HR Biz Coaching – Memulakan perniagaan atau gandakan perniagaan

By | 28/02/2013

Khidmat Bimbingan Peribadi Usahawan 

HR Biz Coaching menawarkan khidmat bimbingan usahawan secara peribadi empat mata kepada para usahawan yang menghadapi masalah melayari dunia keusahawanan mereka.

HR Biz Coaching menggunakan konsep hidup ringkas yang diamalkan sendiri oleh pengasasnya selama berkecimpung dalam dunia perniagaan, yang mudah dan berkesan.

Dengan HR Biz Coaching, anda akan dibimbing untuk menjadi usahawan yang berjaya menjadikan perniagaan sebagai gaya hidup anda.

Hampir semua teknik yang digunakan dalam HR Biz Coaching adalah ringkas dan mudah. Ia tidak memerlukan anda berpendidikan tinggi untuk memahaminya.

Apa yang penting adalah anda mestilah bukan daripada golongan mereka yang suka menunjuk-nunjuk kehebatan atau kekayaan pada orang lain.

Jika anda bersetuju dengan cara itu, maka HR Biz Coaching adalah pilihan terbaik untuk anda.

Program yang ditawarkan dalam HR Biz Coaching

Ada dua kumpulan sasaran yang HR Biz Coaching akan berikan khidmat bimbingan terbaik untuk membentuk mereka menjadi usahawan yang berjaya:

  1. Kumpulan pertama:
    • Mereka yang sedang makan gaji tetapi ada perancangan untuk berhenti kerja dan berniaga.
    • Para Coaches dari HR Biz Coaching akan membantu golongan ini mencapai hasrat mereka agar keputusan yang dibuat dan langkah yang diambil tidak bertukar menjadi mimpi ngeri.
  2. Kumpulan kedua:
    • Mereka yang sudahpun berniaga sepenuh masa tetapi tidak berpuas hati dengan tahap perniagaan yang ada.
    • Para Coaches dari HR Biz Coaching akan membantu usahawan menggandakan perniagaan mereka dan meletakkan semula perjalanan serta pengurusan perniagaan pada landasan yang betul.

Untuk makluman, program yang ditawarkan untuk kumpulan pertama iaitu mereka yang belum berniaga lagi adalah:

  • Kursus satu hari memahami erti perniagaan dan menilai potensi idea perniagaan yang mahu dijalankan oleh bakal usahawan.
  • Program ini akan dianjurkan dari masa ke masa dan akan diumumkan di Blog ini jika ianya dianjurkan.
  • Anda dinasihatkan untuk mendaftarkan diri dalam Kelab Hidup Ringkas agar pengumuman bila ada sampai ke dalam inbox email anda.

Untuk kumpulan sasaran kedua pula, iaitu mereka yang dahpun berniaga, program bimbingan secara peribadi ditawarkan seperti berikut:

  • Fasa 1 – Kursus asas perniagaan dan pengiraan potensi pasaran perniagaan yang sedang dijalankan oleh usahawan.
  • Fasa 2 – Bimbingan secara peribadi setiap bulan selama 12 bulan. Usahawan akan bersama dengan Coach dari HR Biz Coaching sekali setiap bulan berbincang dan merangka sasaran dan strategi bagi membuat perubahan dan kemajuan pada perniagaan yang dijalankan.

Untuk mereka yang dah menjalankan perniagaan dan merasakan perniagaan sudah berada di peringkat tepu tiada peningkatan lagi, anda boleh dapatkan perkhidmatan HR Biz Coaching dengan Klik di sini.

6 thoughts on “HR Biz Coaching – Memulakan perniagaan atau gandakan perniagaan

  1. aznita

    untuk program bimbingan ada bayaran n tempoh tu sepenuh masa ke

    Reply
  2. cikgu dr johor

    salam tuan,
    saya nk minta jasa baik tuan nk bljr berniaga….saya buntu nk buat biz apa… MLM dah 2 kali buat… tp ssh sgt nk manage masa coz sy ade kje full time klu dah blik kul 3 pagi ngn baby kecik lgi…. say x nk fail sbg ibu tolonggglaaaa…..dlm ms yg sama sy byk tjwb pd kluarga yg dah terabai slma sy bkwin….sy MESTI berniaga!! tolongla ajar sye,,,,, saya sggup buat apApun….

    Reply
  3. Anonymous

    Tuan… Tak mahu terima saya ke sebagai pelajar tuan ? Apapun,saya sangat berharap dan masih setia menunggu.
    AA-raub.

    Reply
  4. Anonymous

    Tuan… Jangan lupakan saya dalam list ! – Tokey kek !

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge