Info penting buat yang mahu berjaya!

By | 23/11/2012

Untuk anda yang mahu berjaya, sila lihat fakta yang saya baru jumpa ini.

Berikut fakta daripada bancian yang dilakukan terhadap pekerja-pekerja jurujual di Amerika:

  • 80% daripada hasil jualan berlaku setelah panggilan yang ke-5 terhadap prospek yang sama
  • 48% daripada jurujual membuat hanya satu panggilan pada prospeknya dan berhenti dari mencuba lagi
  • 25% lagi daripada jurujual membuat panggilan kedua lalu berhenti dan melupakan prospek tersebut.
  • 12% lagi meneruskan panggilan dan cubaan yang ketiga kemudian melupakannya
  • 10% lagi meneruskan percubaan dengan menghubungi dan berusaha lagi.

Jika dilihat daripada data di atas, hanya 10% sahaja yang berusaha dan terus berusaha. Mereka merupakan golongan yang paling banyak membuat jualan di antara kesemua jurujual yang ada.

Perkara yang sama juga sebenarnya berlaku dalam mana-mana industri atau lapangan yang kita ceburi. Samada anda seorang jurutera, guru, usahawan, kontraktor dan lain-lain, fenomena yang sama berlaku di mana hanya mereka yang mencuba tanpa mengenal putus asa sahaja yang akan berjaya menembusi benteng penghalang.

Data tersebut juga membuktikan bahawa jika anda mahu berjaya, dan untuk berjaya, ianya tidak bergantung pada nasib, kepandaian, kehebatan atau lain-lain seumpamanya. Sebaliknya kesabaran dan kegigihan sentiasa akan membuahkan hasil.

Pengalaman saya mahu berjaya

Ketika baru-baru memulakan perniagaan dulu, saya cuba menembusi pasaran syarikat-syarikat multinasional yang berada di negara kita. Kebanyakan dari mereka lebih condong untuk memilih syarikat pest control dari luar negara sebagai pembekal perkhidmatan pest control di premis perniagaan mereka.

Saya cuba mendapatkan kontrak daripada syarikat  Motorola di Petaling Jaya dan juga Canon di Shah Alam. Usaha tersebut nampak seperti usaha yang membuang masa kerana mereka tidak pernah melayan syarikat tempatan yang kecil.

Dengan menebalkan muka saya memohon untuk berjumpa dengan pengurus berbangsa Cina yang menguruskan pendaftaran serta pembelian di Motorola. Sebagaimana yang saya jangka dia memandang rendah pada saya dan syarikat saya yang dilabelkan sebagai syarikat bawah pokok cheri.

Setiap kali berjumpa dia akan membiarkan saya menunggu di luar seperti batang kayu selama sejam atau dua jam sedangkan saya lihat tidak ada orang lain yang berjumpa dengannya.

Sebaik saja dia memanggil masuk, dia akan berkata begitulah caranya berurusan dengan syarikat multinasional yang sibuk. Jika saya tak suka dan tak mampu, tak perlulah membuang masa mencuba untuk mendapatkan kerja di sana.

Saya maniskan muka dan tetap berusaha meyakinkannya. Segala pertanyaannya saya jawab dengan ikhlas dan akhirnya dia meminta sebut harga dari saya. Setelah diberikan padanya dia mengherdik saya kerana harga yang ditawarkan lebih kurang sama saja dengan vendor yang ada.

Saya ambil sebut harga tersebut dan membuatnya semula dan memberikan cadangan yang lebih memuaskan hatinya. Itupun dia masih tidak selesa dan akhirnya dia bertanya kenapa perlu memilih syarikat saya sedangkan harganya bukanlah terlalu bagus sangat.

Saya katakan bahawa jika harga mengarut diberikan sudah tentu saya tidak akan mampu melakukannya dengan sedikit keuntungan bagi menyara kos operasi syarikat saya. Tapi saya jamin dia tidak akan menyesal jika memilih saya.

Dia kemudiannya berkata mahu melawat syarikat saya agar dapat memastikan saya betul-betul mampu menjalankan kerja yang saya pohon. Saya dengan berbesar hati bersetuju dan pada hari yang ditetapkan saya datang ke kilang untuk mengambilnya.

Dia agak berpuas hati dengan pejabat saya dan tiba-tiba memohon untuk melihat bagaimana saya menguruskan stor dan juga ciri-ciri keselamatan yang saya ada. Menyedari bahawa ini adalah satu perangkap yang saya tidak bersedia, saya berhelah mengatakan bahawa dia tidak sesuai untuk mengaudit keselamatan melainkan seorang jurutera yang khas dalam bidang keselamatan saja yang lebih layak.

Walaupun saya sebenarnya mencari masalah yang lebih sukar, namun itu dapat memberikan saya sedikit masa untuk membuat persediaan. Dia sedar saya sengaja cari penyakit lalu bersetuju untuk membawa jurutera keselamatan dari Motorola untuk audit.

Tiba hari yang dijanjikan mereka datang dan mula membuat pemeriksaan. Banyak yang telah saya baiki namun masih tidak dapat memenuhi ciri-ciri keselamatan yang mereka tetapkan. lalu saya mohon senarai apa yang masih belum lengkap dan berjanji mengadakannya.

Diringkaskan cerita akhirnya saya katakannya pada pegawai cina itu bahwa saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberikan peluang saya belajar ciri-ciri keselamatan yang dikehendaki oleh sebuah syarikat antarabangsa.

Walaupun saya mungkin tidak akan berjaya mendapatkan kontrak darinya, namun ia memberikan satu pendedahan yang cukup bermakna pada syarikat saya. Mendengar kata saya itu, hatinya yang keras tiba-tiba menjadi lembut dan akhirnya saya mendapat kontrak selama setahun dari Motorola!.

Semua usaha itu saya hadapi selama lebih dari 6 bulan naik dan turun tangga kilang Motorola. Saya terpaksa mengadapnya lebih dari 10 kali. Kalau nak diikutkan hati memang rasa terhina setiap kali bertemu dengannya namun saya pujuk hati dan fokus pada matlamat. Rupanya ia memang berbaloi!

6 thoughts on “Info penting buat yang mahu berjaya!

  1. Nazrimi

    MasyaAllah..
    kagum dengan sikap kegigihan tuan menjadi usahawan..saya akan selami satu persatu pengalaman tuan punya hidup ringkas ini..
    Cabaran kena maki,herdik bukan semua orang boleh hadapi..
    akhirnya..Allah membantu dengan sikap tabah seseorang..
    SubhanaLLah..

    Reply
  2. Nasir Wasoh

    Hebat & kagum dengan tuan. Klu saya dalam situasi tersebut blum tentu boleh tabah seperti tuan.

    Boleh saya tau macam mana tuan bleh dapat sifat tabah seperti tu? Adakah dari mindset setting semasa mula2 berbisnes?

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul

      1. Dah set dlm kepala utk secure kerja dri syarikat multinasional memang susah.
      2. Untuk belajar apa yg perlu disediakan bagi melayakkan diri buat kerja utk mereka.
      3. Geram dgn cabaran orang hina dan pandang rendah. Timbul niat utk kuasainya sehingga dia mengaku kalah

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge