Halangan tingkatkan perniagaan – Hilang minat

By | 28/02/2013

Semua usahawan yang menjalankan perniagaan pasti mahukan perniagaannya sentiasa berkembang. Tidak hairanlah saban waktu para usahawan akan berusaha untuk memastikan perniagaannya berkembang naik.

Namun begitu setelah proses peningkatan berlaku, setiap perniagaan samada lambat atau cepat akan sampai pada satu peringkat di mana segalanya mula terhenti dan tidak bergerak naik lagi. Ini bermakna ada perubahan yang wajib dilaksanakan bagi meningkatkannya semula.

Perubahan yang perlu dilaksanakan itu berbagai. Mungkin ia bersangkutan dengan cara kita mengurus, mungkin kerana pendedahan pada prospek pelanggan tidak cukup, mungkin hala tuju perniagaan itu sendiri yang perlu diubah.

Salah satu masalah besar yang dihadapi pada perniagaan yang sudah terhenti berkembang adalah berpunca daripada pemiliknya atau Taukeh sudah kehilangan minat terhadap apa yang sedang dilakukannya.

Cuba perhatikan soalan-soalan di bawah:

  • Anda sudah rasa keletihan dan tiada lagi motivasi diri untuk pergi lebih jauh: Ya/Tidak
  • Sering bertanya pada diri sendiri, kenapa aku perlu pulun dan ambil peduli sangat pada perniagaan ini: Ya/Tidak
  • Kawan-kawan mula perasan dan menegur keadaan anda yang kelihatan seperti tidak ceria, kurang sihat dan tiada semangat: Ya/Tidak
  • Anda kelihatan dan merasakan tidak sibuk dan anda sendiri tidak kisah untuk menyibukkan diri: Ya/Tidak
Jika anda menjawab ‘Ya’ pada lebih daripada satu soalan di atas, ini menunjukkan anda perlu melakukan perubahan pada tahap kesungguhan dan minat anda.
Apa yang menarik berdasarkan maklumat yang didapati daripada mereka yang menjalankan kajian terhadap perniagaan yang mahu dijual oleh Taukehnya. Mereka mahu menjual perniagaan tersebut disebabkan sudah rasa letih dan habis tenaga.
Walaupun perniagaan tersebut menguntungkan, namun pemiliknya merasakan ianya tidak mencukupi setelah segala tenaga dan ideanya dicurahkan untuk meningkatkan perniagaan tersebut. hasilnya mengecewakan dan semangat serta motivasi mula luntur.
Bagaimana mengembalikan semangat yang hilang (Macam lagu XPDC pulak!)
Berikut saya ringkaskan beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut:
  1. Cuba bertanya pada diri anda sendiri, ‘keseluruhannya, adakah aku berada di dalam perniagaan yang betul sebagaimana yang aku mahu?’. Cuba cari sudut dalam perniagaan yang sedang anda lakukan itu yang mampu menaikkan ghairah anda semula. Ambil masa dan fikirkan secara mendalam terhadap perkara ini.
  • Jika anda letih sebab terlalu banyak masalah dalam perniagaan, relak. Susun semula dan selesaikan satu persatu. Semangat anda akan kembali semula.
  • Jika anda benar-benar tak boleh selesaikan rasa kusut untuk melihat semua lapangan dalam perniagaan anda, rekrut seorang General Manager untuk ambil alih tempat anda dan anda boleh tumpukan pada satu atau duia perkara yang mendatangakn minat sahaja.
  • Jika anda masih tidak dapat sebarang sebab untuk menarik minat anda semula terhadap perniagaan yang dijalankan, jalan terakhir adalah dengan keluar darinya. Letakkan sasaran untuk menjual perniagaan tersebut dalam tempoh 12 bula dari sekarang. Bina dengan baik agar perniagaan tersebut dapat dijual dengan harga yang tinggi.
  • Jalani kehidupan yang seimbang. Ini merupakan masalah paling besar yang dihadapi oleh kebanyakan para usahawan. Mereka begitu berminat dan bersemangat untuk menjaga perniagaan mereka sehingga mereka terlupa untuk menjaga diri mereka sendiri. Jangan buat kesilapan begini dan perbetulkan semula gaya hidup dengan:
    • Lihat cara anda makan. Elakkan makanan yang tidak berkhasiat dan mendatangkan penyakit. Jangan makan berlebihan ikut nafsu. Bersederhanalah dalam aktiviti makan dan pastikan ianya seimbang. jangan lupa makan buah, sayur dan lian-lain. Sila dapatkan maklumat tentang permakanan yang betul.
    • Jangan hisap ganja, minum arak atau apa-apa yang seumpama dengannya. Elakkan diri anda dari terjebak ke lembah ketagihan. Kawal aktitiviti seperti itu dari menyelubungi diri.
    • Adakah anda melakukan senaman secara tetap?, jika tidak, segera atur jadual kehidupan dengan memasukkan jadual untuk bersenam. Berjalan kaki di taman yang permai selama 30 minit sehari adalah satu permulaan yang baik.
    • Bagai mana dengan aktiviti rehat tidur anda? susun agar ia menjadi normal dan anda mendapat rehat yang secukupnya. Ramai usahawan yang tidak memperdulikan masa tidurnya. Mereka bertukar menjadi seperti mesin. Akibatnya jiwa menjadi mudah tertekan dan senag naik darah.
  • Berfikiran positif dan mangambil tanggung jawab penuh terhadap kehidupan anda dan hentikan menyalahkan orang lain selain dari diri anda sendiri.
  • Mula berbuat sesuatu dengan menyenaraikan 5 perkara yang anda perlu lakukan bagi memperbaiki perangai anda atau perniagaan yang anda jalankan. Mula laksanakan satu daripada 5 perkara tersebut secepat mungkin.
  • Hilang minat terhadap perniagaan merupakan perkara penting yang perlu diselesaikan dengan kadar segera. Tidak guna anda cuba menyelesaikan masalah lain dalam perniagaan seandainya minat sudah tiada. Oleh itu jika anda sedang menghadapi masalah ini, pastikan ia diselesaikan terlebih dahulu sebelum melihat pada perkara atau masalah lain.
    Jika anda tidak dapat melakukannya sendiri, sila dapatkan tunjuk ajar saya melaui program HR Biz Coaching yang saya tawarkan. Selamat berfikir!!!
    Author: Shubhi

    Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

    4 thoughts on “Halangan tingkatkan perniagaan – Hilang minat

    1. kecewa

      Saya nak meniaga tapi modal takde lepas tu pulak org sekeliling sy x membantu sgt. Bknnya nk mintak duit tp bagilah semangat sikit, ni tak bagi jatuh semangat tu adelah

      Reply
      1. Mohd Shubhi Abdul

        Itu perkara biasa. Jangan ambil kisah dan jadikan maklumat tersebut sebagai tanda bahawa anda perlu tukar kepada lingkungan orang sekeliling yang baru…

        Reply
    2. Mohd Zaki

      Kadang-kadang tu, kita berniaga ni hanya nak untung semata-mata…itu yang hilang minat. Tapi cuba kita bayangkan kalau kita berjaya dalam perniagaan, kita boleh beri peluang pekerjaan kepada orang lain, Kita dapat membayar Zakat Perniagaan dan Kita boleh sedekah lagi banyak sebab keuntungan kita dapat berlipat kali ganda…

      Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge