Idea niaga mudah untuk mereka yang tak ada idea

By | 17/12/2012

Antara perkara paling sukar bagi mereka yang makan gaji tetapi dalam masa yang sama mahu menjadi usahawan adalah mencari idea ‘apa yang nak diniagakan?’. Oleh itu saya cuba senaraikan di bawah sebanyak mungkin idea-idea berniaga mudah yang boleh anda semua fikirkan.

Senarai dibuat secara rawak berdasarkan apa saja yang terlintas dalam kepala yang saya lihat di sepanjang jalan, pasar malam, atau kedai-kedai di komplek beli belah.

  1. Jual ikan
  2. Jual ikan hiasan
  3. Jual sayur
  4. Jual buah-buahan
  5. Jual barang dapur kering seperti ikan bilis, cabai kering dll
  6. Jual Ubat herba dan minyak angin
  7. Jual kasut sandal
  8. Jual tudung
  9. Jual baju dan seluar serta lain-lain pakaian murah dan sederhana
  10. Jual produk kosmetik kecantikan wanita
  11. Jual baju sukan
  12. Jual alat sukan
  13. Jual ayam segar atau frozen
  14. Jual daging segar atau frozen
  15. Jual nasi lemak
  16. Jual makanan sarapan
  17. Jual makanan tengahari
  18. Jual makanan makan petang atau malam
  19. Jual makanan ringan makan petang
  20. Jual kuih muih makan petang
  21. Jual kuih muih makan pagi
  22. Jual burger
  23. Jual roti
  24. Jual Jual roti canai
  25. Jual murtabak
  26. Jual karipap
  27. Jual batu cincin
  28. Jual kurma
  29. Jual…….
Saya rasa tak payah nak diteruskan lagi sebab saya yakin anda dah mula faham bahawa kalau kita rasa buntu tak ada idea nak berniaga, itu satu perkara pelik sebenarnya.
Sesiapa saya boleh sambung senarai yang telah saya mulakan di atas menjadi lebih panjang malah mungkin mencecah ratusan lagi idea perniagaan.
Cuma masalahnya yang mana satu nak anda lakukan? bagaimana nak tentukan perniagaan apa yang sesuai dengan anda? 
Cara mudahnya adalah dengan membuat senarai panjang anda dan berikan markah di hujung setiap jenis perniagaan yang anda senaraikan berdasarkan rasa mudah yang tercetus dalam minda atau perasaan anda.
Berikan markah antara 1 sehingga 10 dengan 1 merupakan paling sukar dan 10 merupakan paling selesa bagi diri anda.
Dari senarai tersebut buang kesemua senarai yang punyai markah kecil daripada 5 dan bakinya untuk anda fikirkan semula dan senarai pendekkan.
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge