Fahami cara manusia berfikir dan bertindak untuk mudah berniagaApa saja yang kita nak lakukan perlu ada ilmu. Begitulah juga jika nak jadi usahawan perlu ada ilmu. Antara banyak-banyak ilmu yang ada, apakah ilmu penting yang perlu ada untuk mudah berniaga?.

Tentu ada yang jawab tentulah ilmu perniagaan. Kalau nak mudah berniaga sudah tentu perlu ada ilmu perniagaan.

Tetapi ilmu perniagaan itu banyak. Terlalu banyak sehinggakan ianya tak akan pernah habis. Untuk itu kita perlu pandai utamakan untuk mempelajari dan memahami yang paling penting antara yang penting.

Apa ilmu paling penting untuk mudah berniaga

Bagi saya secara peribadi, tak ada ilmu penting untuk mudah berniaga yang perlu kita dalami selain daripada memahami bagaimana manusia berfikir dan bertindak.

Orang yang faham bagaimana manusia berfikir dan bertindak dapat berpijak di bumi yang nyata dan tidak buat sesuatu hanya berdasarkan rasa syok sendiri.

Orang yang memahami bagaimana manusia berfikir dan bertindak lalu digunakan sepanjang melakukan aktiviti perniagaan tidak akan mudah rasa kecewa dan putus asa. Malah semuanya menjadi panduan untuk tindakan seterusnya.

Kenapa memahami manusia membantu kita mudah berniaga

Sebab paling utama ilmu memahami manusia dapat membantu kita untuk mudah berniaga adalah kerana urusan perniagaan tidak dapat lari daripada berurusan dengan manusia.

Setakat ini, kita masih lagi menjalankan perniagaan dengan manusia. Belum ada lagi satu perniagaan yang pelanggannya adalah robot atau mesin.

Walaupun teknologi automasi membolehkan perniagaan menggantikan manusia dengan mesin atau robot dalam banyak urusan, namun pihak paling akhir dalam sesebuah perniagaan masih tetap manusia.

Jika kita ingat ayat terkenal dalam buku Sun Tzu Art of War, ia berbunyi begini;

“Kenali diri anda, kenali musuh anda. Dalam seratus pertempuran anda tidak akan kalah!”

Samada anda atau musuh anda, semuanya adalah manusia. Tidak ada cara lain untuk menguasai dan memudahkan pencapaian matlamat selain daripada memahami tentang manusia.

Bagaimana memahami manusia untuk mudah berniaga

Persoalan penting yang perlu kita tahu sekarang adalah bagaimana nak memahami manusia. Perlu ada satu rumusan ringkas yang dengannya kita dapat kenal manusia.

Bagi saya, cara mudah nak kenal manusia hanyalah dengan melihat cara manusia berfikir. Akal merupakan punca kepada segala punca yang mencetuskan tindakan seseorang.

Semua tindakan kita berpunca daripada akal. Jika kita tahu dan faham akal, kita dapat tahu cari seseorang berfikir. Bila kita tahu bagaimana seseorang berfikir, kita boleh agak cara dia bertindak. Semua maklumat itu membantu kita untuk mudah berniaga.

Oleh itu, jika anda nak mudah berniaga, jangan lupa belajar sedikit sebanyak ilmu psikologi. Ilmu tersebut telah banyak dikuasai oleh orang barat dalam membantu mereka menguasai dunia ekonomi atau perniagaan.

Hampir kesemua teknik mereka bentuk produk, juga teknik pemasaran mengadaptasikan pengetahuan ilmu bagaimana manusia berfikir untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Jika anda perasan, kesemua urusan pengiklanan hanya bermain sekitar minda atau emosi kita sahaja.

Baca buku bagaimana manusia berfikir untuk mudah berniaga

Minat mengetahui bagaimana orang berfikir membuatkan saya mula menjadi usahawan. Saya masih ingat ketika makan gaji dulu betapa saya ingin tahu orang lebih atas daripada saya berfikir.

Ketika saya berjogging di Taman Tasik Kelana Jaya, saya sering terserempak dengan orang-orang hebat dalam dunia perniagaan dan juga politik. Saya sering mengekori mereka dari jauh dan sentiasa mencari jawapan bagaimana orang itu berfikir.

Saya rumuskan bahawa yang membezakan saya dengan dia hanyalah cara berfikir kerana dari segi susuk badan, rupa paras dan lain-lain keadaan fizikal tiada bezanya antara saya dengan mereka. Oleh itu sudah pasti yang tak sama dalah cara dia berfikir.

Carai jawapan bagaimana orang berjaya berfikir untuk mudah berniaga

Untuk memuaskan hati saya dalam mencari jawapan bagaimana orang berjaya berfikir, saya mula beli berbagai buku biography orang-orang yang berjaya. Dari tulisan mereka menerangkan segala tindakan dan usaha mereka saya dapat kesan bagaimana cara mereka berfikir.

Akibat dari sering baca buku dan korek cara orang berjaya atau usahawan befikir, akhirnya saya juga terjun menjadi usahawan. Memang betul telahan saya bahawa untuk jadi macam mereka, saya hanya perlu tahu cara mereka berfikir.

Selepas berniaga, saya terkejut pula dengan berbagai masalah yang dihadapi. Dan dua masalah paling utama adalah:

  1. Nak yakinkan orang untuk berurusan dan berniaga dengan kita
  2. Nak yakinkan pekerja untuk melaksanakan tugasan mengikut perancangan kita

Cuba lihat kedua-dua masalah di atas. Semuanya berkisar tentang manusia juga. Satu kumpulan adalah orang yang perlu bekerjasama dengan perniagaan kita dan satu lagi adalah kumpulan pelanggan.

Untuk selesaikan masalah itu pula saya terpaksa mencari maklumat bagaimana manusia dalam kategori pekerja berfikir. Saya juga perlu tahu bagaimana manusia dalam kategori pelanggan berfikir. Maka terpaksa pula saya cari dan korek rahsia cara golongan ini berfikir.

Masih banyak yang perlu saya tahu dan tidak akan habispun. Tapi satu perkara pasti yang saya faham sekarang adalah, apa yang saya fikirkan sudah tentu tidak sama dengan apa yang orang lain fikirkan.

Antara banyak-banyak buku yang menarik yang membicarakan tentang cara manusia berfikir dan bertindak. Antara yang saya suka adalah buku-buku tulisan Dan Ariely. Membaca buku tulisannya banyak membuka minda bagaimana sikap manusia yang tidak rasional yang ada di sekeliling kita sekarang.

Jika anda nak mudah berniaga, saya syorkan agar anda mula membaca buku-buku berkenaan cara manusia berfikir dan bertindak.

Banyak buku-buku itu ditulis berdasarkan kajian dan bukannya hanya omongan kosong. Bacalah, berfikirlah dan gunakan dalam urusan seharian anda dalam merangka strategi agar mudah berniaga. Selamat membaca. sumber gambar

Total
17
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

23 comments

    1. Tak rugi beli buku…tak ada wang boleh pinjam buku kat library. Kalau duduk dekat rumah saya boleh pinjam buku saya hehe…elok sangat baca buku Dan Ariely tu…seorang berbangsa Yahudi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge