Dah pandai berniaga, apa perlu jurulatih?

By | 29/08/2013

tripod-hunters-1500x1008Tujuan utama blog ini berserta penulisannya adalah untuk berkongsi petua bagaimana nak pandai berniaga.

Ertinya blog ini memberikan tumpuan lebih pada tema keusahawanan.

Untuk berjaya, tidak boleh tidak ianya memakan masa. Jika ada orang atau buku yang menjanjikan teknik berjaya dengan amat pantas dan mudah, saya boleh beri jaminan bahawa itu semua hanyalah janji kosong.

Janji sebegitu hanya membolehkan tukang janjinya sahaja yang akan jadi kaya dengan mudah dan pantas. Bukannya mereka yang termakan dengan janjinya.

Untuk berjaya, perlu ambil masa

Kenapa kita perlu ambil masa untuk berjaya?

Sebabnya adalah kerana kejayaan mempunyai hubungan yang amat rapat dengan tabiat.

Mereka yang berjaya menyemai banyak tabiat yang baik, yang membawa kepada kejayaan, akan jauh lebih mudah menempa kejayaan berbanding yang tiada tabiat baik.

Bila disebut tabiat, semua orang tahu bahawa ia merupakan satu perangai atau perbuatan yang sering diulang-ulang.

Jika anda hanya korek hidung depan orang sekali dalam tempoh 3 tahun, tidak ada orang akan label anda sebagai pengotor suka korek hidung.

Sebaliknya jika anda korek hidung setiap kali berbual dengan orang, barulah anda akan dilabel sebagai pengotor kaki korek hidung depan orang.

Begitulah rapatnya hubungan tabiat dengan perbuatan yang diulang-ulang.

Perangai korek hidung depan orang atau lain-lain perangai yang menjadi tabiat bukan mudah untuk diubah.

Anda tidak dapat gantikan sesuatu tabiat dengan tabiat lain melainkan berusaha melakukan tabiat baru tersebut secara dipaksa dan berulang-ulang.

Usaha tersebut memakan masa. Sebab itu saya percaya untuk berjaya ada tidak ada jalan pantas dan pintas serta tidak mudah.

Bagaimana mahu pendekkan sedikit masa itu

Namun begitu, masa dapat dipendekkan sedikit daripada kebiasaan jika anda hanya berusaha melakukan apa yang perlu sahaja untuk mencapai matlamat dan meninggalkan semua aktiviti yang tidak perlu.

Dari situlah timbulnya konsep hidup ringkas, buat apa yang perlu sahaja dan tinggalkan yang selainnya bersesuaian dengan matlamat yang mahu diburu.

Ringkasnya, apa yang cuba saya sampaikan di sini adalah, saya berusaha menawarkan khidmat bimbingan bagi melatih para usahawan untuk berjaya dalam perniagaan masing-masing dengan menerapkan konsep hidup ringkas.

Dah pandai berniaga nak jurulatih juga ke?

Barangkali ada yang bertanya kenapa perlu saya mendapatkan jurulatih sedangkan saya sudah pandai berniaga.

Bukankah ada banyak buku, ada banyak maklumat di internet, ada ramai kawan dan lain-lain lagi yang boleh membantu saya jika diperlukan?

Untuk menjawab soalan logik itu, saya mahu anda cuba berfikir secara logik juga dengan soalan yang agak sama.

Dalam permainan Badminton, siapa agaknya pemain yang paling bagus nombor satu dalam dunia?

Anda memang kuno tak ambil tahu bab negara dan sukan jika tak tahu jawapannya.

Jawapannya sudah tentu ialah Lee Chong Wei.

Sekarang jawab pula soalan kenapa Lee Chong Wei masih perlukan jurulatih sedangkan tak ada orang yang lebih bagus daripadanya dalam arena Badminton dunia sekarang ini ?

Begitu juga pada pemain nombor satu squash negara dan pemain nombor satu dunia, Nicole David. Walaupun Nicole David sudah hebat paling atas, dia masih menggunakan khidmat jurulatih.

Saya rasa cukup dengan soalan di atas untuk menjawab kenapa anda perlukan jurulatih atau mentor atau coach untuk melatih anda berjaya dalam perniagaan.

Asasnya adalah mereka yang serius mahu berjaya tentu akan mendapatkan khidmat seorang jurulatih, sebagai mana contoh di depan mata kita seperti Lee Chong Wei dan juga Nicole David.

HR Biz Coaching hanya untuk usahawan kecil

Kembali pada usaha saya menyediakan khidmat jurulatih perniagaan atau apa yang saya namakan sebagai Hidupringkas Biz Coaching, penumpuan saya hanyalah kepada para usahawan kecil.

Konsep Business Coaching ini mungkin satu perkara baru di kalangan para usahawan kecil di negara kita, namun ia bukanlah satu perkara baru di negara-negara barat terutamanya di Eropah dan juga Amerika.

Malah semua syarikat-syarikat besar mengambil khidmat jurulatih untuk melatih pekerja mereka terutamanya kepada para pimpinan tertinggi syarikat mereka.

Jika anda semua mahu tahu, saya melihat bahawa Hidupringkas Biz Coaching berkemungkinan besar akan menjadi sebuah organisasi yang besar satu masa nanti.

Insyallah dengan sokongan daripada anda semua, saya mampu dapat merealisasikan kejayaan tersebut.

Apa yang saya minta daripada pembaca yang sering ke sini mengambil ilmu-ilmu keusahawanan dan kehidupan secara percuma hanyalah satu sahaja, tolong war-warkan bahawa:

“Hidupringkas Biz Coaching dan blog ini, berkemungkinan besar akan menjadi terkenal dan bakal membantu seramai mungkin para usahawan kecil di negara kita!”

19 thoughts on “Dah pandai berniaga, apa perlu jurulatih?

  1. Khairul Zamri

    pandai macam mana sekali pun kita tetap perlukan jurulatih walau secara tidak rasmi agar kita tahu apa yang kita wat tu xsalah
    Khairul Zamri recently posted…SeptemberMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge