cheeseburger-1500x1000Untuk pastikan perniagaan sukses, anda perlu faham bahawa ada 2 perkara penting dalam bab melakukan kerja.

  • Sikap melaksanakan kerja. Samada secara malas atau dengan bersungguh-sungguh
  • Pilihan kerja. Samada memilih kerja yang betul atau kerja yang salah

Dari dua perkara penting tersebut di atas, anda boleh merangka 4 keadaan penting.

4 keadaan penting tersebut adalah:

  1. Tidak bersungguh-sungguh buat kerja yang salah
  2. Tidak bersungguh-sungguh buat kerja yang betul
  3. Bersungguh-sungguh buat kerjaya yang salah
  4. Bersungguh-sungguh buat kerja yang betul

Untuk berjaya ke tahap yang tinggi dan untuk jadikan perniagaan sukses, anda perlu pastikan bahawa cara no. 4 tersebut di atas yang menjadi pilihan untuk di amalkan.

Jika di tanya antara dua perkara tersebut di atas mana satu lebih penting dan diutamakan, sudah tentu memilih kerja yang betul adalah lebih utama berbanding melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh.

Berusaha untuk perniagaan sukses

Siapa yang tak mahu perniagaan sukses ?

Semua orang mahu. Samada orang itu pemalas, samada orang itu tak tahu buat kerja, atau apa saja kategori usahawan itu, dia tetap mahukan agar perniagaannya sukses.

Antara dua sebab paling utama yang menyebabkan perniagaan tak sukses adalah berkaitan dengan apa yang saya berikan di atas tadi,

  • Buat kerja main-main
  • Pilihan kerja tak betul

Biasanya anak orang kaya yang ada modal banyak tak habis-habis, akan terjebak dengan buat kerja main-main.

Tapi untuk orang miskin macam saya dan sebahagian besar para usahawan yang sedang bertungkus lumus mencari sesuap nasi di luar sana, mereka terjebak dengan masalah kedua, buat pilihan kerja yang tak betul.

Ramai yang tidak dapat dinafikan amat kuat buat kerja. Mereka berusaha dengan perniagaan selama bertahun-tahun, tetapi masih ditakuk lama juga. Sekadar dapat terus hidup dan cukup makan.

Masalah mereka bukan pemalas, tapi silap dalam memilih kerja paling utama untuk dilaksanakan terlebih dahulu.

Contoh mudahnya begini,

Jika anda buka kedai pomen kereta, kerja yang menjadi pilihan utama anda adalah kerja pegang skrew dan sepana dan pomen kereta.

Kalau awal tahun pertama berniaga begitu masih boleh dikira ok, tapi kalau sampai 3,4 atau 5 tahun masih macam tu, ertinya anda tak tahu bahawa ada kerja lain yang jauh lebih penting daripada pegang sepana dan skrew drebar.

Sebagai usahawan yang membuka bengkel membaiki kenderaan, dia perlu pilih kerja sebagai seorang usahawan dan bukannya kerja sebagai seorang pomen.

Kerja utama untuk perniagaan sukses

Saya selalu tulis pasal perkara ini. Tapi tak apa, tulis sekali lagi sebab ia memang perkara asas yang tak perlukan anda menjadi seorang saintis bagi memahaminya.

Tapi walaupun ianya amat mudah, masih ramai yang terlepas pandang dan tak buat, perkara tersebut adalah:

  • Bina diri – Tanam tabiat baik untuk berjaya
  • Jaga kewangan – Catat segala perjalanan wang keluar masuk dan baca perubahan serta buat perbandingan.
  • Urus pekerja – Untuk urus pekerja, anda mesti terlebih dahulu punyai daya kepimpinan. Jangan harap pekerja nak ikut anda kalau perangai macam sewel dan tak ada visi perniagaan dan hidup yang diperjuangkan
  • Urus pemasaran – Bagi tahu seramai mungkin tentang perniagaan anda dan kelebihan perniagaan tersebut supaya mereka ada potensi untuk datang dan mencuba. Beritahu dengan betul supaya semua orang faham dan tidak berlaku salah sangka.
  • JUAL – Jual dan jual dan jual. Selagi perkara ini tidak berlaku, selagi itu anda tak patut rasa lega.

Ada 5 perkara yang saya berikan di atas. Ia adalah asas. Wajib buat dan tidak boleh diabaikan walaupun salah satu darinya.

Bersungguh-sungguh untuk perniagaan sukses

Jika anda seorang usahawan, sekarang tanya diri sendiri apakah anda sudah buat kelima-lima perkara tersebut di atas ?

Bagi yang rasa keliru dan tak yakin, persoalan pertama yang timbul adalah macam mana nak buat semua 5 perkara tersebut?

Dari situlah datangnya perkara kedua yang saya sebut pada mula tadi. Perlu bersungguh-sungguh dan jangan jadi pemalas.

Jika tak tahu atau keliru, pastikan anda berusaha pergi tanya orang yang tahu. Kalau tak kenal orang pergi beli dan baca buku yang menerangkannya dengan jelas.

Sudahlah !

Jangan ulang sikap seperti mana anda belajar di sekolah atau universiti dahulu.

Nak skor dapat anugerah Dekan, anugerah Pengarah dan sebagainya, tapi tak faham pelajaran, tak ada pula berusaha pergi tanya.

Masa sekolah dahulu juga macam itu. Satu habuk tak faham apa cikgu kata dan ajar di depan tu, tak pula ada usaha untuk bertanya supaya faham.

Itu sebab utama masa sekolah gagal. Kalau lepas pun cukup makan saja. Nasib baik peperiksaan jenis ada pilihan A,B,C.

Bila dah berniaga sekarang janganlah ulang sikap sebegitu. Ini urusan periuk nasi anda dan urusan membina kehidupan anda.

Bukan saja kehidupan anda sendirian, malah anak dan isteri juga terlibat. Begitu juga dengan saudara mara serta masyarakat sekeliling.

Oleh itu perlu bersungguh-sungguh untuk perniagaan sukses.

Masih tak faham

Ada yang bertanya apa makna bersungguh-sungguh tu ya ?

Tudia aih !!! itupun tak faham ? Tapi tak apa, memang betul tu. Kalau tak tau kena tanya.

Untuk memudahkan anda faham, kalau nak tahu bersungguh-sungguh tu macam mana, kenalah pergi berkawan dengan orang yang perniagaan mereka sukses.

Kenalah pergi beli dan baca buku biography orang berjaya. Perhatikan apa yang mereka buat untuk berjaya.

Gabungan 2 perkara untuk perniagaan sukses

Saya ringkaskan di sini sekali lagi kalau nak pastikan perniagaan sukses, anda mestilah gabuangkan dua perkara penting di bawah.

  1. Pilihan kerja yang betul
  2. Buat bersungguh-sungguh

Pastikan anda mulakan dengan merancang untuk tentukan mana satu kerja paling penting untuk dilaksanakan terlebih dahulu.

Kemudian bila dah buat keputusan, buatlah urusan tersebut dengan bersungguh-sungguh.

Total
11
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

8 comments

  1. saya membuka perniagaan perkhidmatan iaitu mengajar al-quran. saya telah berkecimpung dalam bidang ini sudah hampir 9 tahun.namun saya masih belum dapat menstabilkan perkhidmatan saya.saya gagal membawa sewa dan gaji guru.malahan pendapatan bulanan yang saya dapat juga tidak mampu menampung jumlah liabiliti yang saya tanggung (sewa,bil2 dan gaji guru)tolong bantu saya.siang malam saya bekerja.namun saya masih lagi ditakuk lama.
    hubungi saya di 01140227574

  2. Bersyukurlah kita semua umat muslim mengenal Nabi Muhammad, Beliau ada 4 sifat yang bisa kita teladani.
    1. Shiddiq (Benar)
    2. Amanah (Dapat di percaya)
    3. Thabligh (Menyampaikan)
    4. Fathonah (Cerdas)
    Saya rasa di dalam sifat nabi bisa untuk di aplikasikan dalam berniaga. InsyAllah sukses. Salam dari kami
    katon sumargi recently posted…Gerhana matahari total 2016My Profile

  3. Ya setuju dgn tuan….tetapi minat sahaja tidak cukup utk melaksanakan perniagaa….pilihan juga ada peranannya…
    Dan ada 10 elemen penting sistem Sya
    ..jom buat checklist di blog saya…jom jom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge