Idea perniagaan luar biasaIdea perniagaan luar biasa sentiasa ada. Oleh kerana namanya pun adalah idea perniagaan luar biasa, maka sudah tentu jenis perniagaan sebegitu tidak banyak terdapat dijalankan oleh orang.

Kebiasaannya, idea perniagaan luar biasa ini tercetus hasil daripada sikap usahawan yang berani mencuba sesuatu lebih awal pada masanya. Sudah tentu ada risiko kesukaran untuk diterima di dalam pasaran pengguna kerana ianya luar dari kebiasaan.

Manusia memang agak lambat untuk menerima sesuatu yang luar biasa. Sifat kita adalah sentiasa cuba mengekalkan diri dalam zon keselesaan. Ini membuatkan perubahan adalah sesuatu yang sukar.

Namun begitu, ada usahawan yang berani untuk mencuba idea perniagaan luar biasa. Mungkin kerana minatnya sendiri ataupun mungkin juga kerana dia tidak ada pilihan lain selain dari mencuba idea perniagaan luar biasanya.

Idea perniagaan luar biasa dari Alabama

Ada satu perniagaan luar biasa dijalankan oleh seorang usahawan bernama David Walter di Alabama. Beliau merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan limbungan dan juga barang lusuh di Alabama sejak tahun 1986.

Perniagaannya tidak maju dan menghadapi kesukaran. Malah beliau sentiasa buntu untuk memikirkan darimana dia akan menjana pendapatannya. Dia tidak ada apa-apa perancangan untuk perniagaannya, apatah lagi duit yang mencukupi.

Satu hari dia mendapat tahu bahawa Alabama membenarkan mereka yang berminat untuk membina terumbu karang buatan di kawasan perairan di situ dalam kawasan seluas 1,030 batu persegi yang digazitkan oleh pihak berkuasa Alabama.

Sebenarnya tak ada pihak persendirian yang berminat untuk melaukan kerja sebegitu melainkan satu kerajaan negeri sahaja yang berkemampuan.

Dari maklumat tersebut David mengeluarkan modal USD2,500 bagi membeli bot tarik. Bot tersebut digunakan untuk mengangkut barang-barang lusuh di bawa ke laut dan dicampak untuk ditenggelamkan.

David mula mencampakkan kereta terbuang, atau apa-apa saja bahan besi buruk ke dalam laut untuk membina terumbu karang buatan. Antara barang yang pernah dicampaknya termasuklah helikopter, kapal terbang, sinki rumah, mesin jahit, bas, lori dan bermacam-macam lagi seumpamanya.

Asalkan bahan lusuh atau besi buruk, David akan membawanya ke laut untuk dicampakkan bagi membina terumbu karang. Sehinggalah tahun 1996, kerajaan telah melimitkan hanya bahan tertentu sahaja yang boleh dicampak bagi digunakan untuk membina terumbu karang.

Ini disebabkan oleh masalah pencemaran alam sekitar yang terhasil daripada bahan buangan. Bahan yang tidak terkawal untuk dicampak membuatkan bahan pencemaran seperti asbestos dan gas merbahaya terurai di dalam laut dan membunuh habitat persekitaran.

Kekangan itu membuatkan David terpaksa berfikir dan mencari bahan-bahan yang sesuai untuk dijadikan terumbu karang yang mana ianya dapat membantu pembiakan ikan laut dan juga mampu menghalang ombak besar dari lautan terbina.

Idea perniagaan luar biasa akhirnya berjaya

Bermula dari situ David mencuba berbagai bahan secara solo dengan selesa kerana tak ada orang lain yang berminat membuat kerja sebegitu di tengah kawasan lautan.

Dengan usaha gigih dan berterusan, akhirnya beliau berjaya membina terumbu karang buatan yang berkesan dan baik daripada bahan batu kapur dan juga konkrit. Sekarang syarikat beliau memegang 4 paten rekabentuk dan bahan terumbu karang buatan dan mendapat banyak permintaan yang banyak daripada produknya itu.

Para pengusaha aktiviti riadah seperti memancing, dan pengusaha pelancongan laut memburu David untuk mendapatkan khidmat syarikatnya bagi membina terumbu karang buatan. Dengan adanya terumbu karang buatan ini kehidupan laut terbina semula dan dapat menyemarakkan semula aktiviti pelancongan.

Bayangkan jika pantai di sepanjang Teluk Kemang yang banyak Hotel itu menggunakan khidmat syarikat David untuk membina terumbu karang buatan di depan kawasan hotel masing-masing. Hidupan laut akan terbentuk dan aktiviti riadah laut seperti scuba dan snokerling dapat ditawarkan pada oramg ramai yang berkunjung di sana.

Untuk maklumat lanjut tentang idea perniagaan luar biasa David Walter, boleh layari di http://www.reefmaker.com/. Anda boleh juga baca laporan bergambar berkenaan aktiviti mencampakkan barang lusuh atau besi buruk ke dalam laut untuk dijadikan terumbu karang di seluruh dunia, klik di sini.

Ada idea perniagaan luar biasa ?

Jika pembaca ada idea perniagaan luar biasa atau terserempak usahawan yang sedang menjalankan idea perniagaan luar biasa, bolehlah kongsikan di sini dengan memberikan komen di bawah.

Anda yang ada idea perniagaan luar biasa juga boleh hantar maklumat pada saya melalui email atau klik saja di sini untuk kongsikan pengalaman anda. Insyaallah saya akan cuba promosikan idea perniagaan luar biasa anda di blog ini.

Total
6
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

  1. Salam sejahtera. wahh, untuk tempoh 2tahun kedapan hasil tulisan ini akan memberi banyak kesan positif pada para usahawan yang sentiasa inginkan prestasi kehadapan berbanding pesaing lain. Kerana Sebelum Terlahirnya Usahawan Di dunia Nyata ini Usahawan itu telah berjaya mengatasi pesaing lain. Dengan NALURI itulah usahawan akan membantu menyelesaikan masalah terhadapa pasaran dan terus menggerakkan ekonomi. Bagi mereka yang Bukan Berjiwa Usahawan Mungkin Sentiasa Akan Katakan itu Hanya ANGAN-ANGAN MAT JENING.. InsaAllah. Setiap Mimpi MILIK USAHAWAN (datang dari dunia GHAIB) tiada siapa tahu mahupun kajian terhadap punca Ia datang. HANYA BAGI pemilik naluri USAHAWAN akan sentiasa mencipta formula-formula diluar dari kebiasaan yang ada. Ia Asalnya Dari MIMPI, ia di anggap MUSTAHIL bagi Si ZON SELESA. IDEA DAN NALURI Si Jiwa USAHAWAN tiada yang Mustahil Selain Dari Kehendak PENCIPTA SEMESTA ini. Merialisasikan MIMPI sentiasa ditertawakan, Kejayaan pasti akan tiba untuk ditinggalkan pada WARISAN..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge