan untuk menyambut Aidilfitri nanti.

Bantuan dari wakil rakyat Dewan Undangan Negeri juga turut terima.Raya tahun ini tidak seperti tahun yang lepas-lepas. Melihat wajah anak sulung yang baru berusia 1 tahun bertambah sayu hati mengenangkan nasib diri dan keluarga.

“Sabar ya Kak, saya halalkan duit order biskut raya tu” antara pesanan dari pelanggan isteri yang menempah kuih raya. Isteri En Razlan membuat bisnes sambilan sempena hari raya. Kebanyakan tempahan yang sudah siap turut hangus. Memang sudah jatuh ditimpa tangga.

Proses Bangkit semula usahawan kental

Kini En Razlan tinggal dirumah Mertua yang tidak jauh dari tapak rumah beliau, “Sampai bila nak layan sedih ni, anak dan isteri perlu diberi makan. Aku mesti cari jalan” bisik hati kecil. Niat untuk menyambung perniagaan terpaksa dihentikan sementara waktu.

Beberapa bulan berikhtiar mencari pekerjaan, En Razlan terjumpa satu risalah iklan dari kerajaan negeri Terengganu. Iklan mencari peserta kursus underwater welding selama 2 minggu. Biasanya pendapatan sebagai juru kimpal dalam laut memang lumayan.

En Razlan hadir sesi temuduga dan berjaya melepasi syarat yang ditetapkan oleh syarikat tersebut. Mungkin juga disebabkan daripada pengalaman beliau pernah bekerja dengan syarikat perkapalan memudahkan proses temuduga.

Setelah tamat lahitan, En Razlan mengambil kerja-kerja kimpalan sebagai Freelancer. Sepanjang enam bulan En Razlan merantau jauh hingga ke Singapura dan Johor kerana menerima kerja-kerja kimpalan.

Dengan tarif gaji yang agak tinggi En Razlan sudah boleh mengumpul sedikit demi sedikit wang simpanan. Bebanan yang ditanggung oleh isteri seorang diri sudah dapat dipikul semula.

Usahawan kental aktif semula dalam perniagaan

Namun Isteri dan anak terpaksa ditinggalkan selalu. Oleh kerana sering sangat berjauhan dengan keluarga, isteri beliau mula kurang selesa dan mengajak En Razlan berbincang. Pn Asiah mencadangkan agar suaminya kembali semula kepada perniagaan motorsikal.

Berbagai sumber maklumat dicari untuk merealisasikan hajat beliau. Bab mencari maklumat memang kesukaan Pn Asiah. Sebagai seorang perpustakawan dan tabiat banyak membaca sangat membantu beliau dan suami.

Setelah beberapa bulan membuat kajian, ada satu pihak ajensi kerajaan yang memang sudi membantu. En Razlan telah melayakkan diri menyertai kursus Perantis. Selepas menjalani kursus perantis selama 6 bulan dan bersambung 6 bulan lagi bekerja dikedai motor, Ejensi tersebut setuju menawarkan pembiayaan bagi membuka kedai membaiki motorsikal sendiri.

Dengan dana RM100,000 En Razlan kembali semula kedalam dunia perniagaan. 2009 adalah tahun untuk bangkit semula. Semangat kembali membara. Minat yang sudah lama dipendam kali ini sudah boleh dilepaskan.

Impian menjadi kenyataan untuk usahawan kental

Kedai motorsikal sudah tersergam indah. Kali ini En Razlan menyewa premis kormesial dan sesuai untuk menjalankan perniagaan. Isteri hanya membatu secara sambilan kerana masih bekerja. Segala operasi perniagaan dibuat dengan bantuan 2 orang pekerja.

En Razlan sangat suka berkawan dan membuat networking antara peniaga dan usahawan. Beliau banyak belajar dari rakan yang berjaya dalam industri motor. En Amir menjadi salah seorang mentor kepada En Razlan. Banyak ilmu yang dicurahkan. Antaranya, teknik menjual motor secara ansuran, teknik memilih pembekal dan cara pengurusan bengkel.

Perniagaan En Razlan mula berkembang. Satu syarikat pengedar motorsikal yang terkenal memberi peluang kepada beliau untuk menjual motorsikal secara consignment. Dari situ kedai En Razlan mula dikenali disekitar Kota Bahru.

Disangka panas hingga ke petang….

Langit tidak selalu cerah, pada tahun 2013 pernigaan yang bergerak maju sebelum ini sudah mula menunjukkan kejatuhan. Wang dana yang diperolehi sudah habis digunakan.

Jualan bengkel semakin merosot, setiap hujung bulan revenue tidak mencukupi untuk menampung perbelajaan bengkel. Dalam masa yang sama pinjaman perlu dilunaskan setiap bulan. Kepala En Razlan sudah pening semula.

Bila direnungkan kembali, mungkin semua perkembangan perniagaan En Razlan hanya bergantung kepada bantuan dana sahaja. Keuntungan bersih syarikat tidak menokok. Operasinya sahaja yang berkembang.

En Razlan menyedari kesilapan beliau yang kurang cekap mengurus kewangan syarikat. Beliau tidak merekod maklumat-maklumat pernigaan dengan betul, tidak membuat promosi yang berterusan dan tidak fokus pada perkara asas perniagaan.

Bagaimana hendak keluar dari masalah yang dicipta sendiri ini??

Terbitnya sinar baru buat usahawan kental

Sekitar pertengahan tahun 2014, En Razlan dipelawa menyertai program bimbingan usahawan bengkel kenderaan melalui satu ejensi kerajaan. Seperti yang lain usahawan sering menganggap prorgram bantuan yang dianjurkan ini sama saja dengan program yang lain. Beri bantuan dan kemudian tinggalkan saja.

Tanggapan itu kurang tepat. Program ini akan berjalan dalam 2 fasa selama 12 bulan dan semua peserta akan dipantau dalam tempoh tersebut.

En Razlan memenuhi jemputan untuk menghadari diperingkat fasa pertama. Di dalam fasa 1 peserta akan diterangkan erti sebenar perniagaan dan mengira potensi perniagaan masing-masing.

Selepas sebulan pihak coach seperti kami akan meninjau kedai atau bengkel kesemua peserta yang teribat termasuklah Bengkel En Razlan. Pada peringkat awal fasa ke 2 En Razlan telah dibimbimg oleh En Norizan. Saya hanya mengambil alih selepas perjumpaan ke 5 setelah Coach En Norizan diamanahkan untuk membimbing seluruh usahawan di wilayah utara.

Pada pertemuan one-to-one setiap bulan usahawan akan diberi tugasan dan akan dinilai pada bulan berikutnya. Pada pertemuan ke 3 En Razlan telah diberi tugasan untuk menyediakan laporan Aliran Tunai semasa. Disinilah punca segala permasalah En Razlan dapat dilihat dan beliau sendiri mengakuinya.

Selepas melalui beberapa tugasan, En Razlan dan Isteri mula sedar dan mula berubah. Setiap amanat atau tips yang diberi beliau ikut sepenuh hati. Pada bulan ke 4, program bimbingan ini mula membuahkan hasil. Keuntungan perniagaan En Razlan dapat ditingkatkan.

Jualan terus naik dengan ketara sekali. Alhamdulilah daripada RM25,000 sekarang sudah mencecah RM115,000 dan semakin berkembang. Pihak kami tidak mahu mendabik dada. Kami hanya menunjukkan jalan namun yang berusaha En Razlan sendiri dengan izinNya.

Mungkin juga teknik yang kami sampaikan ini serasi dengan En Razlan. Kepada anda diluar sana ingin bangkit macam En Razlan ini boleh terus klik dan isi borang ini.

Sekarang ini En Razlan sudah boleh menarik nafas lega, Semua hutang lapuk sudah boleh dilunaskan. Tapak rumah yang dahulu hangus dijilat api kini sudah dalam proses pembinaan banglownya yang baru. Pn Asiah sudah membantu suami sepenuh masa beliau lah yang mengurus kewangan dan pentadbiran manakala En Razlan menumpukan pada operasi dan promosi.

Diharap agar pernigaan En Razlan berkembang maju dan tidak lagi menumpuh cabaran yang berat selepas ini. Kepada sesiapa yang berada sekitar Kota Bharu dan berminat untuk membeli motor boleh terus ke kedai En Razlan:-

RNZ Jaya Motor
1058-A, Kg Chepa, Jln Kedai Lalat, 16150 Kota Bharu, Kelantan
Tel : 019 372 7303

Setakat itu saja yang dapat saya kongsikan. Semoga menjadi tauladan kepada kita semua. Kami juga mendoakan agar anda semua beroleh keberkatan tak kira diarena mana sekalipun.

Kepada yang sudah berniaga teruskanlah muamalat ini dengan baik. Bagi yang belum lagi mula berniaga, jangan tanguh tanguh lagi. Usia kita semakin meningkat. Terima kasih

Total
22
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

6 comments

  1. Salam..saya belum memulakan sebarang perniagaan tetapi sudah mempunyai perancangan kearah itu.saya ingin bertanya adakah program ‘coaching’ ini hanya utk mereka yg telah memulakan perniagaan?saya berminat utk menyertai program ini sebagai langkah awal utk berniaga.

    Sangatlah besar harapan saya jika pihak tuan dapat membalas soalan saya dgn secepat mungkin.

    Wassalam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge