Memulakan perniagaan kesihatan dengan idea perniagaan gym
Idea perniagaan gym untuk bantu penjagaan kesihatan

Saya telah saya senaraikan sebelum ini berkenaan jenis perniagaan yang baik untuk difikirkan dan dijalankan pada masa sekarang dan akan datang. Antara idea perniagaan yang terbaik untuk dibuat adalah apa saja perniagaan yang berkait rapat dengan penjagaan kesihatan.

Penjagaan kesihatan merupakan salah satu perniagaan yang mendapat permintaan tinggi dari hari ke hari. Ada berbagai sebab kenapa jadi begitu:

  1. Tahap pendidikan yang meningkat – Mereka yang berpendidikan biasa menyedari akan kepentingan menjaga kesihatan untuk kekal hidup sihat dan ceria.
  2. Tahap pendapatan yang meningkat – Negara sedang membangun seperti Malaysia dan banyak lagi negara-negara lain berusaha untuk meningkatkan pendapatan perkapita rakyatnya. Hasil dari itu, golongan berpendapatan pertengahan bertambah dengan banyak. Ramai yang ttelah meningkat daripada berpendapatan rendah kepada pendapatan sederhana tinggi. Ini membolehkan mereka menyalurkan sedikit peruntukan untuk penjagaan kesihatan.
  3. Situasi kerja yang menekan – Banyak jenis pekerjaan yang tidak membantu peningkatan kesihatan manusia zaman moden ini. Pekerjaan jenis duduk depan meja tak bergerak adalah salah satu jenis pekerjaan yang mampu membunuh manusia lebih awal. Ditambah dengan tekanan pekerjaan yang tinggi, sesuatu perlu dilakukan untuk mengekalkan tahap kesihatan manusia zaman moden.

Dalam banyak-banyak idea perniagaan yang membantu penjagaan kesihatan kita adalah idea perniagaan gym. Idea perniagaan gym ini sebenarnya bukan satu idea perniagaan yang baru. Malah ia sudah lama wujud sejak dulu lagi.

Dari dulu lagi idea perniagaan gym ini telah meyaksikan berbagai tranformasi daripada sebuah perniagaan esklusif untuk orang kaya dan berada dan juga ahli sukan, kepada perniagaan penjagaan kesihatan yang terbuka untuk orang ramai.

Selepas para athlit digunakan sebagai duta perniagaan gym, kini para artis pula menjadi pilihan untuk menjadi duta promosi perniagaan kesihatan pusat gym ini. kita boleh lihat ada banyak pusat penjagaan kesihatan gym di negara kita di pusat-pusat bandar.

Sejak tahun 90-an dulu, perniagaan ini dikatakan telah menurun kerana terlalu banyak persaingan yang cuba merebut pasaran yang sama. Ditambah pula dengan rekaan alat senaman untuk dibeli dan diletakkan dirumah yang semakin meningkat, membuatkan perniagaan ini bertambah mencabar.

Namun begitu dalam suasana perniagaan pusat gym yang sedang menurun, muncul sebuah syarikat yang membuka pusat gym yang dinamakan Curve. Sejak pusat kesihatan gym Curve ini dibukan dalam masa yang cukup singkat dia berjaya mendapatkan pelanggan berdaftar melebihi 2 juta orang dalam masa yang singkat.

Permintaan terhadap Curve cukup menggalakkan. Ia merebak seperti api yang sedang makan pokok kering di hutan. Dikatakan setiap 5 jam, satu pusat gym Curve baru akan dibuka di seluruh dunia.

Tiru idea perniagaann gym Curve

Jika anda berminat untuk memulakan perniagaan dengan membuka pusat penjagaan kesihatan gym dan mahu berjaya seperti Curve, anda boleh fikirkan teknik yang sama sepertinya dan cuba aplikasikannya di negara kita terutamanya di pekan-pekan yang sedang meningkat naik.

Antara idea perniagaan gym tersebut adalah:

  1. Menyasarkan pelanggan hanya untuk kaum wanita yang punya masalah berat badan tidak mengiurkan suami atau bakal suami.
  2. Membuang idea cermin terbuka dari luar seperti pusat gym yang biasa untuk menghalang orang luar melihat. badan yang besar hanya membuatkan tuan punya badan malu untuk ditonton.
  3. Membuang juga idea cermin di segenap dingding gym. Tak perlu asyik tengok rupa bentuk badan yang tak elok itu, ia melemahkan semangat sahaja.
  4. Membukan berhampiran pusat penempatan orang ramai seperti di taman-taman agar mudah untuk pergi ke pusat gym. Ini membolehkan bayaran yang dikenakan menjadi murah kerana kos menyewa bangunan di kawasan luar dari pusat bandar lebih rendah.
  5. Menggalakan partisipasi rakan-rakan setaman. Ini dapat menyuntik motivasi untuk bersama bersenam dan sambil itu boleh bertukar gossip panas sesama mereka.

Begitulah secara ringkas idea perniagaan gym dan saya rasa anda dah dapat ideanya di sini. Jika anda mahu tahu kenapa konsep Curve amat berjaya, bacalah buku Blue Ocean Straregy. Jika anda mahu tahu bagaimana nak buka perniagaan pusat gym pula, boleh dapatkannya dari sini.

Total
3
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

19 comments

  1. saya skrg nii nak buat proposal untuk buka gym.. tapi saya tak tahu tentang belanjawan untuk buka gymm.. boleg bantu sya ka?

  2. saya pun tngh nak buat proposal nak buka gym tapi saya kurang tahu tentang belanjawan nya.. boleh x bantu saya?

  3. Peranan kitorang kat Impulse Fitness Sdn Bhd adalah seperti yg di bawah.

    Program Keusahawanan Gimnasium IMPULSE.
     
    Kadar pertumbuhan industri kecergasan di Malaysia telah menjadi satu fenomena semenjak 5 tahun yang lepas. Lebih ramai usahawan berbanding sebelum ini mengambil bahagian dalam menyediakan dan menguruskan pusat-pusat kecergasan di seluruh negara. Sebagai antara pembekal utama peralatan dan perkhidmatan kecergasan di Malaysia, Impulse Fitness Sdn Bhd melalui program keusahawanannya telah memainkan peranan penting dalam membantu usahawan untuk membangunkan perniagaan mereka berdasarkan amalan terbaik industri.

    Objektif program ini ialah:

    Objektif utama
    • Membangunkan usahawan gimnasium berdaya saing di kalangan belia Malaysia.
    • Untuk menetapkan penanda aras baru bagi gimnasium milik persendirian melalui perkhidmatan yang luar biasa dan lebih sistematik.
    • Untuk membentuk rakyat Malaysia yang lebih cergas dengan memberi tumpuan secara langsung kepada masyarakat tempatan.
     
    Objektif kedua
    • Untuk mengatasi masalah obesiti dan gaya hidup yang tidak sihat di kalangan rakyat Malaysia.
    • Untuk mengurangkan kadar pengangguran di kalangan belia Malaysia.
    • Untuk menjana lebih banyak bakat dalam bidang kecergasan dan sukan lain amnya.
    • Untuk mengelakkan isu-isu sosial di kalangan belia di Malaysia.
     
    Program ini merangkumi 4 fasa utama dalam kitar hayat perniagaan gimnasium:
    1) Perancangan
    2) Projek
    3) Operasi
    4) Pengembangan
     
    Dalam usaha untuk membuat program ini berdaya maju Impulse Fitness Sdn Bhd telah mewujudkan kerjasama dengan SME Bank Malaysia untuk menggalakkan penyertaan usahawan muda dan bercita-cita tinggi di seluruh negara. Pada awal 2014, Impulse Fitness Sdn Bhd telah menubuhkan satu rangkaian gimnasium terbesar di Malaysia iaitu Impulse Gim Pemilik Club (IGOC), untuk berkhidmat sebagai satu platform kepada pemilik gimnasium untuk berkongsi sumber, isu-isu, pengalaman dan idea-idea.

  4. Saja nak berkongsi info tentang kemudahan-kemudahan yang ada untuk mendapatkan modal untuk menjalankan perniagaan. Yang ni saya kongsi dari SME Bank. Ada 2 jenis, Dana Usahawan Muda dan Tabung Usahawan Siswazah.

    Jenis Pembiayaan:
    Dana Usahawan Muda (YEF) adalah sebuah dana khas yang diwujudkan oleh Kerajaan khusus untuk golongan belia sebagai salah satu strategi berterusan untuk membudaya dan membentuk usahawan dikalangan belia di Malaysia.

    Kelayakan:
    • Tujuan dana ini adalah bagi menyediakan alternatif kepada usahawan muda dalam mendapatkan pembiayaan bagi memulakan perniagaan serta bagi memenuhi keperluan perniagaan sedia ada.

    • Belia Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun yang memiliki perniagaan.

    • Perniagaan hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau badan pendaftaran bertauliah sama ada pemilikan tunggal, perkongsian atau syarikat Sdn Bhd.

    • Untuk firma perkongsian atau syarikat Sdn Bhd, pemohon yang berstatus Belia mestilah individu yang memegang perkongsian/ saham majoriti melebihi 51% DAN individu Belia tersebut adalah pembuat keputusan utama dalam firma/ syarikat.

    • Memiliki kelayakan minimum Sijil Keusahawanan/ Sijil Vokasional atau sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam perniagaan yang hendak dibiayai. Pemohon yang tidak memiliki Sijil Keusahawanan/ Sijil Vokasional boleh dipertimbangkan dengan syarat pemohon menyertai latihan keusahawanan yang dianjurkan oleh Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR), SME Bank.

    • Syarikat/ firma yang baru bermula (‘start-up’) boleh dipertimbangkan.

    Had Pembiayaan:
    • Minimum/ Minimum: RM20,000
    • Maksimum/ Maximum: RM100,000

    Jenis Pembiayaan:
    Tabung Usahawan Ijazah. Kerajaan Malaysia menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM25 juta di dalam Rancangan Malaysia ke-9 untuk Tabung Usahawan Siswazah [TUS]. Peruntukan tersebut bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai lepasan Universiti menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. SME Bank telah berjaya melahirkan para Usahawan Siswazah yang berjaya menambahkan pendapatan diri melalui perniagaan justeru meningkatkan enjin pertumbuhan negara. Dana ini merupakan pembiayaan mudah bagi memulakan perniagaan dalam sektor perkhidmatan dan perindustrian dan juga bagi para graduan yang mempunyai perniagaan sedia ada.

    Kelayakan:
    • Terbuka kepada warganegara Malaysia
    • Sekurang-kurangnya memiliki Diploma yang diiktiraf MQA
    • Menamatkan pengajian tidak melebihi 15 tahun
    • Berumur tidak melebihi 40 tahun

    Had Pembiayaan:
    • Pembiayaan dari RM20,000 hingga RM500,000

    1. salam dino,,,saya dalam perancangan membuka gym,,, saiz biasa bukan gym besar sangt,, tapi sekrng saya dalam masalah modal,,dari mane sy bole buat pinjaman,, harap dari pinjaman belia or fully mara,, or under goverment,, yang menjadi susah takde penjamin,, macm mane ya tu,, kami masih baru lagi,,, tpi dah ceburi bidang ni melebihi 4 thun,, bru masa ni tefikir nk bukak gym sendiri,,, mcm mane ya,,, bole tolong sy ,,, harap sangt..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge