pengalaman buruk dan idea bisnesKisah dari pengalaman buruk tercetus idea bisnes ini saya petik dari En Mohd Firdaus Mohamad yang merupakan salah seorang usahawan yang sering membaca blog hidupringkas ini sejak awal dulu. Dari blog, dia menghubungi saya dan minta untuk bertemu minum petang sambil borak hal bisnes.

Daripada blog inilah En Firdaus mengorak langkah memulakan perniagaannya sekarang. Elok juga kita baca perkongsian pengalaman beliau moga yang masih belum mulakan mendapat semangat yang sama untuk menjadi usahawan.

Beliau juga merupakan antara peserta awal yang mengikuti kursus mengora potensi niaga yang saya anjurkan dulu. Saya yakin En Firdaus mempunyai potensi tinggi untuk berjaya memandangkan sikapnya yang rajin berusaha dan suka belajar, Insyaallah.

Jom kita baca kisahnya…

Dari Pengalaman Buruk Tercetus Idea Bisnes!!! (part 1)

Tidak pernah terfikir sebelum ini yang saya akan terjun ke dalam dunia perniagaan..Hal ini disebabkan oleh saya dan isteri masing-masing dibesarkan oleh ibu dan bapa yang bekerja makan gaji..

Jadi, sedari kecik kami sudah dibiasakan untuk mempersiapkan diri untuk mendapat pekerjaan terbaik dengan makan gaji di tempat-tempat yang hebat..

Makan Gaji juga adalah satu sumber atau cara Allah memberi rezeki kepada hambaNYA dan juga boleh mendatangkan kemewahan..

Jadi janganlah kita bersikap skeptikal dengan menyatakan kerja makan gaji ini tidak bagus kerana ada insan yang hebat juga walaupun dengan makan gaji..

Bukan semua manusia ditakdirkan untuk mendapat perkerjaan yang mantap dan hebat bekerja makan gaji..tetapi sesetengah mereka langsung tidak mahu berusaha untuk melakukan perubahan diri dan kadangkala tidak sedar yang perniagaan mampu menjadikan seseorang yang lebih hebat berbanding ketika waktu makan gaji..

Begitu juga dengan saya, saya juga tergolong dalam sekelompok orang yang tidak hebat bekerja makan gaji, tapi masih terus makan gaji kerana tahu hanya itu sahaja cara saya untuk mendapat rezeki dari Allah dan tidak mahu merubah nasib..Sampai lah waktu isteri membeli tudung di salah sebuah butik terkenal di Seksyen 7, Shah alam..

Harga yang ditetapkan penjual Butik itu agak mahal walaupun selepas diskaun..Bila basuh setelah pakai tudung tersebut, kami dapati kualiti kain dan jahitan tepi amat tidak memuaskan..

Kami terfikir kalau dengan kualiti dan harga yang begitu pun Butik tersebut boleh ‘survive’, apa kata kalau kami tawarkan produk yang sama tetapi dengan kualiti kain dan jahitan tepi yang lebih baik di dalam pasaran..

Maka, bermula kisah kembara bisnes Huriya Malaeka Enterprise..

Dari Pengalaman Buruk Tercetus Idea Bisnes!!! (part 2)

Bermula Dengan Apa Yang Ada Di Tangan!!!

Sebelum ini..minda saya sering mengatakan yang untuk memulakan sesuatu perniagaan, kita perlukan sejumlah modal yang besar kerana banyak duit yang perlu dilaburkan untuk membuka kedai (sewa, ubahsuai dan peralatan)..dan dalam perkara ini saya tidak keseorangan kerana terdapat ramai lagi orang yang berfikiran sama dengan saya..

Sehingga suatu hari saya terbaca blog Mohd Shubhi Abdul (hidupringkas.com), dan ilmu perniagaan saya yang pertama adalah hasil daripada pembacaan di blog beliau..

Setiap hari saya akan cuba membaca setiap ‘entry’ yang beliau ‘post’ termasuk ‘entry-entry’ lama yang ada pada blog tersebut..

Akhirnya saya berjumpa dengan suatu ‘entry’ yang benar-benar menarik perhatian saya dan membuatkan saya bersemangat dan terus membuat keputusan untuk berniaga..

Pada ‘entry’ tersebut beliau menerangkan yang sebenarnya perniagaan seharusnya bermula dengan sekecil-kecil modal dan yang terbaik dengan apa yang ada di tangan..kerana modal bukan terletak pada jumlah wang yang kita ada, tetapi DIRI KITA adalah modal yang sebenar untuk memulakan sesuatu perniagaan..Beliau juga menunjukkan bagaimana beliau memulakan perniagaan beliau dengan meminjam RM2500 pada kawan beliau dan kini dapat membina empayar beliau sendiri..

Tanpa berfikir panjang, saya dan isteri mengeluarkan duit simpanan kami sebanyak RM1000 dan terus memulakan tanpa menoleh ke belakang lagi..Tapi……..

Rupanya banyak lagi yang kita perlu ada selain modal sebagai kelengkapan sebelum berniaga.. Dan itu lah perkara yang kami terlepas pandang yang membuatkan kami rugi pada 1st Batch jualan shawl Huriya..

Bersambung….

p/s : gambar adalah produk pertama keluaran Huriya..saksikan bagaimana kami ‘evolve’ pada bahagian seterusnya..

Untuk kisah seterusnya anda boleh ikuti FB beliau dengan klik di sini

Total
24
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

12 comments

  1. Tahniah en.firdaus & En.subhi. sebenarnya byk jasa penulisan En.subhi nie..saya pun berjaya yakinkan diri utk mulakan bisnes apabila selalu baca post blog ini.Harap penulisan & panduan dari En.subhi nie akn berterusan & amat berharap sang at dpt mengjadiri kelas bimbingan En.subhi..

    1. Terima kasih En Noh. Insyaallah saya cadang nak anjurkan semula bengkel perniagaan untuk mereka yang dah berniaga… boleh sertai nanti

    1. Malu rasanya membaca pujian tuan begitu, tak layak sebenarnya dengan status insan luar biasa dan genius. Harap-harap ianya satu gurauan sahaja. Terima kasih Tuan Hanafi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge