Dua syarat untuk jadi ketuaSemua orang kalau boleh nak jadi ketua. Kita orang lelaki selalu disebut sebagai ketua keluarga, bila berumah tangga kena bertindak sebagai ketua.

Orang yang berniaga juga perlu jadi ketua dalam syarikatnya. Kalau bekerja sendiri mungkin keperluan menjadi ketua itu tidak berapa perlu sebab namapun kerja sendiri, semua kerja dibuatnya sendiri.

Sebab itu seorang ahli perniagaan tidak sama dengan seorang yang bekerja sendiri terutamanya dari segi peranan menjadi ketua. Tak ada sebuah syarikatpun yang akan membesar selagi kita asyik nak bekerja sendiri.

Sebaik saja seseorang yang bekerja sendiri bertindak menjadi ketua, maka barulah syarikatnya akan mula bergerak membesar dan pergi lebih jauh.

Apa sebenarnya ketua

Siapa yang kita kata seorang ketua?

Secara ringkasnya seorang ketua mestilah ada pengikut. Siapa saja yang ada pengikut boleh diiktiraf sebagai seorang ketua. Oleh itu, jika anda ada syarikat dan ada pekerja, selagi pekerja anda ikut apa yang anda arahkan, maka anda layak dipanggil ketua.

Begitu juga dalam rumah tangga, selagi saranan atau arahan anda diikuti oleh anak bini, maka anda layaklah dipanggil ketua. Jika apa saja yang anda arah, tiada orang memperdulikannya, maka itu bukanlah tahap seorang ketua.

Jadi, untuk jadi ketua anda mesti ada pengikut. Dan pengikut itu pula dengan rela atau secara paksa mengikuti arahan yang anda berikan. Sebab itu jika anda nak besarkan syarikat mesti berupaya menjadi ketua kerana mahu tak mahu terpaksa mengambil pekerja untuk bekerja di bawah anda.

Apa syarat nak jadi ketua

Ada dua syarat sahaja untuk jadi ketua. Sebagaimana yang saya tuliskan di atas, pertamanya anda mesti ada pengikut yang dengar arahan dan ikut cakap anda. Untuk ada pengikut yang dengar arahan, anda mestilah ada keupayaan mempengaruhi orang lain untuk percaya dan mengikut arahan anda.

Keduanya anda mesti buat keputusan. Jika nak berikan arahan untuk melaksanakan sesuatu, anda mestilah mampu buat keputusan. Kalau tak ada apa-apa keputusan, tak perlu lakukan apa-apa arahan, sebab itu keupayaan buat keputusan mesti ada jika nak berikan arahan.

Jadi secara umumnya syarat nak jadi ketua adalah:

  1. Berupaya membuat keputusan
  2. Mampu mempengaruhi orang untuk laksanakan keputusan tersebut

Dengan dua syarat di atas anda layak dipanggil ketua. Terpulanglah samada anda nak jadi ketua yang baik atau ketua yang jahat, bergantung kepada keupayaan anda membuat keputusan.

Jika anda buat keputusan yang baik, lalu mengarahkan para pengikut buat keputusan yang baik itu, jadilah anda seorang ketua yang baik.

Sebaliknya jika anda buat keputusan yang jahat atau tidak baik dan mengarahkan pengikut untuk laksanakan keputusan jahat itu, maka jadilah anda seorang ketua yang jahat.

Macam mana nak jadi ketua bila pekerja tak ikut arahan

Antara masalah yang besar seorang usahawan hadapi adalah masalah para pekerja yang tak ikut arahan. Disuruh lain dibuat lain dan ada saja alasan untuk engkari arahan taukeh.

Jika jadi begitu, apa yang usahawan perlu lakukan?

Dalam keadaan begitu, taukeh itu telah gagal menjadi ketua kerana gagal mempengaruhi orang bawahnya untuk buat apa yang diputuskan. Tak akan maju syarikat jika keadaan begitu berterusan.

Usahawan yang berjaya akan melakukan apa saja asalkan dapat mempengaruhi orang bawahnya buat apa yang diperintahkan. Keupayaan menguasai ego penting dalam usaha mempengaruhi orang. Usahawan mesti fokus pada objektif dan buang emosi atau rasa megah diri dalam dirinya.

Tapi kalau buat begitupun para pekerja masih degil tak mahu ikut, buang saja kesemua pekerja sebegitu. Berikan mesej penting pada mereka bahawa anda perlukan pekerja yang nak dengar arahan, barulah anda boleh jadi ketua. Kalau para pekerja nak jadi ketua, eloklah mereka keluar dan bina perniagaan mereka sendiri.

Jadi ketua ketika temuduga pekerja

Sebab itu dalam usaha nak membina perniagaan kita mesti berhati-hati sejak dari awal dalam merekrut pekerja. Pastikan pekerja yang kita ambil berupaya mengiktiraf diri kita sebagai ketua.

Jika ada potensi dia tak iktiraf kita sebagai ketua, elok jangan ambil pekerja sebegitu. Penting untuk fahamkan pekerja yang direkrut sejak awal untuk memahami apa hala tuju syarikat.

Usahawan mesti berupaya mempengaruhi pekerja yang mahu direkrut untuk percaya kepada matlamat syarikatnya dan pekerja itu sanggup turut sama masuk untuk jayakan matlamat tersebut. Bukan masuk ke syarikat semata-mata disebabkan duit (tapi gaji mestilah diparas yang boleh diterima dan mencukupi).

Rumusannya adalah, jika anda nak jadi ketua dalam syarikat, anda mesti berupaya mencari jalan agar pekerja ikut arahan. Atau anda mestilah memilih para pekerja yang sanggup ikut arahan anda. Buatlah mana-mana satu yang mudah, insyaallah anda akan ketuai syarikat anda untuk berjaya.

Total
7
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge