Impian untuk berjaya

By | 08/05/2013
impian usahawan

Apakah anda ada impian untuk berjaya ? jika anda seorang usahawan, sudah semestinya anda punya impian untuk berjaya.

Apa yang anda bayangkan terhadap perniagaan dan diri anda, setelah 5 tahun dari sekarang?

Apa yang bakal berlaku setelah 5 tahun bertungkus lumus membina perniagaan anda dari bawah? mungkin beberapa perkara dibawah terlintas di dalam benak fikiran:

  • Perniagaan yang menguntungkan dan duit yang banyak di dalam simpanan.
  • Syarikat yang besar dengan ramai kakitangan serta beberapa cawangan di berbagai daerah.
  • Kereta mewah siap dengan seorang pemandu yang membawa anda ke sana kemari.
  • Semua orang kampung, kawan-kawan, saudara mara, marka dan janda serta lain-lainnya menghormati kejayaan anda.
  • Mempunyai beberapa rumah di beberapa negeri atau negara berbeza dengan setiap rumah dihuni oleh isteri yang berbeza!
Banyak lagi perkara indah yang boleh dibayangkan. Bergantung kepada kecenderungan serta matlamat asal anda terjun ke dalam dunia perniagaan, tanpa impian untuk berjaya, atau bayangan kejayaan yang positif seperti di atas tidak akan membantu anda untuk mengharungi cabaran sebagai seorang usahawan.
Jika anda tidak ada bayangan impian untuk berjaya langsung, tunggu dan lihat sahaja dalam masa beberapa tahun anda mengharungi perjalanan keusahawanan, anda akan mula bosan dan gulung tikar akibat jemu atau tidak tahan dengan kesusahan.
Mungkin ramai yang berniaga dan berjaya kumpul duit dan harta dengan banyak, tetapi malangnya ramai berakhir dengan mendapat sumber pendapatan yang mereka inginkan tetapi, tidak mempunyai masa untuk mengecapi segala kesenangan tersebut
Ramai usahawan yang banyak duit, rumah besar, kereta mewah tetapi sengsara kerana tidak mempunyai masa.
Saya kenal ramai kawan yang berniaga lebih dari 20 tahun tetapi masih terperuk di dalam perniagaan mereka bertungkus lumus menyelesaikan semua urusan perniagaan mereka seorang diri.
Keadaan ini membuatkan percutian walaupun selama sehari menjadi hampir mustahil.
Kalau masih mahu juga bercuti, tiada jalan melainkan menutup perniagaan mereka untuk hari tersebut. Kalau mahu bercuti selama seminggu, maka alamat seminggulah perniagaan terpaksa ditutup. Bayangkan jika mereka terlantar di hospital selama sebulan!.
Oleh itu, jika anda ada impian yang saya senaraikan seperti di atas, segalanya tidak membawa apa-apa makna seandainya impian asas tidak ada dalam fikiran. Impian asa yang saya maksudkan adalah:

“Kemampuan perniagaan terus berjalan lancar, walaupun tanpa kehadiran anda”

Perkara asas di atas perlu ada pada semua usahawan yang ingin berjaya dan menjalani kehidupan yang seimbang sebagai seorang usahawan. Untuk melaksanakannya anda perlulah mempunyai ilmu pembinaan syarikat dengan cara yang betul.

Ada berbagai cara untuk mendapatkan ilmu tersebut:

  • Membaca
  • Melihat dan bertanya pada kawan yang berjaya melakukannya
  • Mengambil kursus
  • Berfikir sendiri, mencuba dari kesilapan sehingga dapat
  • Mengambil jurulatih perniagaan
Cara terakhir yang saya senaraikan di atas adalah cara paling mudah berbanding kesemua yang lain. Bukan semua orang sanggup jadi kaki baca buku untuk menimba ilmu, lagipun tak ada masa (walaupun semua tahu itu hanya alasan).
Jika anda memerlukan jurulatih perniagaan. Dapatkan khidmat HR Biz Coaching yang saya tawarkan segera. Mungkin saya boleh membantu anda mencapai impain untuk berjaya

 

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

One thought on “Impian untuk berjaya

  1. Anonymous

    Salam bro,

    Saya baru saja langsaikan full payment untuk kursus belajar marketing yang akan diadakan hujung minggu ini, doakan semoga saya dikurniakan lebih rzeki untuk enroll dalam kursus yang Tuan tawarkan pulak.

    Saya mmg sangat dahagakan ILMU untuk ada busines yang self sustain!

    Best -Dzariff

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge