Saya kongsikan pendapat saudara Mohd Azad Jasmi, Pengarah Eksekutif Taj International College berkenaan ciri-ciri usahawan berjaya untuk tatapan pembaca. Jom sama-sama kita baca dan ambil pengajaran daripada pendapat beliau di bawah.

Catatan Selepas Sahur : Ciri-ciri Usahawan Berjaya

Selepas waktu sahur pada hari ini, saya mengambil peluang unutk “Soul Searching”bagi melihat apa yang telah saya lakukan selama ini serta apa yang bakal saya lakukan (Dengan Izin Allah SWT) pada masa hadapan.

Didalam proses menelaah evolusi kehidupan serta dalam mengkaji semula hala tuju masa depan, saya terlintas untuk menulis tentang ciri-ciri usahawan berjaya; melalui kacamata saya sendiri berdasarkan temubual atau diskusi secara langsung ataupun tidak langsung.

1. Mempunya Idola atau Ikon Yang Menjadi Penanda Aras Bagi Mereka.

Hampir semua usahawan yang berjaya; baik didalam apa sahaja bidang mempunyai ikon atau idola yang mereka jadikan sebangai satu penanda aras atau “benchmark”, mungkin bukan dari sahaja dari segi prestasi dan pencapaian perniagaan tetapi kadang kala ada yang suka mengikut cara bercakap, cara interaksi malam juga cara idola mereka berpakaian.

Dengan adanya idola ini, usahawan itu akan cuba “meniru”tahap pencapaian idola mereka itu dan kadang kala mereka akan cuba mencari apakah jenis buku, apakah hobi serta apakah perkara yang telah mencorakkan seseorang idola mereka itu berjaya ke sesuatu tahap.

2. Mempunyai Motivasi Tersendiri

Ramai yang saya kenal dan berkenalan mempunyai motivasi yang tersendiri, yakni mereka berupaya memotivasikan diri mereka sendiri dengan cara yang tersendiri. Kita pernah dengar bahawa jika anda ingin berjaya, sertailah kursus atau seminar motivasi tetapi lain pula halnya dengan usahawan yang berjaya.

Mereka mempunya aspek-aspek motivasi dalaman mereka dengan tersendiri. Ada yang ingin berjaya kerena ini memiliki kenderaan, ada juga yang ingin menyumbang semula kepada masyarakat, ada juga yang menjadikan pengalaman latar belakang keluarga yang susah bagi memotivasikan diri mereka untuk keluar cari kepompong kesusahan, malah ada yang menjadikan kesusahan orang lain sebagai motivasi diri mereka.

Tidak ada sesuai bentuk motivasi yang tidak baik. Semuanya baik tetapi apa yang cuba saya perkatakan disini ialah, aspek usahawan yang berjaya ialah mampu memotivasikan diri sendiri dan mampu “turbocharged” kan semangat diri tanpa perlu kuasa luar atau bantuan luar.

Hubungan dan rintihan mereka dengan pencipta atau Tuhan bagi yang bukan Islam dan hubungan dan munajat kepada Allah SWT bagi yang beragama Islam, sudah cukup memberikan motivasi jasmani dan rohani kepada mereka.

3. Sentiasa Menjadikan Kisah Suka Duka Perniagaan Orang Lain Sebagai Kajian Perniagaan Mereka.

Mereka sentiasa berusaha untuk mengkaji kejayaan dan keruntuhan perniagaan orang lain, baik dari industri yang sama mahupun dari industri yang berbeza.

Kajian yang dilakukan ini bertujuan menjadikan mereka mengetahui “proven cases” terhadap sesuatu perniagaan dan akan menjadikan sempadan bagi peristiwa kurang baik dan jadikan pengajaran bagi peristiwan kejayaan orang lain.

Ini merupakan salah satu jalan pintas untuk mendalamai sesuatu perniagaan serta mencuba teori dan aplikasi sesuatu perancangan dan tindak tanduk orang lain yang telah melaluinya.

4. Sentiasa Cuba Memaksimumkan Kemampuan Syarikat/Diri Dengan Peluang

Antara langkah yang saya sentiasa lihat ialah; usahawan-usahawan yang berjaya ini sentiasa cuba “leverage”atau engage” kekuatan, kapasiti serta kemampuan diri dan syarikat mereka dengan peluang-peluang yang wujud di hadapan mereka.

Mereka cuba mengkaji segala ruang dan peluang bagi syarikat mereka untuk “berinterasksi”dan “berkomuniasi” didalam aspek dan bahasa perniagaan dengan rakan-rakan atu peluang-peluang disekeliling mereka.

5. Mempunyai Sasaran Yang Mempunyai Jarak Masa atau “Timeline”.

Rata-rata usahawan yang berjaya menjalankan “project deployment” dengan mempunyai sasaran dan jadual jarak masa yang tertentu kerana mereka tidak ingin merugikan masa.

Jika sesuatu projek itu tidak mencapai sasaran, mereka akang mengkaji masalahnya tetapi jika sudah berberapa kali tidak mencapai sasaran seperti yang tertulis didalam jadual, mereka akan berhenti dan mencuba projek baru. Secara ammnya, mereka melakukan sesuatu kerja atau projek secara berjadual dan bersistematik.

Demikianlah pendapat saudara Azad Jasmi berkenaan ciri-ciri usahawan berjaya. Saudara Azad Jasmi merupakan penulis jemputan di hidupringkas.com

Jika anda juga seorang usahawan dan mahu kongsikan pendapat anda di blog ini, saya alu-alukan penulisan dan perkongsian anda. Email saja artikel anda ke mohdshubhi@gmail.com insyaallah akan saya siarkan untuk dikongsikan bersama para pembaca.

Jangan lupa promosikan syarikat atau perniagaan atau website anda untuk diberikan link di sini.

Total
78
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

4 comments

  1. Pernah beberapa kaligagal dlm bisnes sampai dichop sbg hangat2 taik ayam.modal habis.skrg ni kerja makan gaji nk kumpul modal,tapi masih lg tercari cari bisnes apa yg paling sesuai.mohon bantuan Dari tuan2 sekelian membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge