Pernah dengar pasal Fotor – Online Photo Editor and Design Maker?

Untuk mereka yang banyak bermain dengar design, atau yang banyak main kamera digital, Fotor ni memang amat berguna untuk mereka.

Saya tengok antara komen terbaik yang diberikan terhadap Fotor ni adalah dari laporan BBC News. Ia disebut sebagai alat menambah baik imej digital dan alat design terbaik generasi ke-2 selepas Photoshop.

Untuk orang yang dah biasa pakai photoshop tentu lebih faham keperluan atau kelebihan Fotor ini.

Saya pernah cuba nak belajar pakai photoshop. Masa zaman mula jatuh cinta pada kamera dahulu. Beli kamera Nikon D7000 dan jadi gila ambil gambar di merata tempat yang saya pergi.

Bila dah ada banyak koleksi gambar, nak kena belajar pulak macam mana nak perbaiki lagi gambar yang telah diambil. Masa tu dengar pasal photoshop. Cuba belajar tapi gibab sebab rasa agak sukar. Saya cuba sekerat jalan saja. Beralih arah pakai Lightroom pulak sebab lebih mudah dan ringkas.

Dihubungi Fotor untuk buat percubaan

Baru-baru ini saya mendapat e-mail dari Fotor. Mereka perkenalkan portal edit gambar mereka tersebut dan tawarkan peluang untuk saya mencubanya.

Kalau saya berkenan, saya boleh dapat akses untuk masuk sebagai pengguna pro. Mencuba dan kemudiannya bolehlah saya buat sedikit ulasan dalam blog saya.

Saya jawab setuju dan terus diberikan akses.

Selepas tangguh beberapa ketika dek kesibukan ke sana sini. Saya luangkan masa untuk mencubanya hari ini.

Bagaimana nak pakai Fotor

Bila masuk, ternyata ianya memang mudah dan selesa seperti mana yang mereka gambarkannya pada saya dalam e-mail. Ini ayat penuh di awal email yang saya dapat.

Fotor, an easy-to-use online photo editor and design maker. Fotor offers feature-rich photo editing tools and a broad range of preset templates, making it easy for bloggers, small business owners, startups, marketers, and entrepreneurs to create various high quality, professional visual designs in minutes.

Itu satu gambaran yang kuat dan kena pada sasarannya.

Kalau anda seorang blogger, pemilik perniagaan kecil, usahawan atau lain-lain seumpamanya, Fotor tentu dapat membantu dalam semua urusan terutamanya urusan pemasaran anda.

Macam mana nak cuba pakai Fotor?

Mudah saja. Masuk dengan klik kat Fotor ni. Daftarkan diri. Boleh terus guna secara percuma untuk buat perkara asas yang diperlukan.

Kalau anda rasa akses percuma tu asas atau basic sangat. nak guna kesemua kelebihan Fotor secara maksimum, boleh up-grade ke Pro dengan bayaran yang murah. Boleh bayar secara bulanan dengan harga USD8.99 sebulan. Atau bayar untuk setahun dengan harga hanya USD3.33 sebulan.

Memang murah sangat tu. Kalau ringgit naik lebih tinggi, kos itu akan jadi lebih rendah. Dalam keadaan sekarang mungkin agak tinggi. Tapi masih berbaloi rasanya dengan harga tu. Asalkan anda memang banyak menggunakan perkakasan mengedit dan design gambar.

Semua penerangan macam mana nak gunakan Fotor disediakan dalam portal mereka. Kena faham Bahasa Inggeris. Masih belum ada Bahasa Malaysia lagi saya tengok dalam pilihan Bahasa yang ada kat Fotor. Tapi kebanyakan rakyat Malaysia pandai Bahasa Inggeris, jadi itu bukan satu masalah besar.

Saya ada buat sedikit rekaan ringkas guna Fotor kat bawah ni ..

Mudah atau susah pakai Fotor

Saya baru cuba sikit-sikit. Sudah tentu bagi orang yang tak ada basic pasal edit gambar perjalanan untuk gunakan semua tools edit ni bukanlah mudah sangat. Perlukan kesabaran dan buat cubaan tubi.

Mungkin buat mereka yang dah ada pengalaman, Fotor adalah sesuatu yang sangat mudah untuk mereka.

Bagi usahawan yang nak jimatkan wang semuanya nak buat sendiri dalam keadaan serba kekurangan. Fotor boleh jadi alat berguna untuk anda.

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge