robot ganti manusiaSatu hari nanti, kita mungkin akan lihat para usahawan mula guna robot pelayan untuk gantikan manusia sebagai tenaga kerja mereka.

Fenomena ini mula berlaku di negara jiran kita Singapura.

Negara tersebut telah mengetatkan proses pengambilan tenaga kerja asing dalam memenuhi keperluan tenaga kerja. Mereka terpaksa buat begitu sebab dilanda masalah kebanjiran orang asing yang semakin meningkat.

Oleh itu, untuk atasi masalah tak ada pekerja, ada restoran yang mula guna robot sebagai pelayan di restoran mereka. Salah satu contoh kedai makan yang mencuba penggunaan robot adalah seperti Chili Padi Nyonya Cafe.

Restoran tersebut menggunakan robot sebagai pekerja bagi membersihkan meja, mengangkat pinggan mangkuk dan membawanya ke dapur untuk dibersihkan. Jika anda pergi ke restoran tersebut, anda boleh lihat robot berlegar dicelah-celah pelanggan melakukan kerja mereka dengan mengeluarkan suara kanak-kanak.

Guna robot ganti manusia

Sama macam negara kita juga, tenaga kerja untuk industri yang rendah gajinya dimonopoli oleh orang luar. Kita boleh lihat ramai para pekerja dari Indonesia dalam banyak perniagaan sekarang. Para pelayan restoran kebanyakannya adalah orang luar, begitu juga dalam sektor peruncitan yang memerlukan ramai pekerja bawahan.

Jika kerajaan mula ketatkan proses ambil yenaga kerja luar, tidak mustahil satu hari nanti para usahawan kita juga terpaksa beralih arah untuk guna robot sebagai tenaga kerja mereka.

Penggunaan robot sebenarnya sudah menjadi perkara biasa dalam industri pembuatan di kilang-kilang berteknologi tinggi. Dalam kilang kenderaan terutamanya, robot dah lama digunakan.

Tapi dalam industri peruncitan dan kedai makan, penggunaan robot adalah sesuatau yang baru, walaupun negara seperti Jepun dan Eropah dah mula berkerja keras ke arah itu.

Potensi bisnes buat robot pelayan

Kerajaan Singapura dah mula bergerak ke arah usaha membuat robot bagi menggantikan tenaga kerja yang menjadi masalah besar di sana. Kerajaan mereka telah meluluskan bajet peruntukan sebanyak RM1.35 billion untuk itu. Dana tersebut akan digunakan untuk kerja-kerja RnD dalam tempoh 3 tahun.

Sekarang dah ada banyak industri yang dah mula guna robot di Singapura. Antaranya adalah dalam industri hospital dan juga kedai makan. Tapi robot hanya digunakan untuk kerja-kerja mencuci dan pembersihan saja.

Robot yang digunakan oleh Chili Padi Nyonya Cafe, yang saya sebut di atas tadi dibina oleh sebuah syarikat bernama Unitech Mechatronics. Syarikat itu sudah tentu berpotensi untuk menggerakkan perniagaan mereka ke arah eksport ke negara luar selepas ini.

Bagi para usahawan di negara kita yang pandai bidang robotik ini, mungkin boleh pertimbangkan bisnes buat robot ganti manusia sebagai tenaga kerja. Kerajaan tentu boleh bantu dengan memberikan dana yang besar kalau anda ada kemahiran sedemikian.

Sumber gambar dan berita kat sini

Total
15
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge