idea perniagaan kedai runcitPerniagaan kedai runcit merupakan antara perniagaan yang mencabar di zaman kita sekarang ini. Sebabnya adalah kerana terlalu banyak pilihan lain yang jauh lebih menarik ditawarkan oleh syarikat gergasi antarabangsa dalam arena peruncitan.

Dalam dunia peruncitan semua orang kenal jenama-jenama berikut:

  1. Giant
  2. Tesco
  3. Econsave
  4. Mydin
  5. AEON Big
  6. 99 Speedmart
  7. 7 Eleven

Itu antara yang terkenal dan belum disenaraikan lagi jenama-jenama peruncitan tempatan di seluruh negara. Di setiap pekan yang agak besar di negara kita akan ada pasaraya tempatan yang biasanya terkenal di tempanya sendiri. kalau di Puchong misalnya ada pasaraya OTK.

Kalau di Pekan Penanti, Bukit Mertajam pula, ada beberapa buah pasaraya yang saling bersaing antara satu sama lain. Taukeh yang dulunya membuka kedai runcit biasa telah menaik taraf kedai mereka menjadi pasaraya sederhana besar yang menawarkan konsepĀ ‘one stop centre’.

Dulu di Pekan Penanti ada sebuah kedai runcit Melayu terselit di antara beberapa kedai runcit dan minimarket kepunyaan taukeh berbangsa Cina. Namun begitu kedai itu semakin susut dan susut dan akhirnya tinggal siling, dinding dan rak kosong sahaja.

Apakah masih ada peluang untuk perniagaan kedai runcit

Walaupun lambakan pasaraya besar yang menawarkan berbagai kemudahan untuk pengguna di Malaysia, namun kedai runcit masih tetap relevan terutamanya di kawasan luar bandar. Ini disebabkan antara syarat yang dikenakan kerajaan pada pasaraya antara bangsa adalah:

  1. Pasaraya besar tidak boleh dibina dalam sekitar 3.5 km radius berhampiran kawasan penempatan.
  2. Pasaraya tidak boleh dibina di kawasan yang penduduknya kurang daripada 350,000 orang penduduk

Dari syarat di atas mereka yang mahu buka kedai runcit boleh menjadikannya sebagai maklumat samada sesuai atau tidak kawasan tersebut jika dia mahu menjalankan perniagaan kedai runcit.

Jika kawasannya adalah penduduk yang melebihi 350,000 orang, kemungkinan pasaraya besar akan datang melanda di kawasan tersebut amatlah tinggi. Kalau nak buka juga strategi mestilah berbeza di kawasan yang terpaksa bersaing dengan pasaraya besar.

Satu lagi syarat yang kerajaan kenakan pada pasaraya antarabangsa adalah dimestikan keluasan pesaraya yang mahu dibuka lebih luas daripada 8,000 meter persegi. Itu satu kawasan yang cukup luas dan sudah tentu pasaraya sebesar itu mempunyai kos operasi yang tinggi dan perlu mendapatkan jumlah pelanggan yang tinggi juga.

Syarat lain yang kerajaan kenakan pada syarikat luar adalah diperlukan modal berbayar sebanyak RM50 juta minimum sebelum dibenarkan berniaga di negara kita. Disamping syarat-syarat lain seperti perlu ada dua tahun permohonan awal sebelum diluluskan dan sebagainya.

Apa yang boleh perniagaan kedai runcit belajar dari semua syarat di atas

Banyak yang boleh dibaca dari maklumat yang saya berikan diatas. Yang paling asas sekali adalah betapa modal peniaga-peniaga pasaraya antara bangsa itu terlalu besar dan hampir mustahil untuk kita peniaga kecil-kecilan bersaing dengan mereka dalam masa yang singkat.

Dari segi itu, jika anda menjalankan perniagaan kedai runcit di kawasan yang ada pasaraya besar, janganlah cuba lawan harga dengan mereka kerana ia adalah satu kerja yang sia-sia. Biarkan mereka dengan harga murah dan anda perlu cari kelebihan lain selain daripada harga.

Untuk membesar sebagai taukeh dalam perniagaan kedai runcit, anda tak boleh harapkan hanya satu kedai runcit sahaja. Oleh itu perlu ada perancangan untuk membina rangkaian kedai-kedai runcit yang banyak di seluruh malaysia sehingg akhirnya dapat masuk ke Thailang, Filipina dan juga Indonesia.

Tak perlu bersaing dengan gergasi peruncitan antara bangsa di bandaraya atau kepan besar di seluruh negara. Anda hanya perlu mencari pekan kecil yang jumlah penduduknya kurang daripada 350 ribu orang dan berikan khidmat terbaik untuk mereka. Ada banyak pekan kecil di seluruh negara yang masih ada peluang untuk usahawan kedai runcit ceburi.

Salah satu idea paling mudah lagi adalah dengan mengenal pasti mana saja pekan kecil yang ada dan pergi jalan-jalanm ke sana dan buat survey. Berkenalan dengan taukeh kedai runcit di sana jika dah ada dan cuba cari jalan untuk membeli perniagaannya atau buat kerjasama.

Jika tak ada lagi kedai runcit, pastikan anda terus ambil peluang keemasan itu dan berkawanlah dengan orang tempatan untuk membina kerjasama perniagaan. Cuba sasarkan satu jenama untuk dikembangkan di seluruh negara dengan berkonsepkan kedai runcit pinggiran kampung yang berkhidmat untuk penduduk.

Begitulah idea yang terlintas dalam kepala dalam bab perniagaan kedai runcit ini. Moga ada manfaatnya untuk difikirkan dan dikembangkan.

Total
6
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

9 comments

  1. Program Transformasi Kedai Runcit
    Peluang terbuka kepada warganegara Malaysia untuk memperkembangkan/ menambahbaikan/ mengubahsuai perniagaan peruncitan anda.Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) menyediakan bantuan dana melalui skim pinjaman mikro sehingga RM80,000 kepada pemohon yang berminat.

    Syarat Kelayakan:
    1)Warganegara Malaysia
    2)Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
    3)Pemilik kedai runcit berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi umur 60 tahun.
    4)Keluasan kedai runcit tidak melebihi dua pintu (2500 kaki persegi)

    Skop Pembiayaan
    – Pengubahsuaian/menaik taraf premis perniagaan
    – Pembelian mesin atau peralatan
    – Modal kerja untuk pembelian stok

    Sila berhubung dengan Encik Emir di number 018-3237502 untuk keterangan lanjut.

  2. Idea untuk membuka kedai runcit memang bagus untuk pekan-pekan kecil. Tambahan pula, keadaan bandar besar yang terlalu sesak akan menolak penduduk untuk keluar mencari tempat tinggal yang lebih selesa di pinggir bandar dan pekan-pekan kecil. Prospek buka kedai runcit ni pada saya masih lagi relevan disebalik saingan dari pasaraya mega yang kian bercambah.
    Anak Askar Pencen recently posted…Pada Usia genap 40 tahun, Ryan Giggs masih steady bermain Bola SepakMy Profile

  3. Ramai juga peniaga kedai runcit di sini dari Acheh, Minang dan lain2. Mereka dah bukak 2-3 cawangan. Malu pulak rasanya bila org luar yg dominasi kedai runcit…huhu

  4. kagum dengan salah sebuah kedai runcit di Bagan Datoh, pemiliknya India, mampu bertutur banyak bahasa termasuk Cina..apa yang aku kagumkan, dia tahu dimana lokasi stok barangnya walau sekecil mana sekalipun,dan bilangan stok yang ada…pembantunya langsung tak tahu..tengok kedainya amat padat..:D
    reezluv recently posted…Mencari Sunset Di Batu GajahMy Profile

  5. Tambah 1 lagi pesaing kedai runcit kecil-kecilan iaitu Kedai Rakyat 1Malaysia hihi. Sy tinggal di kuarters putrajaya, di bawah ada KR1M. Di blok sebelah pula ada kedai runcit mungkin milik orang Acheh (cara cakap lain sket). KR1M barang memang murah dan selesa (ada aircond). Tetapi stok barang selalu xada. Tutup pulak pukul 10mlm. Kedai Acheh barang banyak, ada jual barang basah spt ikan, sotong,dan lain-lain, tutup pulak lewat sekitar 11 lebih. Tapi kedua-duanya masih boleh bersaing dan ada regular customer dengan kelebihan dan kekurangan masing2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge