remote controlSudahkah anda fulltime berniaga dan menjadi usahawan ?

Mungkin anda baru merancang untuk fulltime berniaga setelah lama menjalankan perniagaan secara parttime. Atau mungkin anda baru saja berhenti kerja untuk fulltime berniaga.

Khas untuk anda yang baru atau dah lama fulltime berniaga, juga untuk anda yang bakal menjadi usahawan, saya ingin berikan panduan yang amat penting untuk dijadikan sasaran besar pertama yang perlu anda capai sebelum mengejar apa saja sasaran yang lain.

Sasaran besar pertama fulltime berniaga

Dah ramai saya jumpa para usahawan yang sudah lama fulltime berniaga, bila ditanya apakah sasaran besar mereka sekarang, ada banyak jawapan.

Ada yang nak besarkan perniagaan dengan membuka banyak cawangan. Ada yang nak jadikan perniagaannya sebagai One Stop Centre dan berbagai lagi sasaran besar yang hebat.

Ok ! itu memang penting !.

Perlu ada satu sasaran hebat yang besar untuk menjadikan diri bersemangat meneruskan segala usaha sebagai seorang usahawan.

Tapi ada satu masalah yang saya temui setelah disemak kedudukan mereka dalam perniagaan. Masalahnya adalah berkenaan pendapatan usahawan itu sendiri setelah sekian lama fulltime berniaga.

Rata-rata usahawan yang punya impian dan sasaran hebat tersebut, masih gagal menjana pendapatan secara konsisten untuk diri mereka sendiri dengan amaun yang sepatutnya, apabila fulltime berniaga.

Jadikan pendapatan 5 angka sebagai sasaran besar pertama

Rata-rata usahawan ambil gaji dalam lingkungan beberapa ribu sahaja dari perniagaan yang mereka jalankan. Bukan tak mahu lebih, tapi tidak mampu ambil lebih dari itu.

Lebih parah lagi adalah, baki daripada semua kos dan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh syarikat, itulah jumlah yang menjadi gaji atau pendapatan usahawan itu. Bila kebas semua jumlah tersebut, tiada lagi apa yang tinggal sebagai baki keuntungan syarikat.

Dalam pada itu, mereka terlalu ghairah nak besarkan perniagaan, nak buka cawangan, nak buka francais, dan lain-lain lagi seumpamanya. Semua itu mahu dilakukan dengan cara mendapatkan hutang samada dari institusi kewangan kerajaan atau swasta.

Ramai yang tak sedar bahawa fokus utama yang perlu diberikan perhatian untuk dicapai terlebih dahulu adalah, bagaimana nak dapatkan gaji mereka sendiri sebanyak 5 angka, tidak kurang dari itu.

Ertinya, sasaran besar pertama yang usahawan fulltime berniaga mesti capai sebelum ghairah nak buat apa saja perkara lain adalah memastikan dia mendapat gahi sekurang-kurangnya sebanyak RM10 ribu sebulan secara konsisten.

Dan pastikan juga setelah syarikat mampu membayar gaji pada usahawan fulltime berniaga sebanyak RM10 ribu minimum, syarikat masih lagi mencatatkan keuntungan yang mencukupi untuk menyara masa depan syarikat.

Kenapa anda perlu ambil gaji 5 angka

Apa guna anda berenti kerja, tinggalkan segala potensi makan gaji yang ada dengan pendapatan yang stabil, dan berniaga sekadar untuk dapat gaji seribu atau dua ? Kalau awal-awal berniaga masih ok, tapi itu tak boleh berterusan sampai makan tahun demi tahun.

Lebih baik makan gaji kalau macam tu.

Bila anda dah dapat bawa balik sekurang-kurangnya RM10 ribu sebulan, dan syarikat masih ada untung yang mencukupi, daya tumpuan anda untuk membina syarikat menjadi lebih baik dan berjaya, akan menjadi lebih tinggi dan mudah.

Bila anda ada sasaran untuk dapatkan gaji 5 angka, minda akan mula bertindak lebih cekap untuk menjayakannya. Perancangan anda akan menjadi lebih serius dan tidak bercampur aduk dengan khayalan.

Anda tidak akan terjerumus untuk cuba menjadi  glamour dan terperangkap dengan budaya syok sendiri, sedangkan anda sendiri tahu pendapatan tidak seberapa walaupun kelihatan mewah dan bergaya serta sibuk konon.

Segala pertimbangan dalam merancang perniagaan dilakukan demi untuk menaikkan jualan, kurangkan kos dan membolehkan anda dapat gaji 5 angka dan syarikat masih ada untung. Jadi usaha yang hanya memberikan anda glamour, popular dan syok sendiri akan dielakkan seandainya hasil kewangan tidak ada.

Mula merancang untuk dapat gaji 5 angka

Kalau anda masih tak dapat bawa balik gaji 5 angka walaupun dah lama jadi usahawan fulltime, segeralah duduk dan buat perancangan anda sekarang.

Letakkan sasaran untuk bawa balik gaji RM10 ribu minimum bermula dari saat ini. Untuk membolehkan anda buat segala perancangan tersebut, perlu tahu dengan terperinci jumlah duit masuk dan keluar dalam perniagaan anda.

Anda mesti buat satu aliran kewangan perniagaan anda sekarang secara bulanan supaya boleh lihat samada RM10 ribu boleh dijadikan gaji tetap anda. Kalau tak boleh, buatlah unjuran berapa jumlah jualan dan berapa penjimatan kos yang perlu anda laksanakan supaya anda dapat sasaran tersebut.

Jika jualan masih tak cukup, ertinya aktiviti pemasaran dan strateginya masih belum berjaya dan perlu dipertingkatkan.

Perah otak anda untuk lebih kreatif atau dapatkan bantuan daripada mereka yang dapat membantu anda membuat perancangan pemasaran dan menyusun strategi.

Anda juga boleh mendaftar untuk mengambil khidmat HR Biz Coaching. Insyaallah jika perniagaan yang dijalankan sesuai, HR Biz Coaching akan memantu untuk melonjakkan perniagaan anda sehingga berjaya mencapai sasaran gaji 5 angka.

Total
61
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

  1. InsyaALlah,saya pun sedang berusaha! utk mendapatkan gaji 5 angka bukan mudah! Kerja keras secara konsisten sangat perlu.. doakan saya dan custom.my akan berjaya!

  2. Satu penanda aras yang bagus bagi saya. 10k agak lumayan. Mungkin ramai yang meletakkan tahap penerimaan sebanyak 2 kali ganda gaji sudah cukup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge