_DSC4685Untuk maklumat pembaca semua, dua tiga bulan ini saya agak sibuk berkongsikan ilmu menguasai perniagaan di beberapa negeri.

Saya sedang berada di Sabah sekarang memberikan bengkel keusahawanan pendek separuh hari pada usahawan-usahawan di sini. Ada dua tajuk utama yang saya persembahkan pada para usahawan seramai lebih 40 orang di seluruh sabah.

Pertamanya adalah berkenaan Tabiat untuk berjaya yang perlu ada pada usahawan. Hanya 3 tabiat penting saja yang saya tekankan yang mampu melonjakkan perbezaan pada usaha perniagaan mereka.

Keduanya adalah berkenaan 3 urusan kewangan penting yang wajib dikuasai oleh para usahawan untuk menguasai perniagaan mereka dan memacu peningkatan jualan dan juga keuntungan. Saya perkenalkan mereka kepada seni melihat nombor untuk mengausai perniagaan.

Semua bengkel penerangan pendek itu adalah lanjutan dan tambahan daripada program bimbingan perniagaan yang sedang saya jalankan pada para peserta di Sabah ini.

Apa yang paling mendatangkan kepuasan pada saya adalah melihat betapa tidak sabarnya para peserta untuk balik dan mengaplikasikan segala yang telah saya kongsikan setiap kali bengkel penerangan yang ambil masa 3 jam itu tamat.

Bagi anda yang masih tak berpeluang mendapatkan bimbingan perniagaan dari saya dan juga para Coach dari HR Biz Coaching, harap bersabar. Insyaallah satu hari saya bercadang untuk ajar ilmu yang sama secara percuma jika diizinkan Allah serta di murahkan rezki. Tolong doakan saya…

…tapi saya hanya akan tawarkan bengkel ringkas ini secara percuma pada para usahawan yang sedang teruk dan hilang arah serta tak ada duit untuk bayar kos pembelajaran teknik ringkas menguasai perniagaan.

Bagi para usahawan yang pendapatan mereka dah stabil, dan mahu lonjakkan lagi pendapatan serta keuntungan, bayarlah sedikit kos pembelajaran itu supaya ada komitmen. Kadang-kadang, ilmu percuma itu tidak dihargai dan diabaikan tanpa ada kesungguhan untuk dilaksanakan.

Sekian saja sedikit kemaskini yang sempat saya tuliskan di sini untuk kali ini. Esok saya akan bertolak ke Lahad Datu, kemudiannya akan ke Tawau dan seterusnya akan ke Sandakan. Jadi tak pasti bila pula akan sempat online untuk buat artikel baru.

Tolong doakan keselamatan saya di Sabah dan doaka saya panjang umur dan dimurahkan rezki agar dapat saya teruskan lagi sumbangan penulisan pada para usahawan dan para peminat dunia keusahawanan di luar sana.

Total
18
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

7 comments

  1. Assalamualaikum…

    Jutaan terima kasih diucapkan kepada tuan shubhi and the team kerana pencurahan ilmu yang tidak ternilai sepanjang berada di bumi Tawau.Banyak ilmu baru berkenaan pengurusan perniagaan diperolehi.Skrg baru saya nampak dengan jelas dan teratur bagimana kita dapat memajukan perniagaan kita dan mendapat untung yg berlipat ganda.Sekarang masa untuk mempraktikan ilmu yg diajar.Doakan kejayaan saya dan kawan2 di Tawau…tak sabar untuk sesi seterusnya…hihihi…tq tuan shubhi and the geng…

  2. Orang-orang dari Sabah dan Sarawak biasanya sangat responsive dengan perniagaan
    yang dibawa dari Semenanjung. Mereka pantas bertindak bukan sekadar tunggu dan lihat.
    Masaalahnya saya memang masih tercari-cari tips bagaimana memulakan dan menguasaikan
    perniagaan di Sabah……moga tuan bakal menulis sambungan ilmunya.
    Saya menanti artikel berikutnya dari tuan.
    Lynn™ recently posted…Cerita cita-citaMy Profile

  3. In Shaa Allah, semoga semua urusan tuan dipermudahkan. Saya juga berharap agar diberi kesempatan untuk menjadi anak didik tuan suatu hari nanti… In Shaa Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge