market-apples-1500x1000

Saya nak berikan sedikit maklumat pada mereka yang ada bisnes untuk dijual atau bisnes untuk dibeli.

Kalau pembaca perhatikan pada menu bar kat atas tu, ada satu button baru yang saya namakan sebagai Jual/beli Bisnes. Saya baru saja buat satu platform untuk mereka yang sedang cari bisnes untuk dijual atau dibeli.

Sebenarnya itu adalah page atau ruang forum yang baru saya load semula pada blog ini. Sebelum ini memang dah ada ruang forum yang saya buat tapi saya keluarkan sebab tidak berapa mendapat sambutan sangat.

Mungkin disebabkan dah ada banyak portal forum kat ruang cyber ini membuatkan tambahan ruang forum pada blog ini tidak berapa mendapat perhatian.

Namun sekali lagi saya cuba buat juga ruang forum di sini dengan tumpuan diberikan hanya pada tawaran iklan untuk samada menjual bisnes ataupun untuk membeli bisnes yang sudah dijalankan.

Siapa yang patut guna ruang jual/beli bisnes

Ada dua kategori usahawan atau bakal usahawan yang mungkin boleh mengambil faedah dari ruang forum beli dan jual bisnes ini.

  1. Usahawan yang ada syarikat tapi nak jual – Jika anda dah ada syarikat yang sudah menjalankan perniagaan tetapi buat keputusan untuk menjual syarikat yang telah beroperasi tersebut pada usahawan atau bakal usahawan lain yang berminat.
  2. Usahawan yang sedang cari bisnes – Untuk anda usahawan atau bakal usahawan yang sedang mencari apa-apa idea bisnes atau untuk golongan yang sama yang memang dah ada hasrat untuk membeli mana-mana perniagaan yang sudah beroperasi.

 Bisnes untuk dijual

Ada juga usahawan yang terjun dalam dunia perniagaan dan menjalankan bisnes dalam tempoh beberapa tahun. Kemudiannya dia sedar perniagaan itu tidak sesuai untuk dirinya dan mahu menjalankan perniagaan lain yang dia rasa lebih sesuai.

Untuk membolehkan dia menjalankan perniagaan baru itu, sudah tentu modal diperlukan. Maka cara mudah adalah dengan menawarkan perniagaan yang dia sedang jalankan itu pada usahawan atau bakal usahawan lain yang berminat.

Ada juga usahawan yang memang dah ada beberapa jenis perniagaan atau beberapa syarikat yang berlainan dalam industri yang berbeza. Walaupun semua syarikatnya berjalan dengan baik, tapi jika kesemua syarikatnya mengharapkan perhatian daripada dirinya seorang, membuatkan masa jadi tak cukup untuk usahawan tersebut.

Jadi jalan keluar terbaik adalah dengan menjual saja satu atau dua syarikat yang dia ada pada orang lain dan kemudian memberikan tumpuan sepenuhnya pada hanya satu saja syarikat yang dia minat.

Jika anda usahawan yang ada hasrat nak jual bisnes, dan bisnes itu sudah berjalan, maka bolehlah iklankannya pada ruang jual/beli bisnes yang saya sediakan di atas. Berikan maklumat secukupnya dan jangan lupa untuk berikan maklumat perhubungan anda.

Bisnes untuk dibeli

Ada usahawan memang jenis bijak menguruskan lebih daripada satu bisnes. Biasanya usahawan ini mempunyai kumpulan pengurusan yang boleh dipercayai untuk mengnedalikan perniagaan yang dia ada.

Bila dah ada beberapa bisnes, dan tiada masalah dalam pengurusan, sudah tentu ada duit sedikit sebanyak. Kalau tak banyak duitpun, tentu dah ada kemudahan kewangan dari bank yang baik.

Jadi mungkin anda mahu menambahkan lagi jumlah perniagaan dan syarikat yang ada dan mahu membeli apa-apa perniagaan yang mahu dijual.

Anda juga boleh menggunakan ruang forum itu untuk nyatakan tawaran anda untuk membeli bisnes yang mahu dijual.

Jangan lupa nyatakan apa jenis perniagaan yang anda berhasrat nak beli dan berikan maklumat bagaiman anda boleh dihubungi.

Mulakan perniagaan dengan beli bisnes

Salah satu cari mudah untuk memulakan perniagaan adalah dengan membeli perniagaan atau syarikat yang sudah berjalan. Ianya adalah lebih mudah dan pantas sebab anda tidak perlu mula dari kosong dengan beli perniagaan yang sudah berjalan.

Tak kisah samada perniagaan tersebut menjana keuntungan atau tidak. Jika perniagaan yang anda beli itu tidak menjana keuntungan, sudah tentu harganya adalah lebih murah. Tapi pastikan anda tahu apa nak buat untuk pulih dan buat transformasi terhadap perniagaan yang anda beli tersebut.

Kalau tak tahu, pastikan anda ada mentor atau kawan yang boleh membantu anda untuk menguruskannya supaya dapat dipulihkan.

Jika anda beli bisnes yang sudah beroperasi dalam keadaan yang baik dan menjana keuntungan, sudah tentu harga jualannya adalah tinggi. Dalam kes ini anda perlu sediakan duit yang banyak. Pastikan perniagaan itu dapat anda kendalikan dengan lebih bak berbanding tuan punya perniagaan yang asal.

Biasanya, perniagaan yang anda beli itu perlu digabungkan dengan perniagaan lain yang mungkin anda dah jalankan dan dengan gabungan tersebut anda dapat mengurangkan kos dan dalam masa yang sama dapat melonjakkan lagi hasil jualan keseluruhan syarikat yang digabungkan.

Bagaimana nak guna ruang jual/beli bisnes

Saya tak akan terangkan secara terperinci bagaimann nak gunakan ruang jual/beli bisnes yang saya adakan. Ianya mudah saja jika anda tahu membaca dan dah biasa dalam penggunaan bisnes.

Anda hanya perlu mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu untuk menggunakan ruang forum tersebut dengan lebih baik. Tapi kalau sekadar nak komen atau berikan pendapat, tak mendaftarpun tak apa.

Jika ada masalah dalam cubaan anda menggunakan ruang jual/beli bisnes yang saya adakan itu, sila berikan komen di bawah untuk saya ambil tindakan.

Selamat mencuba !

Total
17
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

7 comments

    1. Saya mempunya gym yang hendak dijual. Sudah beroperasi selama 2 tahun dan terletak di Setia Alam. Gym ini sudah mempunyai customer base.

      Sewa bulanan kedai yang rendah serta 2 pekerja tetap. Saya ingin berpindah ke Ipoh.

      Tiada pinjaman diambil oleh saya dari mana-mana bank. Barang yang dibeli semua adalah secara tunai. Boleh hubungi saya di 012 549 9778.

      Harga buka 185k (boleh dirunding)

  1. as salamualaikum..

    saya ada ingin menjual bisness percetakan saya yg berusia 5 tahun..mcm mana yer utk di iklan kn..

  2. Saya berminat untuk menceburi bidang perniagaan tapi tak tahu bagaimana nak mula.
    Tolong beri bantuan. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge