coachRisau juga dengan perkembangan industri mengajar orang buat bisnes sekarang ini.

Kemunculan begitu ramai coach yang menawarkan khidmat mengajar orang bagaimana nak buat bisnes nampaknya amat ketara sekarang.

Oleh kerana ramai yang masuk dalam industri yang kita panggil business coach ini, maka sudah tentu ada yang berjaya dan ada juga yang gagal.

Kelihatan di media sosial ramai yang sedang menyerang dan mengentam para coach yang didapati (dituduh) merompak duit orang ramai yang dahagakan ilmu perniagaan untuk berjaya.

Antara kesilapan yang coach lakukan adalah ambil duit orang kemudiannya tidak tunaikan tanggung jawabnya membimbing usahawan itu.

Ada yang sampai peringkat yang belasah duit usahawan, kemudiannya terus hilang ghaib. Telefon tak jawab dan tak ambil kisah untuk menghubungi orang ang telah membuat bayaran.

Lantaran dari itu ada ramai yang muncul memberikan nasihat percuma.

Ada yang memberikan nasihat dalam paparan akaun Facebook mereka supaya berhati-hati memilih individu yang mendakwa sebagai coach.

Semak terlebih dahulu samada coach itu benar-benar seorang usahawan sebelum mahu mengambil mereka mengajar kita bagaimana nak berjaya.

Coach yang tak ada bisnes

Ada pandangan yang  mendakwa coach yang hanya menjalankan perniagaan mengajar orang bagaimana nak berniaga, itu bukanlah seorang coach yang betul.

Coach sebegitu sebenarnya bergantung sumber pendapatan mengajar orang buat bisnes sahaja dan dia tidak menjalankan apa-apa bisnes lain dari itu.

Itu pandangan mereka, tapi tak sama dengan pandangan saya.

Bagi saya menjalankan perkhidmatan mengajar orang bagaimana nak buat bisnes itu sebenarnya adalah juga satu bisnes.

Oleh itu coach yang kerjanya mengajar orang bagaimana nak buat bisnes sebenarnya sedang menjalankan sebuah perniagaan dalam kategori latihan dan bimbingan.

Jadi tak bolehlah anggap coach sebegitu tidak layak mengajar orang buat bisnes.

Orang bisnes tak ada masa ajar orang lain bisnes

Ada juga yang berikan logik bahawa jika seseorang usahawan itu sedang menjalankan bisnes, sudah tentu dia tak ada masa untuk ajar orang lain pula untuk buat bisnes.

Oleh itu, seorang usahawan yang berjaya dan sedang menjalankan sesuatu perniagaan sudah tentu tak ada masa nak jadi coach.

Pulak dah !

Tadi kata hanya coach yang ada bisnes sahaja yang layak untuk jadi seorang coach mengajar orang bagaimana nak buat bisnes, tapi sekarang ada yang kata orang bisnes mana ada masa nak jadi coach.

Baik coach orang buat bisnes untuknya

Satu lagi pendapat pula berkata, jika usahawan berjaya dan pandai mengajar orang bagaimana nak buat bisnes supaya berjaya, lebih baik mengajar orang untuk menjalankan bisnes untuk usahawan itu sendiri.

Ertinya usahawan tersebut sepatutnya memberikan bimbingan hanya pada kumpulan atau lingkungan orang yang menguruskan perniagaan kepunyaan usahawan itu sendiri.

Kenapa pula nak ajar orang lain supaya berjaya dalam perniagaan mereka.

Pulak dah !

Serba tak kena nampaknya.

Siapa layak jadi coach bisnes

Sebenarnya kalau nak dengar apa orang cakap, sampai kiamatpun tak akan habis.

Kita akan dengar berbagai versi dan apa saja yang dilakukan serba tak betul.

Kalau pembaca ingat bagaimana cerita Lokman bersama anak lelakinya berjalan di 3 kampung sambil menunggang kaldai ?

Cerita itu amat terkenal, jadi tak perlu saya ceritakan disini sebab saya andaikan semua dah tahu cerita tersebut.

Pengajaran dari cerita itu adalah, kalau nak ikut cakap orang, kita boleh jadi tak siuman.

Jadi apa yang perlu dilakukan adalah menggunakan akal yang waras dan terus belajar daripada pengalaman lalu dan juga dari mereka yang sudi berkongsikan ilmu.

Untuk menentukan siapa layak jadi coach bisnes, anda sendirilah yang menentukannya.

Sebab, punca utama anda dengar nasihat dan bimbingan dari seseorang adalah atas dasar kepercayaan. Anda mesti menaruh kepercayaan pada orang itu dan menghormatinya, baru lebih mudah nak ikut bimbingan.

Proses pilih coach

Proses nak pilih coach sebenarnya tak berapa panjang sangat. Apa yang anda perlu lakukan adalah:

  1. Anda sendiri bersemangat untuk berjaya dan melakukan perubahan terhadap apa yang sedang dilakukan sekarang. Tak ada mana-mana coach yang mampu ubah diri anda seandainya anda sendiri tak ada semangat.
  2. Mohon penerangan pada coach apakat modul atau metod yang dia gunakan dalam proses bimbingannya. Jika coach tak ada metod yang jelas dan meyakinkan, anda perlu pertimbangkan semula untuk melantiknya menjadi coach.
  3. Tanya coach bagaimana dia memantau perkembangan atau perubahan yang berlaku. Atau bagaimana coach mengukur keperkesanan proses bimbingan yang dijalankan. Jika tidak ada sesuatupun yang diukur, macam mana nak tahu samada berkesan atau tidak.
  4. Dapatkan penerangan terperinci tentang bayaran, berapa dan bagaimana. Pertimbangkan samada berbaloi atau tidak untuk ambil coach tersebut dengan kos yang dinyatakan. Paling penting jangan sampai hutang along untuk membayar pada coach.

Jika anda masih tak jumpa seorangpun coach untuk membimbing anda menjalankan perniagaan, relaks dan jangan gabra

Anda mesti tahu bahawa dengan adanya hasrat untuk cari orang yang lebih pandai supaya dapat ajar anda jalankan perniagaan dengan betul, anda sudah ada ciri-ciri orang yang akan berjaya.

Pergi beli buku, pergi seminar atau pergi cari kawan yang dah berjaya. Itu pun sudah banyak membantu.

Jika anda malas nak beli dan baca buku, malas nak ke seminar dan malas nak jumpa kawan yang berjaya, anda seeloknya tak payah berniaga.

Total
25
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

10 comments

  1. Hidup kita ini ada pilihan. Boleh pilih.

    Dan setiap pilihan yang kita buat itu, pasti akan ada risiko.

    Sebelum belajar dengan coach/guru/mentor/sifu, apa kata belajar “cara belajar”.
    Kenal pasti apa yang kita nak belajar, dan tahu KENAPA kita kena belajar ilmu itu.

    Jangan sedut bulat-bulat ilmu tanpa kita faham KENAPA kena belajar ilmu tu.
    Barulah kita dapat elakkan diri daripada kena scam.

    Tapis ilmu, dan ambik yang baik-baik sahaja 🙂
    Adzrif Sidek recently posted…Seringgit jeMy Profile

  2. Saya pun kene kena dengan coach tersebut. Belajar BMC+ personal coach. Tapi tidak pernah dapat personal coach pun, Nasib baik tidak banyak sangat sampai beribu-ribu. Nak kata coach tidak ada bisnes tidak juga sebab dia ada hotel dan bisnes-bisnes yang lain. Yang rekemen pun seorang coach juga. Yang pastinya mudah sangat tabur janji lebih dari keupayaan sendiri, sudahnya tidak mampu tunai janji.

  3. terbaik..
    Satu pencerahan yang jelas dari Tuan Bihi..
    semoga terus istiqomah dengan ilmu yang di sebarkan untuk bakal2 dan para2 usahawan semua..
    Ameen Ya Rabb..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge