idea perniagaanTajuk idea perniagaan perkhidmatan mencuci rumah di atas adalah salah satu pertanyaan yang baru saya dapat. Terima kasih daun keladi saya ucapkan pada tuan punya badan yang telah sudi bertanyakan soalan tersebut di atas.

Sebelum menjawab pertanyaan berkenaan idea perniagaan perkhidmatan mencuci rumah di atas, ingin saya berikan sedikit pencerahan.

Ada banyak pertanyaan yang diutarakan pada saya samada melalui email atau melalui komen di blog ini berkenaan idea perniagaan yang spesifik.

Panduan perniagaan hanya dalam bentuk konsep

Untuk makluman semua pembaca, dengan rasa rendah hati saya saya nak bagi tahu bahawa saya tidak pandai untuk memberikan panduan terhadap satu-satu perniagaan secara spesifik selain daripada jenis perniagaan yang pernah atau telah atau sedang saya ceburi.

Itupun, jika panduan diberikan tentang perniagaan yang saya ceburi, ianya adalah bersesuaian dengan diri saya sendiri, juga diadaptasi dengan keadaan sumber yang saya miliki. Sudah tentu tidak semestinya sesuai dengan orang lain.

Memang saya banyak kongsikan penulisan tentang ilmu perniagaan di blog ini, namun begitu ianya adalah ilmu secara umum yang perlu difaham dan dihadamkan oleh para pembaca dan seterusnya disesuaikan terhadap diri sendiri dalam perniagaan masing-masing.

Semua panduan adalah dalam bentuk konsep dan bukanlah dalam bentuk pasti yang tidak boleh diubah.

Jika para pembaca pernah baca buku strategi peperangan Sun Tzu Art of War, tentu faham apa yang dimaksudkan dengan konsep tersebut.

Jika anda tak baca lagi buku tersebut, saya nasihatkan agar pergi segera dapatkan satu naskah dan mula membacanya untuk memahami bagaimana pemahaman tentang konsep dan strategi untuk menang itu dapat diaplikasikan dalam urusan perniagaan masing-masing.

Ilmu strategi pertama dalam perniagaan

Masa mula saya nak terjun berniaga dahulu, saya pergi berjumpa dengan kawan-kawan yang lebih senior yang dah lama tak makan gaji.

Mereka semua sara hidup dengan menggunakan kemahiran masing-masing, yang mereka ada, yang mereka tawarkan pada orang ramai yang memerlukan kemahiran yang mereka miliki.

Salah seorang kawan saya yang menyara kehidupannya dengan membuat kelas seni lukisan serta menjual lukisan-lukisan seni yang dihasilkannya mengesyorkan agar saya dapatkan buku Sun Tzu Art of War untuk dibaca terlebih dahulu.

Saya tak tunggu lama untuk pergi ke MPH dan mencari buku tersebut yang asalnya ditulis di negara China pada zaman dahulu dan telah diterjemahkan oleh hampir di seluruh dunia terutamanya dalam Bahasa Inggeris.

Malangnya saya tak jupa lagi buku yang hebat itu diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia serta dibuat kajian oleh pemikir negara kita untuk diperturunkan kepada orang-orang tak pandai macam saya ni.

Jika ada pembaca yang pernah berjumpa buku itu dalam terjemahan dan dikaji oleh orang kita, elok sangat kalau dapat dikongsikan di sini.

Untuk memendekkan cerita, maka saya cadangkan pada anda yang nak berniaga tu untuk turut sama dapatkan buku tersebut dan mula membacanya. Baca, fahamkan dan hadamkan dan fikirkan bagaimana nak gunakannya dalam perjalanan dunia keusahawanan anda nanti.

Idea perniagaan perkhidmatan mencuci rumah

Kita balik semula kepada tajuk asal artikel ini berkenaan idea perniagaan perkhidmatan mencuci rumah.

Secara umumnya dari segi keperluan, memang sah ramai orang terutamanya di bandar dan juga di pinggiran bandar perlukan perkhidmatan tersebut.

Sebab utamanya adalah kerana kita semua memang telah terperangkap dalam dunia kesibukan mengejar sesuap nasi yang tak pernah cukup.

Kos hidup semakin meningkat. Persaingan semakin sengit. Sikap berlumba semakin ketara. Keinginan mencari kebahagian hidup dengan membelanjakan duit yang ada pada kebendaan semakin menjadi-jadi.

Itu semua menyumbang pada kesuntukan masa pada masyarakat negara kita sekarang. Jadi majoriti tak sempat nak kemas rumah, tak sempat nak memasak untuk anak-anak, tak sempat nak basuh baju, tak sempat nak seterika dan lipat baju dan tak sempat dalam semua urusan selengaraan rumah tempat mereka tinggal.

Dari segi teorinya, saya boleh katakan memang ada permintaan terhadap idea perniagaan tersebut. Namun begitu, teori saja tak mencukupi, anda perlu buat kajian lapangan.

Tetapkan kawasan tawaran perniagaan

Oleh kerana perniagaan ini adalah sejenis perniagaan yang setempat,  maka anda perlu tetapkan terlebih dahulu kawasan mana yang anda mahu jalankan perniagaan ini.

Faktor setempat penting kerana jenis perniagaan ini adalah bergantung pada tenaga yang murah. Ia juga bergantung pada kecekapan dalam menguruskan pengangkutan dalam kos yang rendah. Jadi perlu tetapkan kawasan mana yang anda boleh tawarkannya.

Untuk selenggara rumah seperti cuci lantai, mop lantai, sapu lantai, kemas rumah dan seumpamanya tidak perlu pada kemahiran tinggi dan tak perlu masuk kelas untuk mempelajarinya. Maka anda tak boleh tetapkan kos yang tinggi dengan alasan kemahiran yang unik.

Mahu tak mahu anda perlu lawan harga juga pada akhirnya yang dapat membuatkan pelanggan rasa berbaoi untuk berikan kerja pada syarikat anda.

Bila dah tetapkan kawasan mana, maka anda boleh mula buat sedikit kajian permintaan. Pergi tanya orang samada mereka hadapi masalah mengemas atau mencuci rumah.

Jika jawapannya, Ya, tanya samada mereka sanggup keluarkan duit untuk dapatkan khidmat tersebut. Anda bolh buat survey yang sama dengan menggunakan internet, tapi ada masalah untuk pastikan samada responden adalah dari kalangan penduduk kawasan yang anda sasarkan.

Senaraikan tawaran secara terang dan jelas

Untuk memudahkan lagi kajian, anda perlu merangka terlebih dahulu senarai tawaran yang anda mahu adakan dalam perniagaan anda.

Tawaran mestilah jelas dan terang. Orang putih kata ‘well defined’. Ini penting untuk elakkan kekeliruan.

Ramai orang Indonesia yang tawarkan khidmat yang sama pada orang kita tertipu akibat tidak adanya hitam putih khidmat yang mereka perlu berikan dengan harga yang ditentukan.

Pekerja disuruh buat berbagai kerja yang remeh sehingga memakan masa dan akhirnya bayaran yang diterima tidak berbaloi degan masa yang telah dihabiskan.

Jadi, segera rangka tawaran perkhidmatan yang bakal menjadi produk anda nanti, dan buat survey terhadap permintaannya.

Asas merangka produk

Macam mana nak rangka produk ? tentu itu pertanyaan anda.

Saya hanya boleh nyatakan kat sini, asasnya adalah pastikan produk anda ringkas dan kekalkannya agar sentiasa ringkas.

Saya tak sempat nak buat contoh kat sini, kalau pembaca ada idea bagaimana satu produk yang ringkas dalam idea perniagaan yang kita bincang ini, boleh berikannya pada ruang komen. Nanti kita sama-sama bincang.

Jangan buat banyak sangat produk sampai penuh kertas kajang.

Apa saja perniagaan yang anda nak mulakan, tak perlu tawarkan banyak produk pada peringkat awal.

Begitu juga dalam idea perniagaan ini, jangan mulakan dengan berbagai tawaran. Cukup antara 1 ke 3 produk sahaja sebagai permulaan.

Ini lebih mudah untuk anda belajar dan perbaiki perniagaan anda nanti.

Ok ! saya dah tak sempat nak sambung lagi artikel ini. Harap membantu sedikit sebanyak terutamanya untuk tuan ounya badan yang bertanya.

Total
20
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

4 comments

  1. Salam Tuan Shubhi dan rakan-rakan yang lain, boleh tak beri pendapat tentang perniagaan mencuci karpet secara on-site dry cleaning. Terima kasih semua.

  2. Tuan Shubhi,

    Alhamdulillah… Penjelasan yang telah memberikan gambaran lebih jelas tentang bagaimana hendak membentuk sesebuah perniagaan. Rasanya tu soalan saya kot tempoh hari. Saya akan ikut nasihat tuan dalam membuat langkah-langkah penting untuk memulakan perniagaan tidak kira khidmat mencuci rumah atau perniagaan yang lain. Saya nak kongsi sedikit. Dulu saya sendiri pernah mengupah org mencuci dan mengemas rumah sekali sekala. Pemerhatian saya sepanjang berada di Kanada ni, orang bangladesh dan philippina yang majoriti membuat kerja ini secara sampingan mahu pun sepenuh masa. Mereka mampu menjana pendapatan di samping waktu bersama keluarga yang cukup lumayan. Saya pernah mengupah orang philippina untuk menyelenggara sinki yang tersumbat. Caj yang dikenakan 50 dollars meskipun tak sampai setengah jam dia buat. Pihak pejabat pernah mengambil perkhidmatan mencuci lantai dan tandas (bhgn dalam sahaja). Kos yang perlu dibayar sebanyak 1500 dollars untuk satu lawatan bagi bangunan 3 tingkat. Yang buat kerja 2 orang ja tapi lengkap dengan peralatan yg sepatutnya. Sebab itu saya terfikir perniagaan seperti ini boleh dijalankan di msia. Saya tinggal di kajang jadi kawasan tumpuan adalah kajang, bangi, sepang/salak tinggi terutamanya putrajaya. Pemerhatian saya sebelum ini perkhidmatan ini byk dilakukan oleh cleaner berbangsa indonesia yang bekerja dengan syarikat penyelenggaraan. Mereka ambil upah selepas waktu bekerja atau hujung minggu. Oleh itu saya merasakan perniagaan seperti ini boleh dilakukan dan berpotensi tinggi. Namun saya akan mengikut nasihat dan pandangan tuan shubhi mengenai langkah dan perkara-perkara yang perlu dilakukan serta diberi perhatian sebelum sesebuah perniagaan itu dijalankan. Terima kasih tuan shubhi dengan penjelasan yang diberikan dan banyak artikel tuan boleh saya rujuk. Terima kasih tuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge