© Ed Gregory 2011Ada di kalangan pembaca di blog ini yang memang dah menjalankan perniagaan. Ada yang dah berniaga kurang setahun, ada yang dah lebih setahun. Ada juga yang dah lima tahun malah ada yang dah melebihi 5 tahun.

Untuk semua yang dah jalankan perniagaan, soalan paling penting yang anda mesti mampu jawab adalah,

“Berapakah hasil jualan syarikat anda sebulan ?”

Jika soalan di atas tidak dapat di jawab, anda sedang berada dalam satu masalah yang paling besar dalam menjalankan perniagaan.

Adalah tidak patut sebagai seorang peniaga, tidak dapat menjawab soalan penting tersebut, tetapi samada anda percaya atau tidak, ramai usahawan yang saya jumpa dari Perlis hingga ke Johor sampai ke Sabah sana, tak dapat jawab soalan mudah itu !.

Apakah punca utama tidak tahu hasil jualan syarikat

Ada banyak sebab kenapa seseorang usahawan tidak ambil tahu perihal hasil jualan syarikat perniagaan mereka. Berikut adalah sebab yang paling popular diberikan pada saya,

  1. Tak kira – ada usahawan yang memang tak ambil peduli untuk buat kiraan terhadap hasil jualan perniagaannya. Biasanya usahawan dari industri teknikal dalam bidang perkhidmatan seperti workshop sering amalkan sikap sebegini.
  2. Tak sempat kira – Ada usahawan yang keluarkan resit atau bil setiap kali selesai kerja dan pelanggan membuat bayaran. Tetapi resit tersebut tidak diuruskan dengan baik berselerak dan akhirnya hilang sebelum sempat dikira.
  3. Sibuk buat kerja – oleh kerana sibuk, mereka akan ambil cash saja dan masukkan dalam poket. Tiada resit atau lain-lain bukti penerimaan wang sebab terlalu sibuk (kononnya) walaupun untuk memegang pen dan menulis.
  4. Isteri tolong uruskan – Ini juga alasan popular daripada usahawan teknikal. Mereka akan kata isteri yang mengambil tugasan semua kiraan dan semua maklumat ada pada isteri. Paling parah adalah isteri sebenarnya kerja makan gaji dan memang tak ada masa untuk tolong buat semua kerja itu. Kalau benarpun isteri yang buat, itu bukan alasan suami / usahawan tak ambil tahu.
  5. Belum kira – Alasan belum kira ini berlarutan sampai berbulan-bulan. Mereka sibuk mengalahkan perdana menteri.
  6. Malas nak kira – ini usahawan yang berterus terang dan tidak rasa mengetahui hasil jualan syarikat dapat memberikan apa-apa faedah pada perniagaannya. Kebanyakan daripada mereka amat pasti bahawa untuk membesar dan maju, mereka perlu diberikan ‘Dana’ oleh kerajaan.
  7. Tak ingat – ramai juga usahawan yang berikan jawapan sebegini. Samada memang benar-benar tak ingat sebab hasil jualan terlalu tinggi atau sebab tak kira.
  8. dll

Hasil jualan syarikat dah tepu

Bagi mereka yang ambil tahu hasil jualan syarikat pula biasanya mempunyai perniagaan yang stabil dan maju jauh ke depan berbanding rakan-rakan lain.

Masalah yang dihadapi oleh golongan ini adalah keadaan hasil jualan syarikat yang mendatar tidak berkembang. Ada yang mengalamai keadaan sebegitu lebih dari setahun dan ada juga yang sampai 5 tahun.

Hasil jualan syarikat biasanya berbagai-bagai, ada yang menjana RM10 ribu sebulan, ada  yang dapat RM20 ribu, RM30, RM50 dan ada juga yang menjana lebih dari RM100 ribu.

Yang tak seronoknya adalah mereka yang mengalami keadaan hasil jualan tepu sedangkan hasil jualan hanyalah sekitar RM80 ribu ke bawah.

Dengan hasil jualan di bawah RM80 ribu, ertinya syarikat tepu tidak naik lagi untuk mencapai hasil jualan sebanyak RM1 juta setahun.

Data daripada UK mendapati hanya 1 daripada 1000 usahawan akan menjana pendapatan sebanyak 1 juta pound setahun.

Saya tak pasti bagaimana data para usahawan kita di Malaysia, tapi saya amat yakin situasinya adalah sama saja.

Ertinya dalam seribu usahawan Malaysia, hanya seorang sahaja yang mampu mencatatkan hasil jualan syarikat sebanyak RM1 juta setahun.

Anda yang berniaga kat luar sana macam mana? kat mana tahap tepu hasil jualan perniagaan anda? dan dah berapa lama keadaan itu berlaku?

Kenapa hasil jualan syarikat tepu?

Persoalannya adalah kenapa hasil jualan syarikat tepu mendatar tidak naik-naik lagi walaupun setelah diusahakan dengan berbagai cara?

Itulah soalan yang saya kemukakan pada semua para perserta program bimbingan perniagaan saya baru-baru ini di negeri Johor. Dan anda di luar sana yang bukan peserta bimbingan tentu nak tahu juga.

Jawapannya adalah sangat mudah.

Apa yang ada tahu, apa cara yang anda buat selama ini, hanya membawa anda ke tahap yang ada sekarang sahaja.

Oleh itu, kalau nak meningkat ke atas, kalau nak gandakan hasil jualan syarikat perniagaan anda sekarang, perlu kepada satu rombakan cara fikir dan cara kerja yang berbeza daripada amalan biasa selama ini.

Bagaimana nak buat rombakan pada cara fikir dan cara kerja anda sekarang?

Paling mudah adalah dengan membayar dan dapatkan khidmat bimbingan seorang Coach.

Anda boleh mendaftar jika berminat untuk mendapat bantuan Coach daripada HR Biz Coaching. Klik di sini untuk mendaftar.

Kalau tak sanggup melabur untuk mendapatkan bimbingan daripada seorang Coach, anda juga boleh buat sendiri semua perubahan tersebut. Ia memerlukan disiplin yang amat tinggi.

Anda juga perlu ada mentor, atau penasihat (percuma) dari seorang yang berpengetahuan dan berpengalaman yang berada di luar daripada industri anda.

Pastikan berjumpa secara rutin seeloknya sekali sebulan untuk berbincang dengan mentor anda bagaimana perubahan dapat dilakukan.

Adalah penting untuk ada seorang mentor yang berada diluar syarikat kerana dia dapat melihat keadaan syarikat dan diri anda dari luar kotak di mana usahawan sedang duduk di dalamnya.

Cuma masalahnya, tak ramai orang yang ada masa percuma dan sanggup luangkan masa dengan disiplin sebulan sekali untuk mendengar dan berbincang bagaimana nak majukan perniagaan anda.

Cari pendekatan baru untuk baiki hasil jualan syarikat

Walau apapun yang ada dalam fikiran anda sekarang, tak ada cara lain untuk tingkatkan hasil jualan syarikat selain daripada melakukan perubahan terhadap cara fikir dan cara bertindak anda sekarang.

Mulakan dengan membuat senarai amalan pengurusan perniagaan anda. Dapatkan maklumat bagaimana orang lain yang lebih berjaya melaksanakannya dan bandingkan dengan cara anda sekarang.

Tak perlu nak buat perubahan yang terlalu besar. Cukup sekadar satu perubahan kecil sebagai permulaan. Kenal pasti apakah perubahan kecil itu dan lakukannya.

Anda akan merasa tak selesa dan kekok pada permulaan sebelum dapat membiasakan diri dengan cara baru tersebut. Jika jadi begitu, jangan putus asa, teruskan sampai selesa dan tidak kekok lagi.

Apabila dah selesa, cari satu lagi perubahan kecil dan laksanakannya sampai selesa. Dan begitulah seterusnya sedikit demi sedikit. Insyaallah anda akan dapati hasil jualan syarikat akan mula meningkat. Selamat mencuba.

Nota: Semalam saya berada di Johor Bharu dan sekarang saya berada di Muar sedang menunggu usahawan untuk sesi bimbingan Fasa ke-2, sesi kedua. Insyaallah, jika para usahawan di Muar dan Johor Bharu ikuti panduan dan penerangan yang diberikan, peningkatan akan berlaku pada perniagaan yang mereka sedang usahakan sekarang. Yang pentingnya ada kemahuan dan keazaman untuk maju.

Total
25
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

8 comments

  1. tempat saya bekerja syarikat menjana pendapatan jualan (bukan untung) dalam RM15x,xxx dalam sebulan dan setahun lebih kurang RM1.5 juta..saya tahu sebab saya yang kira setiap hati..cuma untung sahaja pihak pengurusan sembunyikan dari pengetahuan kami.
    mrhanafi recently posted…Dilema Nak Pilih Yang TerbaikMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge