Perniagaan herba berpotensi tinggiKali ini saya nak buat kisah usahawan berjaya yang melahirkan ramai lagi usahawan berjaya

Ini perkongsian pengalaman perjalanan hidup sebagai usahawan seorang kawan baik yang merupakan salah seorang daripada sifu-sifu yang banyak mengajar saya.

Dia terlebih lama menjadi usahawan berbanding kawan-kawan yang lain, daripada perniagaan buku, perniagaan kaset ceramah sehinggalah perniagaan herba.

Sebenarnya, kawan saya inilah yang menjadi orang mula yang berjaya sebagai usahawan kaya-raya.

Hasil daripada kejayaannya dia mencurahkan wang dan juga ilmu pada ramai lagi kawan-kawan lain yang kini berjaya sebagai usahawan kaya-raya jauh lebih hebat daripadanya.

Daripada makan gaji berhenti jadi usahawan

Kawan saya ini pada asalnya ialah seorang pemuda yang suka membaca. Untuk memudahkan cerita kita namakannya sebagai Hambali. Dia berhijrah daripada kampung ke Kuala Lumpur dan bekerja sebagai kerani di Telekom dan kemudiannya berpindah ke JKR.

Kerjanya saban hari adalah menghabiskan buku yang dibeli hasil daripada gajinya di rumah sewaannya. Sebahagian besar duit gajinya digunakan untuk membeli buku sehinggakan rumah tumpangannya itu tidak ada katil atau tilam, apatah lagi perabut atau peralatan yang lain.

Berhenti kerja buat perniagaan kaset

Tidak lama bekerja makan gaji dia menjalankan perniagaan kaset separuh masa. Sebagai pemuda yang cintakan agamanya, dia melihat ruang untuk menyebarkan ilmu melalui kaset.

Dia sering ke ceramah dan pada waktu itu, belum ada lagi orang yang kreatif untuk membuat rakaman kaset ceramah. Lalu dibelinya perakam kaset dan bermulalah dia merakamkan semua ceramah yang diikutinya terutamanya daripada para penceramah yang hebat-hebat.

Selesai rakaman pada malam itu, keesokkan harinya dia akan mencetak beratus-ratus lagi rakaman dan memasukkan kaset ceramah tersebut ke dalam sarung yang siap berlabel dengan baik. Kemudiannya diedar dan dijualnya di pasaran.

Perniagaan kaset ceramah itu menjadi satu fenomena dan dia menjana wang tunai beratus ribu hasil daripada perniagaan tersebut. Dan dia akhirnya berhenti kerja dan berniaga sepenuh masa.

Buat perniagaan buku pula

Bila wang dah banyak, perniagaannya menjadi dan apa saja yang disentuhnya bertukar menjadi emas, dia membuka pula sebuah perniagaan buku.

Ini memberikan kepuasan padanya kerana sambil dia dapat membaca buku secara percuma, dia dapat juga menjana duit daripada buku-buku yang dijualnya. Perniagaannya laris dan dia mendapat dua lot kedai di dalam Perhentian Pudu yang memang terkenal dengan ramai orang bermusafir.

Perniagaan berjaya, tetapi tidak lokek

Oleh kerana tidak lokek ilmu dan wang, banyak wangnya didermakan pada urusan kebajikan.

Antara lain dia mengeluarkan duitnya sendiri untuk menubuhkan syarikat-syarikat pada kawan-kawannya dikampung agar mereka melibatkan diri dalam perniagaan.

Bukan setakat menubuhkan syarikat untuk mereka, dia juga mengajar dan memerah otak untuk memikirkan perniagaan pada rakan-rakannya itu dan juga membawa mereka berjalan serata tempat untuk melihat bagaimana orang lain berniaga.

Terlibat dalam politik, perniagaan dianak tirikan

Biasalah bila seseorang itu berjaya dan dikenali ramai, dia akan mula condong ke arah politik. Biasanya ia akan berlaku pada orang yang suka buat kebajikan dan menolong orang.

Bila ada wang, ada minat dan suka bantu masyarakat, politik menjadi pilihan untuk melakukan semua itu secara tersusun dan mulalah Hambali melebihkan aktiviti politiknya dari perniagaan.

Maka ligatlah Hambali berpolitik. Disalurkan semua wangnya untuk perjuangan politiknya tanpa ada sedikitpun rasa rugi dan berterusan sehinggalah dia bertanding dalam pilihan raya…dan kalah!.

Politik diteruskan juga selepas itu, namun perniagaannya mula menjadi malap, Wang keluar lebih banyak daripada wang masuk. Hartanah yang dibelinya hasil dari perniagaan sudah tidak dapat disara. Banyak bangunan yang dibelinya mula menjadi bebanan dan akhirnya tergadai begitu saja.

Perniagaan jatuh, penyakit mula melanda

Semuanya menjadi semakin kusut apabila dia diserang penyakit kencing manis. Barulah disedarinya budaya pulun berniaga sehingga tidak memperdulikan gaya hidup yang sihat telah menuntut ganjarannya.

Namun begitu, dia masih tidak putus asa. Otaknya masih ligat berfikir dan dengan wang yang masih ada dia mula mencari maklumat terhadap penyakit yang dialaminya.

Dikoreknya segala ilmu rawatan asalkan ianya bukan perubatan moden kerana bagi Hambali, ubat berupa dadah tidak berapa digemarinya dan tidak bagus untuk dirinya. Akhirnya dia menemui teknik rawatan Homeopathy.

Menjalankan perniagaan herba pula

Menjadi kelaziman hambali setiap yang dipelajari akan didalaminya dan dia terbang ke Indonesia untuk belajar perubatan Homeopathy dari Universiti di sana.

Diringkaskan cerita, dia balik semula ke Malaysia dan membuat sendiri ramuan ubat homeopathy untuk dirinya dan juga untuk dipasarkan pada orang ramai.

Disamping itu dia juga membuat perniagaan herba lain bagi merawat berbagai penyakit untuk dirinya sendiri dan juga untuk pasaran orang ramai. Berbagai buku dibacanya, berbagai petua dicarinya untuk merelisasikan ubat-ubatan herbanya.

Ringkasan cerita

Begitulah secara ringkas cerita seorang usahawan veteran yang sampi sekarang saya masih berhubungan. Banyak cerita jatuh bangunnya dan semuanya boleh dijadikan pedoman untuk mereka yang mahu memikirkannya.

Hambali tak pernah kering idea, memang ada banyak idea perniagaan yang boleh difikirkan tetapi untuk memilih perniagaan apa adalah sesuatu yang sukar.

Oleh itu kita boleh tiru cara Hambali dengan melakukan perniagaan yang mempunyai serampang dua mata. Memberikan kepuasan dan dalam masa yang sama menjana wang untuk kita.

Sebab itulah perjalanan perniagaan duku sehinggalah ke perniagaan herba sebenarnya adalah perjalanan kehidupan Hambali. Hambali sebenar tidak pernah bekerja, dia hanya melakukan apa yang dia suka….! anda bagaimana?, anda sedang bekerja atau sedang buat apa yang anda suka?

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

25 comments

  1. Best info tuan. Bernas dan memberi pengajaran supaya kita tidak leka dalam perniagaan. Saya rasa kunci untuk berjaya adalah fokus. 100% fokus kepada matlamat di depan.

  2. Salam,saya berminat ingin berniaga herba dan saya ada penyakit krncing manis,bagaimana caranya

  3. Saya sangat suka baca cerita seperti ini, harap hidup ringkas dapat membuat lebih banyak penulisan tentang perjalanan usahawan seperti ini agar boleh dijadikan bahan panduan dan pembakar semangat untuk semua orang. Terima Kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge