FullSizeRender (1)Sebelum ini saya ada tulis berkenaan masalah yang dihadapi oleh tidak kurang ramai juga orang. Mereka ada idea produk, ada idea niaga, tapi pening lalat sebab tak tahu kat mana nak mula.

Saya lihat ramai sangat yang beriya benar nak berniaga, ramai sangat yang beratur untuk ambil peluang bantuan pinjaman dari kerajaan, ramai yang datang menyertai program ilmu keusahawanan dan sebagainya.

Tapi malangnya mereka tersekat separuh jalan hanyalah disebabkan tak ada syarikat perniagaan yang didaftarkan.

Mula berniaga dengan daftar syarikat

Sebab itu saya nasihatkan anda di luar sana, yang amat berminat nak jadi usahawan dan menjalankan perniagaan segeralah pergi daftar satu syarikat perniagaan sekarang juga.

Itu adalah langkah mula paling mudah untuk dilakukan jika anda benar-benar nak jalankan perniagaan.

Baru-baru ini saya berikan sedikit penerangan kepada beberapa usahawan dan bakal usahawan yang datang menghadiri kursus asas perniagaan di Johor.

Dalam kursus tersebut ada beberapa peserta yang masih makan gaji. Mereka memang berazam nak berniaga satu hari nanti. Malah ada yang dah menjalankan perniagaan secara sambilan.

Bila ditanya dah daftarkan syarikat perniagaan atau belum, jawapannya adalah tidak !. Saya tanya dah berapa lama jalankan perniagaan secara part time dan dah berapa lama berazam nak jalankan perniagaan sendiri secara full time?

Ada yang jawab dah 3 tahun, ada yang dah 5 tahun dan ada yang kata dah lama. Yang pentingnya kat sini adalah mereka memang dah lama bercita-cita nak jadi usahawan jalankan perniagaan sendiri.

Tapi sampai sekarang masih tak ada sebuah syarikat perniagaan yang didaftarkan atas nama sendiri. Itu belum lagi saya tanya tentang akaun bank yang didaftarkan atas nama syarikat. Sudah tentu ada lagi ramai yang kantoi !.

Buka syarikat dengan buat pendaftaran adalah perkara mudah yang tidak memerlukan anda belajar tinggi melakukannya, Kosnya pula bukannya mahal sangat pun.

Tapi itupun tak boleh nak buat! macam mana nak jadi usahawan berjaya…?

Boleh mula berniaga jika ada 3 perkara

Ok ! kita hentikan bebelan dan kembali kepada tajuk asal yang nak saya kongsikan di sini. Iaitu untuk memberikan panduan bagaimana nak pastikan anda boleh mula berniaga dengan perkara paling asas.

Untuk membolehkan anda mula berniaga, terutamanya dalam zaman moden ini, anda tak perlu fikir macam-macam.

Cukup sekadar anda sediakan 3 perkara mudah yang disenaraikan di bawah ini:

  1. Produk atau servis
  2. Pelanggan yang bersedia menerima produk atau servis anda
  3. Terma dan cara pembayaran yang sesuai

Produk atau servis

Mungkin anda ada produk buatan sendiri. Mungkin juga anda ada produk kawan yang dirasakan baik. Mungkin anda ada kemahiran tertentu yang bermanfaat atau mungkin anda ada kenal orang tertentu yang ada kemahiran yang bermanfaat.

Tak kisah macam mana sekalipun samada anda yang ada atau orang yang ada, asalkan anda ada akses kebenaran untuk menawarkannya pada orang lain. Itu tandanya dah ada produk atau servis.

Jika anda seorang manusia normal, saya langsung tak dapat terima jika anda katakan tak ada sebarang produk atau servis yang anda fikirkan boleh dijual. Sumber produk atau servis terlalu banyak di sekeliling malah pada diri anda sendiri.

Ada permintaan

Jika ada orang yang bersedia untuk mendapatkan perkhidmatan atau membeli produk anda, ertinya produk atau servis itu ada permintaan.

Macam mana nak tahu samada ada orang nak beli produk kita atau tidak?

Tanyalah!

Tanyalah pada orang yang anda kenal, kawan, kawan kepada kawan, jiran, pembaca blog anda, kawan di FB, Twitter, Instagram atau lain-lain.

Lagi ramai yang berminat, lagi besar potensi permintaan terhadap produk atau servis yang mahu ditawarkan. Oleh itu, berusahlah untuk dapatkan maklum balas dengan bertanya.

Ingat! jangan syok sendiri!, jika anda suka pada sesuatu produk atau servis, tidak bermakna semua orang akan suka macam anda.

Tak ada kepastian selain daripada perlu bertanya dan dapatkan maklum balas terlebih dahulu sebelum terus terjun syok sendiri dan jual brang yang hanya anda seorang sahaja suka.

Sediakan terma dan cara pembayaran

Macam mana anda nak jual produk atau servis itu?

Adakah dengan tunai atau secara pertukaran barangan atau perkhidmatan lain?

Jika anda nak mulakan perniagaan berlandaskan internet, sediakan kemudahan pembayaran seperti PayPal dan seumpama dengannya.

Yang pentingnya orang mesti boleh buat pembayaran pada anda. Lagi banyak cara pembayaran boleh dilakukan, lebih mudah untuk anda lonjakkan hasil jualan.

Apakah anda sanggup menerima pembelian secara hutang?

Jika anda jenis yang banyak duit dan tak kisah jika orang tak bayar hutang, anda boleh mula beri hutang sejak awal berniaga.

Tapi jika nak jalan selamat, seeloknya elakkan memberi hutang. Anda baru nak berniaga, dan semua nilai wang adalah besar untuk anda walaupun satu sen. Oleh itu, elakkan beri hutang.

Paling bagus adalah dengan ambil duit terlebih dahulu, bila dah dapat baru hantar barang. Itu cara paling selamat.

Rumusan mula berniaga

Saya rumuskan kat sini 3 perkara mudah untuk anda mula berniaga:

  1. Sediakan barang atau produk
  2. Pastikan ada orang sanggup beli
  3. Sediakan terma dan cara pembayaran

Bila dah ada kesemua itu, anda dah boleh mula berniaga. Samada bawa ke sana sini dan jual secara fizikal, atau duduk depan komputer dan buat pemasaran melalui media sosial.

Nampak mudah sangat pulak bila sebuat begitu bagaimana nak mula berniaga.. mudah bukan? dah kalau mudah, buat ler …!

Total
30
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge